Thursday, December 23, 2010

50 THINGS ABOUT ME :)



  1. Semasa terjaga dari tidur, otomatik otak saya akan mengira berapa jam saya tidur malam tadi.
  2. Saya kene tidur LAPAN jam sehari.. kalau kurang lapan jam or lebih, saya akan super duper mengantuk! (-______-")
  3. perkara PERTAMA bangun pagi, saya akan berdiri depan cermin. tengok mata. bukak mata luas luas, and tengok apekah perubahan pada mata saya. kot kot sakit mata ke ape kan. tapi bukan tengok tahi mata. KEDUA, baru menjelajah anggota yang lain di muka. 
  4.  Saya suka sidai baju.
  5. Saya tak suka iron baju. senang cerita, saya benci iron baju..
  6. Saya tak suka berkuku panjang. tak selesa. (=_=")
  7. Saya prefer berambut pendek (bob cut) than rambut panjang. tetapi saya dah berjanji kepada diri sendiri untuk keep long hair until i get married. cewwahh! *buat nya tak kawen kawen sampai bila bila, mampus rambut macam nenek kebayan*
  8. Tabiat saya yang pelik, saya suka pegang hidung saya. suka tarik tarik bagi mancung walaupun saya sedar hidung memang kemek and dah tak boleh nak buat ape dah. kadang kadang sampai merah. (tabiat nie pelik ke? ke ramai je yang buat cenggini? heeeeee..)
  9. saya suka memasak. *sila percaya* .
  10. Saya tidak suka menumbuk cili, blender cili dan seangkatan dengan aktiviti berkaitan cili. pernah sekali abah suruh saya tumbuk cili (guna lesung batu), lepastu die tgk saya tumbuk cili and cover muka dgn pinggan, and die dtg kat saya, dia sarungkan helmet. sosbss... safety first. (T______T)
  11. Saya tidak suka menggoreng ikan, ayam dan sewaktu dengannya. selesai menggoreng, pasti ade kenangan tinggal di anggota badan saya yang mana saya tak memerlukannya langsung! cis cis. pesanan saya, kalau nak menggoreng ape ape except goreng cerita, HARUSlah anda memakai long sleeve kalau taknak warisan berzaman.
  12. Saya tak pandai melukis. im fail in drawing. *sigh*
  13. Saya boleh online non stop for the whole day. saya addict to online. even dah taktau nak buat apa time online. =.="
  14. Saya boleh makan LAKSA n MEEHUN SUP hari hari sebab saya sangat suka makanan tersebut semenjak kecil. tak penah jemu!
  15. Saya pernah tak makan CLOUD NINE (sejenis coklat murahan berharga tigaposen) selama LIMA tahun sebab saya muak setelah menghentam satu balang cloud nine dengan sahabat baik semasa saya berumur 12 tahun.
  16. Saya prefer air kosong sejuk daripada air manis. sangat tak suka air manis...
  17. Saya lebih suka berkawan dengan perempuan dari lelaki. 
  18. Saya sangat pentingkan friendship diantara kawan kawan perempuan. bila dah sayang, sanggup takde lelaki. janji ada kawan perempuan. (sounds like im lesb right? absolutely NOT!)
  19. Saya tidak akan pernah jawab call unknown numb. Lantak kau lah nak call lapanplohjuta kali pon, i just ignore. unless he/she text me first and introduce him/her.
  20. Saya suka nama saya sebab nama saya ringkas and sedap. *wahh! tak beragak puji nama sendiri*
  21. Saya paling benci and i will reject on the spot kalau jumpa lelaki yang suka show off. blacklist. urghhhh! geli ketiak pakcik kau.
  22. Saya lebih suka melaburkan duit kepada bags, shoes and skin care dari outfit.
  23. Saya hanya ada empat helai jeans je, KOT? tak ingat ah. tapi saya memang jarang shopping pant. 
  24. Saya suka benda benda lembut.sebab tu saya tak banyak jeans...bagi saya jeans adalah keras. maka, saya suka pakai legging or harem pants or yoga pants. (lelaki lembut tak termasuk ok?)
  25. Saya akan pastikan katil or tempat tido saya tiada sebarang alatan/benda yang keras seperti kertas, pen, buku and bla bla bla... hanya benda benda lembut saje boleh berada di atas katil, kalau tak, saya akan sepak benda benda keras tersebut semasa tido.saya tak suka benda keras! (handphone tak apa, sebab letak bawah bantal..teeheee).
  26. Saya amat cerewet apabila masuk bab tempat tido. kalau tak percaya, sila rujuk number 25. 
  27. Saya tak boleh tidur atas cadar yang bukan cotton or kain yang jenis lembut. nylon memang totally out. saya akan berhati hati memilih cadar tilam. sanggup baca bahan buatan nya satu satu sehingga puas hati sebelum membeli cadar. (-____-")
  28. Saya gila blogging dari facebooking.
  29. Saya tak pandai bezakan oven dengan microwave jika tak baca tulisan di barang tersebut. and saya tak pandai menggunakan alatan alatan canggih itu. (noob gile)
  30. Saya selalu tetinggal kunci dalam rumah or bilik, lepastu kunci tempat sebut. and...., tadaaaaaa! saya terkunci and tak boleh masuk semula kedalam tempat berkenaan. T_______T
  31. Saya single dan bercita cita mahu berkahwin bila umur mencapai 30tahun. gila andartu weyh? Tapi kalau jodoh sampai dalam masa terdekat neyh, saya terima je....KAHKAHKAH
  32. Saya suka subjek BAHASA MELAYU. tapi sayang nya, subjek tersebut takde dalam silibus electrical engineering. saya pernah pilih subjek BM sebagai my third lang (subjek bukan teras), tapi serta merta ditolak oleh pihak BPA (bahagian akademik) sebab saya adalah malaysian. kompem kompem my 1st lang is BAHASA MELAYU. ciss ciss.
  33. Saya sangat amat paling suka kan baby, kids. (kate suka BM, tapi penggunaan ayat salah. MAAF.. =_=")
  34. Saya suka pegi gym. tapi setahun adalah dua tiga kali pegi gym.. (-____-")
  35. cita cita saya selepas dapat gaji yang pertama, saya nak buat braces. then beli treadmill. eh, cukup ke gaji pertama terus nak buat braces? 
  36. Saya suka outdoor games. saya paling suka basketball dari gimrama. KAHKAHKAH. *macam takpenah je ber gimrama.... tapi takpe...sebab saya suka pegi gym, kira ada jugak lah point gym tu*
  37. Saya suka kucing tetapi saya alah pada kucing tapi nak jugak kucing tapi abah tak kasi bela kucing dan akhirnya frust tertonggeng tonggeng. T_____T
  38. Saya suka lelaki berkulit putih...sebab saya hitam!
  39. Saya tak suka lelaki merokok. Lelaki merokok sila jauhi saya. *bukan dikriminasi tapi healthy first pleassssssseeeeeeee*
  40. Saya suka choral speaking. eh ade sape sape suka choral speaking tak? meh ar join saya... 
  41. Nak gebang ape lagi nie? saya pon dah mati kutu. mati kutu bukan bermaksud saya ada kutu tau tau tau.
  42. Blog kegemaran saya adalah blog ANNE, HATIM, MARIA ELENA, KAK NURUL, HANIS ZALIKHA, FILLA KASIH dan SCHAZWANEY. (nak jenguk blog dorang, sila kelik kat nama dorang :D)
  43. Saya suka kereta Honda jazz, tetapi saya tiada kereta. sesiapa nak hadiahkan saya kereta tersebut, anda amat di alu alukan... :)
  44. Saya trauma dengan orang SUBANG. lagi detail, SS19. KAHKAHKAH
  45. Saya lebih suka chocolate dari bunga. Saya memang tak suka bunga.
  46. Saya tidak suka mendownload movie dari mana mana sumber. even YOUTUBE. *leceh ceh ceh*
  47. Saya akan mendelete phone number seseorang jikalau mahu melupakan orang tersebut. (lame gila kan?)  =_="
  48. Saya suka teddy bear! saya mesti akan letak teddy dekat mata saya sebelum tidor. kire pengganti sleep mask la... 
  49. Saya mahu membuka kindergarten or nursery apabila saya sudah banyak wang. (dah lame tak guna word wang, KAN?)
  50. Saya sangat sangat rindukan arwah kedua ibu bapa saya. T______T

3 comments:

  1. datang dari blog riwayat hariku..

    saya pun tak suka download movie. dah lah lembap dan lambat. tak berbaloi!

    ReplyDelete
  2. kan kan kan? memang tak suka and cepat give up. huuuu

    ReplyDelete
  3. banyakkan bleh tau pasal owner blog nih kat sini.. nice to know you.

    Latest Entri :
    1) Tips Temuduga Pembantu Tadbir
    2) 15736 Visitor Seminggu Blog 2DayBlogger.Com Contest

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails