Wednesday, October 27, 2010

SISTER POWER!


aku tak pernah lagi citer pasal adik beradik aku kan?
hihi. dah berzaman buat belog pon tak de satu pun pasal kakak aku.
padahal dia selalu je bace blog aku.
kang kecik ati pulak die. die pon nak glemer. kuikuikui.
glemer ke buat blog? al ferasan punya perempuan. haip! biasa dierrrr....

okay lah..meh sini acik nak citer siket kewujudan perempuan dalam keluarga wak D****N.
keluarga aku ada tiga adik beradik perempuan kandung.
seorang ibu. *ofkoz lah..habestu sape pulak yang beranak kan kitorang ye tak?*
and tak lupa jugak dua orang kakak ipar dan seorang anak buah perempuan.
so semuanya ada tujuh orang perempuan yang cantekmanesanggunsopansantun serta berbudi pekerti.
tapi sekarang tinggal enam orang saje setelah pemergian ibu kesayangan kami.......tsk...*lap hingus jap*

dengan semua kakak kakak dan adik, aku okay jep.
boleh je lepak, bergossip bersama sama.
tapi aku paling rapat dengan kakak aku.
kakak kandung aku...iaitu AZLIN.
mostly problem aku, aku akan cerita dengan dia. lagi lagi bila mak aku dah takde.
yelah kan....nak ngadu kat sape lagi kalau bukan kakak aku sorang neyh kan.
aku dengan adik aku tak berapa rapat sangat sebab kitorang kalau jumpa, okay lagi.
tapi dah dua tiga hari, mesti dah mula bertekak.
normal lah kan...kate adik beradik kan. tak mencabar lah kalau tak bergaduh kan.


aku panggil kakak aku tu kak lyn je.
kalau nak sedap lagi, boleh panggil dia kak lyn demok. wakakakaka.
aku ingat lagi mase aku kecik dulu. same same kecik sebenaunye.
sebab beza aku dengan dia adalah setahun jek.
alkisahnya, jiran aku punya siblings, masing masing ada gelaran. macam along, angah, de, teh and sebagainya.
tapi dalam family aku takde pon gelaran gelaran neyh.
so kakak aku neyh pon bagi la gelaran masing masing.
start dari abang aku yang sulung, along, angah, de.
kakak aku plak teh, tapi sampai turn aku dia bagi tam.
adik aku plak su.
seeee? nampak tak diskriminasi dekat situ? tang aku je jadi tam.
siap dia cakap, kalau nanti dah besar, dah ade anak, dia nak anak dia panggil aku mak tam.
huh! tak glemer langsung! memang tak ah citer dia kan.
aku menentang habes habesan, siap gulengguleng jeritjerit. serious hover aku time tu.
sebab gelaran tu je pon. tapi yang peliknye.........
disebabkan pebret kaler aku adalah merah dengan kuning.
dengan kuasa veto, aku tukar nama mak tam tu kepada mak neng.
kemaen aku marah gila sape panggil aku tam. aku pakse semua orang panggil aku neng jugak.
padahal aku rase neng tu dah macam name endon plak kan? *ngokngek tol*
tapi gelaran gelaran tu semua adalah kenangan....
sebab takde sape pon nak guna gelaran tuh. kahkahakah.
kakak aku sorang je yang syok sendiri. even dah ada anak buah pon, dorang tak panggil kitorang mak teh, mak su ke hape.
semua dok bantai panggil uncle mel, aunty annis je.
sonang baitu!


ape lagi aku nak citer pasal minah ney ek?
ohhhh haaaaaaaaa.......
mase kecik kecik jugak, kakak aku ney sorang je yang rajin bagi duit raye.
mase tu sekolah rendah. kecik lagi.
tapi bila raya, mesti dia tak pernah miss bagi aku duit raye. dapat 50sen pon dah cukup happy bagi aku time tu.
abang abang aku yang dah besar besar pon tak bagi duit raye.
tapi skang ney, kakak aku dah tak bagi duit raye..tsk..
aku pon takesa sangat sebab masing masing belajar so paham paham lah kesengkekan tu tahap mana.
skang ney aku dapat duit raya dari abah dan abang abang aku yang dah bekojo. $$$$$$

kalau kat rumah, sebenanye kak lyn geng dengan ain *adik aku*
dorang memang selalu berdua. and aku selalu dipinggirkan *pstfsdghspfstftp*
tapi kalau dah bergaduh dorang tuh, kompem ah salah sorang akan baik baik dengan aku.
cessss! amek kesempatan betul.
nak citer kat sini, aku lebih rapat dengan kak lyn lah than ain.
tapi dua dua aku sayang. dorang je lah yang aku ada.
lagi satu aku suka sayang bangat kat kak lyn sebab dia gila protective.
protect sangat adik adik dia. maybe dia rase dia seorang kakak besar.
so dia bertanggungjawab di situ.. *auwwwwww terharu mak*cukup lah aku citer pasal budak demok tu yek.nanti kembang kempis plak hidung die yang penyet tu. wakakakaka.
sebagai penutup entry ney, aku hidangkan dengan gambar tiga gadis yang sorang tu single, sopan lagi rupawan and dua orang lagi tu gatai nak kawen. *hamek kau! hahahaha*

L-R ain, aku and kak lyn. sape paling gojes? kekeke

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails