Thursday, October 14, 2010

I LOOK. I LOOK. I SEE

okay title takde kene mengene dengan entry neyh.
cuma aku tengah dengar lagu yusuf islam.
i look i look i see.
hari ney adalah super busy.
ye mak dah jadi super. tapi belum super woman lagi.
siket hari lagi lah tu.

hari rabu kelas adalah pukul 8.30 pagi.
and malam tadi tidur pukul 3pagi.
terbaek :)
boleh plak mase aku nak g class pagi tadi, driver bus tu boleh drive slow gilak.
slow sampai enjin bus mati. *nanges*
pes taim okeh aku naik bus utem yang mati enjin tengah tengah jalan.
aku dok tengok je meter dia. speed adalah tak lebih 80km/h.
sangat berhemah ye kawan kawan.
and sampai kat traffic light, terserempak dengan bus DELIMA,
okay lagi ah bus yang aku naek tu maken slow.
ini adalah trauma ke hape aku taktau ah.
mungkin tengah amek pengajaran dari accident that day kot.
good good. tapi jangan lah sampai semua kenderaan, motor, kereta potong kitorang.
aku rase kalau ade beskal pon, mesti beskal tu potong kitorang gak. =_="

and habes class electric circuit pukul sploh, aku dengan fara plan nak p MELAKA SENTRAL.
aku nak beli ticket untuk balik rumah jumaat ney.
and aku sudah berniat nak ponteng koko petang neyh.
tapi sedeh gila mak nok... bila dhea bgtau aku ada test koko hariney.
koko pon ade test? sentap!
mane ade aku study pape.sumpa lupa ada test.
tapi plan takleh cancel. kalau tak beli ticket hari ney, kebarangkalian untuk balik adalah sangat kecil.
takpe, sempat lagi. pegi mc pukul 1, class koko pukul 5.

and dalam bus otw pegi MC, aku adalah jealous tengok fara tido.
aku macam hape je kene study subject kewartawanan dalam bus. *nanges lagi*
aku bace satu page je pastu aku join fara tido. wakakaka.
tawakkal je lah test tu nanti.
and dah beli tic semua, terus gerak balik rumah.
alhamdulillah sempat semayang zohor then terus chalo pegi campus.
and test tadi aku dapat 29/30. alhamdulilah lagi. rezeki ALLAH bagi..

and now pinggang aku adalah macam nak patah.
sangat sakit belakang. duduk lame sangat buat assingment sampai nak tercabut pinggang den ha.
ubat memang selalu skip lah. dah kalau seharian kat campus, mana plak nak ingat nye makan ubat.
malam je lah makan ubat. itu pon kalau ingat. cano lah nak baik...
and hari ney panas kan? aku mandi empatkali. kalau hari biasa duakali jek.
means hari ney memang panas.

eh eh, hari nie rabu kan?
rabu adalah hari masak masak.
tadi turn kak ayu masak. kak ayu masak telur bistik, ayam masak merah and cendawan goreng.
macam kat kedai je kan menu kitorang malam ney? hehehe.
tunggu aku punya turn plak nak besilat kat dapur minggu depan. minggu ney haruslah pulang ke kampung halaman untuk bertapa and mintak tunjuk ajar dari chef. hehehe. okay tipu. aku balik sebab ada urusan perlu disettlekan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails