Sunday, November 14, 2010

KAU YANG SATU...

~assalamualaikum~
pagi ney aku bangun, tengok isi rumah, sunyi jek..
housemates pakat balik kampung semua.
tinggal lah aku sensorang kat rumah ney. ney la padah nye beli ticket lambat.
cadangnye, aku nak beli ticket hari selase. kire sampai rumah je dah raye. gituuuuuuuu.
tapi kawan aku tu lah. die suruh aku beli awal. sekejap sangat dok kat kampung kate nye...
aku ney bukan ape...bukan taknak dok kampung lame lame...
tapi aku memikirkan kalau aku dok kampung, kompem tak study.
nak dok besuka ria kat kampung, tunggulah aku habes final then haruslah aku orang pertama lelaju balik rumah, lelaju masuk dapur, lelaju makan sampai muntah, lelaju tido sampai meleleh saliva. WAKAKAKAKA.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(entry kali ney tersangat lah panjang. kalau sape sape taknak bace boleh skip. ini adalah kisah benar pasal diri aku dan arwah ibuku)

ney aku nak cerita pengalaman aku selama dua puluh tahun mempunyai seorang ibu.
tapi aku panggil ibu aku tu mak. kengkadang umi, ibu, eh sukati aku lah nak panggil ape.
janji makne die same. ibu. kan?
mak aku ney seorang yang aktif. memang aktif sesangat wa cakap lu.
kire mak aku jenis yang bukan duduk diam punya orang lah. ade je keje dia nak buat.
plus mak aku memang bekerja. pastu dengan revell nye lah, lepas revel, mak join zhulian plak.
tapi sebelum zhulian, mak ade join beberapa mlm lagi kot. im not very sure whats their name.
mase tu aku kecik lagi. so ape aku kesah dengan benda benda tu. aku hanya pk maen masak masak, pastu main tumbuk tumbuk inai. tapi bukan guna daun inai betul. aku guna daun pokok bunga teh, konon konon tu inai lah. petik kat halaman rumah aku. kalau mak aku tau, memang dia marah wooo. penat penat dia jaga, tiap tiap minggu shape kan pokok tu, aku plak membedal pokok dia.. ampuunnnnnnnnnn.

abah pulak, sibuk dengan ladang dan kedai makan nye.
aku cukup tak suka hari minggu. sebab ape?
sebab kalau hari minggu, lepas tuisyen kat sekolah, haruslah bergegas ke kedai abah untuk tolong dia basuh pinggan, amek order. lap meja dan sebagai nye.
selalunye kalau aku buat keje keje tu, dalam hati aku mesti berdoa. harap harap lah takde kawan kawan aku atau cikgu cikgu sekolah aku lalu kedai ney. and paling penting jangan lah singgah kat kedai abah.
i maluuuuuuuuuuuuuu....nanti kawan kawan dok ejek aku kat sekolah. sentap weyh!
kawan kawan bila hari minggu boleh pergi maen kat taman selesa (taman permainan), pergi maen kat rumah kawan kawan yang laen semua, tapi aku mane boleh. aku kene tolong abah kat kedai. dulu tak panggil kedai. dulu adalah warung. sebab kecik je size die. open air lagi tu.
aku benci and takut  kalau time hujan ribut, semua benda nak terpelanting. warung abah aku yang tak seberapa tu pon banyak kali nak terbang dibawak angin kencang. sedih tau...aku bertungkus lumus pegang sane sini..semua orang pakat jage barang barang...
bukan keluarga aku je, malah dengan pelanggan pelanggan sekali tolong pegang barang. takut terbang.

aku kesian dekat mak. dia sibuk kat sekolah, lepastu rushing pulak datang warung abah.
tolong pulak dekat warung. mak memang tak pernah cukup rehat.
bila kat rumah plak, mak menjahit. mak amek upah jahit baju orang. ney semua nak carik duit lebih untuk kami adik beradik. lagipon mak memang suka menjahit. tiap tiap hari khames, mase waktu rehat kat sekolah, mak lari kejap pegi kelas menjahit. mak penah masuk pertandingan mejahit. dan banyak jugak lah die menang. kagum aku tengok kerajinan dan kesungguhan mak.baju raye kami adik beradik, mak yang jahit.
belum pernah beli lagi.kadang kadang aku berasa jeles dengan kawan kawan, sebab baju raya dorang, dorang tempah dekat tukang jahit. aku pon teringin jugak nak tempah tempah baju ney. tapi dah ade yang free, aku diam je lah. tapi mak jahit sangat teliti. memang sedap lah kalau pakai baju jahitan mak.
sampai baju sekolah aku pon mak jahit sendiri tau..semakin hari semakin ramai orang hantar baju dekat mak.
rumah aku dah jadi macam kedai menjahit dah. kejap kejap ade orang datang hantar kain, nak buat baju kurung..kejap kejap ade orang datang hantar kain nak jahit tepi. mesin jahit mak, dari yang manual sampai lah yang automatik. kesemua nya mesin mak ada empat tak salah aku.kadang kadang tu aku tengok,tengah tengah malam mak masih menjahit.aku dengan adik beradik laen dah tidur, mak masih terbongkok bongkok menjahit.nak siapkan baju untuk pelanggan pelanggan nye.

aku ingat lagi mase aku dapat tawaran ke mrsm kampung gajah. tapi sekarang dia dah tukar nama jadi mrsm pasir salak.kawan kawan aku yang dapat sambung belajar ke mrsm, semua dah pergi. tapi aku masih tak pegi pegi sebab berlaku kejadian tanah runtuh dekat mrsm kg gajah.aku dok lah sekolah lama. tumpang dekat sekolah JENGKA 21. hari hari cikgu tanye, bila aku nak pindah ke mrsm? malu weyhh..tapi aku hanye jawab, ntah. pastu bile balik rumah je, mesti aku ngadu kat mak.mak lah yang hari hari call pihak mrsm, tanye update itu ini.aku plak tak sabar nak pergi.sampaikan mak pon dah kamceng dengan kerani sekolah tersebut.
last last aku dapat tawaran pegi mrsm TRANSKRIAN.mak aihhh.. lagi jauh. penang tu...
tapi disebabkan aku memang teringin sangat nak belajar kat mrsm, aku tak kire...jauh pon jauh lah. janji aku dapat pegi mrsm.
mase hari lepas hantar aku tu, mak dengan keluarga aku nak balik pahang dah time tu. mase tu aku salam salam lah dengan semua orang. aku tak sedih pon. sebab perasaan gembira lebih tinggi dari sedih.aku tengok semua orang happy kecuali mak. aku nampak mate mak berlinangan. mungkin die sedih nak tinggalkan aku sendiri kat sini. dah lah kecik lagi. baru form 1 kan.first time masuk asrama pulak tu. nak melawat aku, memang tak lah kan. jauh beribu batu.aku sebak jugak lah tgk mak nanges, tapi aku tahan kan je air mate ney. jangan nanges, jangan nanges. nanti malu dengan abang abang aku, dengan abah.aku gelak gelak je.padahal dalam hati, tuhan saje yg tahu.

tahun berganti tahun, aku dapat result PMR. alhamdulillah....aku dapat 8As.
aku call mak. dia adalah orang pertama yang aku bagitau berita gembira ney. aku tak pernah call abah, sebab abah garang. nak mintak ape ape pon semua dengan mak. aku takut betul dengan abah.
okay sambung cerita PMR tadi, lepas aku btau mak, mak pon gembira jugak lah kan.mak cakap dia tunggu aku kat stesen bas temerloh.aku happy sangat.aku ingat, sesampainye aku kat stesen bas termerloh, mak akan amek aku dengan kereta. tapi mak amek aku dengan bas. *bukan mak bawak bus. mak dtg temerloh dgn bus* aku kecewa sangat. dah lah penat dok dlm bus dari penang ke pahang. dekat doblas jam jugak lah dok dalam bus. kematu bontot. pastu tengok mak dtg dgn bus, kompem lah aku balik pon dengan bus jugak nanti.aku merajuk dengan mak.mak sambut aku dengan senyuman.dia ajak aku pegi jalan jalan. aku ikut je sambil buat muka muncung itik. almaklumlah, merajuk kan. tengah tengah jalan, aku stop kat kedai buku, aku belek majalah urtv.time tu majalah tu tengah panas meletop letop. mak plak bukan jenis kaki baca majalah majalah hiburan mcm tu. aku bace and letak balik. tapi mak amek dan bayar. die cakap "eh best lah cerita dalam ney.." mak beli majalah tu semata mata nak pujuk aku. tapi aku tak amek pon majalah tu. aku terus berlalu pergi.. YA ALLAH...berdosenye aku time tu..kesian mak, macam macam dia buat untuk pujuk aku tapi aku tetap bekeras hati...

mase aku dapat keputusan SPM, result aku betul betul teruk.
sedih sangat. sampaikan aku tak pegi amek pon result spm aku kat mrsm jasin.
selepas tiga hari, baru aku pegi amek. aku malu nak amek result time result keluar.sebab aku malu nak jumpa kawan kawan. dorang semua kompem straight As punya.aku je tak. aku takut gila nak tunjuk result aku kat abah. sumpah takut! abah kan garang. aku simpan je result aku tu. tapi abah bukan bodoh. kat tv, kat radio, kat surat khabar, semua cerita pasal result spm dah keluar.mesti lah die nak tahu result spm aku kan.
mase abah tanye, aku tak jawab. tapi aku terus bagi je result tu kat dia. abah kecewa sangat dengan result aku.dari ujian tahunan,sampai upsr, pmr, aku lulus dengan jaya nye. tapi bila spm, aku kecundang. mane tak kecewa nye abah. abah marah aku sangat sangat. aku diam membisu.
aku masuk bilik. nanges puas puas sampai lah tetidur. pagi esok nye aku bangun, mak terus dtg jumpa aku. dia cakap "TAHNIAH"... mak sorang je tak marah. mak siap cakap tahniah lagi. dia tahu aku tengah kecewa, so dia taknak tambahkan kekecewaan aku. dia senyum je dekat aku...aku bersyukur dapat mak yang memahami...ALHAMDULILLAH...

leapastu aku dapat tawaran masuk ke matrix untuk program dua tahun. KOLEJ MATRIKULASI PAHANG.
aku tak henti henti bersyukur dan gembira dapat sambung belajar. abah pun dah tak marah lagi.
mak pulak sibuk buat baju kurung baru untuk aku pakai pegi kelas..
aku happy belajar kat matirx..

mase aku nak final untuk tahun pertama kat matrix....., aku ingat lagi.
time tu malam. esok nye paper kimia and fizik.aku dapat panggilan dari mak.
mak call aku nanges nanges. aku pelik lah. kenape mak menanges?
lepastu mak cakap, dia pegi hospital tadi dan doc mengesahkan mak dapat kanser paru paru peringkat yang ketiga. and doc cakap mungkin jangka hayat mak boleh hidup selama tiga bulan je. TIGA BULAN! aku terdiam. tapi aku tak boleh nanges depan mak. aku pujuk mak. aku cakap, "boleh ubat lagi tu. berdoa byk byk okay?"
lepas letak je fon, aku terus baring tekup muka dengan bantal. aku plak meraung. tak sangke aku dapat berita yg menyedihkan ney.aku tak boleh study.aku tido sampai esoknye.aku pon tak ingat macam mane aku jawab soklan exam esok tu.

hari berganti hari, bulan berganti bulan..mak makin saket.
tapi aku bersyukur, time mak kene tahan ward lame lame je.....mesti time tu aku tengah cuti.
so aku lah teman mak kat hospital.
walaupun mak sakit, mak tak penah tunjukkan dia sakit. dia sentiasa senyum, borak macam biasa.
dia tetap melayan kerenah aku yang mengade ngade.aku ingat mase malam dekat hospital.
aku baring kat atas katil dengan mak. tibe tibe mak buat luahan perasaan.
mak cakap mak takut nak hadapi mati. mak cakap, kenapa mak yang kene? sedangkan dia sangat menjaga makan dia, jage kesihatan semua lah. betul! mak memang jage makan. mak sorang je makan beras herbaponi. aku dan keluarga yang laen makan beras biasa. tak selera makan herbaponi. tak sedap! mak byk makan sayur. mak tak makan daging merah. mak sentiasa jaga kesihatan dia. tapi kenapa dia yang dapat penyakit tu?
aku diam. lepastu aku terangkan dekat mak, "mak....mak patut bersyukur tau mak dapat tahu bila mak nak pergi semua, atleast mak boleh bersedia, buat amal ibadat...yang kami semua ney taktau bila kami akan pergi, ntah kejap lagi ke esok ke, belum tentu kami cukup amal ibadat. tak ready lagi semua tu"
giliran mak pulak diam. mungkin mak memikirkan ape yang aku cakap tadi. aku pon tak tau dari mana kekuatan tu datang sampai aku berani mengeluarkan hujah sebegitu.

hidup mak adalah rumah dan hospital.
dan aku and abah adalah peneman nye. adik beradik laen ada. tapi masing masing ada komitmen.
mereka akan pulang jenguk mak bila hujung minggu.
bila dah cukup tiga bulan, mak masih sihat walafiat. alhamdulillah.....
jangkaan doktor meleset same sekali. aku gembira mak masih bernafas dan sihat boleh jalan jalan.
boleh ke sekolah mengajar macam biasa.
mak hanya menjalani kemoterapi three cycle je. sebab mak tahan. panas kata nye.
lepastu mak dah taknak pegi hospital. mak taknak buat kemo lagi.
kami sekeluarga tak boleh paksa. itu adalah hak dia. badan dia.
sampailah satu tahap, mak dah tak boleh nak nak jalan. susah sangat nak berjalan.
nak ke toilet pon kene papah. semua orang dah risau.
bila doktor cek, rupa rupanya sel barah mak tu dah merebak sampai ke otak.
cancer tu dah besar sebesar bola tennis!
aku sekeluarga sedih sangat. mak dah ada dua kanser sekarang.
kanser paru paru dan kanser otak.

aku pulak dah masuk tahun dua di matrix. setiap kali hujung minggu mesti aku balik rumah.
aku nak jage mak. nak tidur sebelah mak. nak peluk mak. main dengan mak. aku tak suke kalau mak diam je.aku suka kacau mak.sampai mak rimas. kesian mak. aku ney nakal betul.aku bukan ape. aku sebenarnye takut kalau mak diam. aku taknak mak pegi dengan tibe tibe. sebab tu aku suke kacau mak.
aku sangat kasihan tengok abah. dulu abah memang gemuk.
sejak mak sakit, berat badan abah turun 10kg. susut sangat badan abah! sampaikan ramai orang dah tak kenal abah time tu. aku tengok, abah betul betul jaga mak dengan sabar. bayangkan kalau kami semua adik beradik balik ke tempat belajar masing masing, abah sorang sorang jage mak kat rumah.
angkat mak ke toilet semua, mandikan mak. abah angkat sorang sorang dengan kudrat seorang lelaki tua.
serious kalau aku angkat mak dengan abah sekalipun, aku dah temengah macam nak mati. inikan pulak abah angkat sorang sorang. dah lah abah ada penyakit lelah.
setiap kali aku tengok abah layan mak, jage mak, air mate aku laju je mengalir.
dari seorang lelaki garang berubah menjadi seorang lelaki penyayang sangat sangat.
aku tak sangke abah adalah seorang lelaki penyabar sebenarnye......
abah betul betul jage mak dengan penuh kasih sayang.....walaupun mak tak boleh bergerak, and baring je sepanjang mase, tapi mak tak dapat bedsore (luka dibelakang badan yang bila org tu baring je) pon.
aku begitu bangga dengan abah.

satu hari tu, aku pegi lah HOSPITAL KUANTAN, nak melawat mak kat sana.
mak ade rawatan susulan dengan pakar kanser kat situ.
aku dari matrix gambang, naik bus and turun depan hospital.
aku carik ward mak. katil mak. aku tengok ramai kawan kawan mak datang melawat.
tapi time tu aku tak boleh tahan perasaan aku. aku ter menangis depan mak bila tengok keadaan mak semakin teruk.aku menangis sambil peluk kak lyn. mak tengok aku menangis, mak pon menangis sekali.
aku rase bersalah sangat sangat sebab menanges depan mak. YA ALLAH...lemah nya hambamu ini.
lepastu, ade sorang makcik ney (kawan mak) tegur aku. dia cakap." jangan menangis depan mak. tak baik"
aku menangis sebab terkejut mak dapat bed sore yang teruk!
mengikut kate abah, mak baru dua hari dekat hospital tu.
ape yang nurse tu buat aku tak tau lah. dorang langsung tak jaga kebersihan mak.
dah la mak tak boleh gerak, dyper mak pon dorang tukar sehari sekali.
mane tak nye mak dapat bedsore. aku cukup kecewa dengan sikap nurse kat sane.
selame abah jage bebulan bulan sorang sorang kat rumah. mak sangat bersih. luka siket pon takde.
ini kan baru dua hari di hospital, dah dapat bedsore. kesian mak. mak sakit sangat gara gara bedsore tersebut! mak langsung tak mengadu sakit kanser yang dialaminye. mak tersiksa sebab bedsore tu.


sampai lah satu mase. time tu aku final exam untuk tahun akhir di matrix.
aku tahu mak dekat hosp kuantan. tapi aku tak boleh nak pergi sebab aku ada exam.
aku hanya sms and call je abah. tanye keadaan mak.
abah sentiasa cakap mak okay.
sampai lah satu malam, aku dapat call dari sepupu aku.(kak yana) dia tanye aku, "mak dok ward berapa? betul ke mak dah nazak?"
aku betul betul terkejut. sebab sebelum ney aku tanye abah, abah cakap mak okay.
rupa rupanya semua ahli keluarga aku sudah pon berada di hospital. mak memang dah teruk time tu.
tapi dorang taknak bagitau aku sebab dorang taknak aku terganggu. aku kan nak exam.
bila aku dapat tahu berita tu, aku jadi tak keruan. aku pergi bawak diri sorang sorang kat tangge, aku menanges. aku bace yassin sorang sorang kat tangge. tempat tu sangat sunyi. aku tak nak menangis depan kawan kawan. aku rase nak pergi hosp malam tu jugak. tapi apekan daya. esok nye aku ade exam.

selesai je final exam, TAMEL (abang aku) fetch aku. dan terus hantar aku balik rumah.
aku tanye die kenapa tak bawak aku ke hospital terus? aku nak jumpa mak. aku menanges sebab dia bawak aku balik rumah. bukan ke hospital. abang aku cakap dia nak balik nak basuh baju dulu. esok baru pegi kuantan, jumpa mak. aku diam. abang aku pesan, nanti kalau jumpa mak, jangan menanges macam ney depan mak. bagi dia semangat. jangan bagi dia lemah. TAMEL cakap, kalau dia menanges pon, dia akan keluar dari bilik mak. aku tak dapat bayangkan macam mana tamel nanges. sebab dia seorang yang kelakar.
start esoknye, bermula lah kehidupan aku di hospital. aku ditugaskan menjaga mak sebab aku je yang dah cuti time tu. yang laen semua tak cuti lagi. aku gembira dapat berada dengan mak. abah pon ade. tapi kadang kadang abah balik jengka. nak kene tengok jugak hal kat sane kan.
mak langsung tak cakap sakit. cuma dia cepat penat. cepat semput.
sebab paru paru sebelah kanan dia langsung dah tak berfungsi. aku kesian tengok keadaan mak.
tapi mak tetap senyum.solat jaga.
mak sentiasa jaga kebajikan aku. dia tau aku cepat lapar. kejap kejap dia suruh amek duit dalam laci, suruh aku pegi beli makanan, minuman semua.
kalau ade org dtg melawat mak, mesti mak suruh aku jamu pelawat pelawat tersebut dengan makanan.
dalam sakit sakit pon, mak masih baik hati. mak cakap, "tetamu kene layan"
tetapi mereka faham keadaan mak. dekat hospital kan. bukan dekat rumah. mak tetap melayan dorang dengan senyuman.sebulan lebih jugak lah aku berkampung dekat hospital kuantan tu.

ade satu malam ney, time ney kak lyn dengan ain dah start cuti.
abah pon ade. aku plak baru balik dari terengganu and terus pegi hospital.
niat nak tengok mak sambil bagi buah tangan dari terengganu.
aku tengok ain dan abah dah tidur kat kerusi luar.
kak lyn muka monyok gila. sambil marah marah. dia ngadu kat aku nurse semua macam !@$#@%$^%^.
ade ke patut semua nurse pegi bantai tidur. padahal mak aku time tu nak buang air besar.
kak lyn dah byk kali jumpa nurse, bagitau dorang yg mak nak popo. tapi dorang buat dek je.
mak plak tak boleh tidur. yelah. die sakit perut kan.
aku sakit hati denga cerita kak lyn and kesian tengok keadaan kak lyn yg tak terurus time tu.
aku dah tak boleh blah, aku pergi jumpa nurse, tanye mana semua barang barang yang nak bersihkan najis semua? nurse tu betul betul tidur. die hanya tunjuk je barang barang tu kat satu bilik. aku pon pegi amek semua barang tu. dan settlekan sendiri dengan kak lyn.
dan mak pon boleh la tidur dengan lena. sampai aku pon terlena sekali kat tepi mak.

esoknye,(ahad) aku balik rumah dengan kak lyn.
ain dengan abah yang jage mak kat hosp.
aku balik nak basuh baju while kak lyn nak amek baju dia.
kesian dia, berapa hari kat hosp, pakai baju yang same. sebab dia sibuk menguruskan hal orang laen, sampai baju dia sendiri terlupa nak bawak. dan paling sedih, semasa dia solat kat surau, handphone die kene curik.
betul betul dugaan lah.
hari isnin, aku hantar kak lyn ke stesen bus. kak lyn nak pegi hosp.
aku plak dok rumah. tamel balik rumah malam ney.
aku pk nanti boleh pegi dgn tamel ke hosp.
tepat jam 12.30 am, aku tak tido lagi time tu. tengah tunggu tamel. dia cakap dah nak sampai rumah., aku dapat satu message dari kak lyn. message tu berbunyi "MAK DAH TAKDE..."
aku pk, eh ape kak lyn ney?
aku terus call kak lyn, and kak lyn menanges. die cakap betul lah mak dah takde.
aku diam. tak tau nak buat ape. elok tamel sampai rumah, aku bagitau hal tu kat dia. dia pon suruh aku siap siap. kitorang nak gerak pegi hosp.
tapi abah call, cakap tunggu je jenazah kat rumah. tak payah pegi hosp. dorang pon tengah siap siap nak balik.

sesampai jenazah kat rumah. around 6 am macamtu. aku terkedu.
tengok mak tidur je. aku pegang badan mak. masih panas. sedangkan aku dapat berita kepergiannya pukul 12.30. eh? ke mak tidur ney? aku tengok je dada mak. kot kot mak masih bernafas ke ape kan.
tapi tak. mak diam je....
aku bersyukur dapat memandikan jenazah.. pertama kali dalam hidupku.
kawan kawan mak ramai sangat datang. selalunye kat tempat aku, kalau ade kematian perempuan, mak lah yang jadi ketua memandikan jenazah tersebut, tetapi sekarang giliran mak pulak yang dimandikan.
kawan kawan mak takut nak mandikan mak. takut mak sakit. kami memandikan jenazah dengan lembut sekali. berulang ulang mintak maaf, takut mak sakit.

dah siap mandi, kapan (guna kain batik lepas yang mak dah siap siap beli untuk digunakan bila dia dah pergi nanti), sembahyang jenazah, tibalah saat genting. saat akhir melihat wajah ibuku.
aku sebak sangat time ney. aku lagi sebak bila tengok depan mata sendiri, first time tamel nanges gila gila.
aku tak sanggup tengok abang dan abah aku menanges. abah yang garang selama ney, menanges bila orang yang tersayang pergi meninggalkan nye selepas ney.
kawan baik mak, pon menangis teresak esak. ramai kenalan mak datang dari jauh dan dekat. anak anak murid mak, semua datang memberi penghormatan terakhir untuk mak. time tu rumah aku dilanda kesuraman.
sampai kawan yang kenal dekat hospital pon datang melawat mak. begitu ramah and baik nye mak dengan semua orang. semua terasa dengan kehilangan mak.........

walaupun sudah setahun lima bulan mak pergi meninggalkan kami semua, aku tak pernah lupa pada dia.
hanya dia lah satu satu nya ibu aku dunia dan akhirat....semoga mak aman disana dan rohnya dicucuri rahmat...
akhir sekali aku akhiri entry ney dengan al fatihah dan linangan air mate...
I MISS YOU SO MUCH MAK!

p/s : hargailah ibu anda sementara mereka masih ada.

10 comments:

  1. hi annis..
    em be strong k.. if u need any help or anything , let me know k..:'-)

    ReplyDelete
  2. annis be strong yeah??
    panjang cerita dan momo manage habiskannye.HUHU
    nway..tabahkan hati...~

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum annis~~~
    lme dh xcontact annis,, sdey bace entri annis nie,,psl ibu annis zura bgtau tp ktrg sume xtw detail,,
    annis seorg yg kuat,,
    xtahu la kite bole jadik sekuat annis ke x..
    semoga ibu annis ditempatkan dalam kalangn org yg beriman,,insyaAllah amin..

    ReplyDelete
  4. jg abh kmu anes smentara dia msih ada...p'bnykkn mngaji,smoga leh d sedekhkn kpd arwah ibumu..tabah hadapi dugaan di dunia...

    ReplyDelete
  5. aniss..mleleh2 aku bce ni T__T b strong k..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails