Tuesday, February 8, 2011

MUKA KENE BAKOR SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN JIRAN RUMAH SEBELAH.

Scary tak tajuk entry aku neyh?
scary kan? kan? kan?
korang imagine ape?
aku bayangkan time tu orang tu tengah makan nasi minyak.
pastu datang sesape ntah, curah minyak tanah kat muka die, then campak api mancis dekat die.
pastu kebabommmm !
hover tak nyah imagination mak?
hover kan?
tapi kalau nak jadi engineer memang kene pk something yang creative and out of box.
kire nye, mak neyh sesuai lah jadi engineer kan? auwwww !


Sabtu minggu lepas, jiran aku mengadakan kenduri kahwin anaknya.
anak die tu aku panggil kak cik.
die pon dah macam adik beradik aku. kami sangat rapat.
jodoh die dah sampai, maka kawen lah die pada umur 25tahun...
wedding die sangat sangat lah simple wa cakap lu.
kak cik ney kire macam warak warak punya orang lah.
and husband die pon same...
maka, tiadalah adat sanding bersanding, makan beradap, renjis merenjis semua tu lah.
aku cukup kagum and respect lah dorang punya wedding.
aku ingat, nanti aku kawen, aku nak buat cenggitu lah.
saving pon saving kan?
bersederhana je..


Baju nikah kak cik and asben die very de simple yuuuu....
dua dua pakai jubah putih. suci murni aku mentengok nye.
Dorang nikah malam and reception diadakan pada hari esoknye.
masa reception tu pon baju dorang memang simple habes. tapi tetap gorgeous tau.
tema hijau.
kak cik pakai jubah hijau while her asben wore green baju melayu.
seCOCOK bangat !


Nak dijadikan cerita, time wedding tu berlangsung, aku sebagai jiran yang prihatin, haruslah meminjamkan kedua dua belah tangan and kaki ku serta kerahan tenaga yang all out untuk menjayakan majlis tersebut.
Jumaat petang, rewang potong bawang, kunyit, halia, siapkan goodies untuk guests and semua lah kan.
malam tu plak aku dok tolong goreng ayam derkawah kawah.
Pastu sabtu siang tu, pagi pagi lagi aku dah terpacak kat rumah kak cik dengan berbaju kurung, bersiap sedia nak tolong ape ape yang patut kat situ.


Sampai sampai kat rumah kak cik je, terus kene masak terung+ikan masin masak lemak kuning.
satu periuk besa wa cakap lu.
aku nak kacau kuah tu pon guna pendayung kawah.
serious pes taim. and serious aku rase macam nak patah tangan aku mengacau kuah tersebut.
rase macam dengan badan badan aku sekali nak termasuk dalam periuk besa tuh.
Tapi aku berdoa je lah supaya tak terjatuh dalam tu. kang tak pasal pasal masuk BERITA HARIAN. *nangessss*
gigih tak aku mengacau lemak kuning terung tu dengan berbaju kurung pahang?
gigih tak gigih?
sila lah jawab gigih weyhhhhhh.
memang berpeluh peluh kot.
plus panas api bara kayu tuh. memang mencabar sangattttttttt.


Lepas masak tu, aku and tikah ( kawan baik kat rumah a.k.a jiran jugak ) volunteer jadi tukang angkat pinggan.
wedding kampung je kan. nan ado nye waiter waitress bagai.
dah kate pon gotong royong masyarakat kampung setempat...
maka, tiap tiap wedding or kenduri ape ape je lah, muka yang same yang buat keje. heeee.


Dari pukul 11 sampai lah pukul 3 or 4 pm camtu lah, aku tak duduk weyh.
caya lah annis! aku dok angkat pinggan pinggan yang orang dah siap makan ke dalam bekas yang disediakan.
mata aku melilau je carik pinggan kotor yang ditinggalkan oleh tetamu kat atas meja makan.
ramai nya orang takyah cakap lah weyhhhhhhhh..
tak menang tangan hokeyh nak melayan nye.
kebanyakan nye yang datang, semua pakai jubah, tudung labuh, tak kurang jugak yang pakai purdah.
serious aku salute lah dorang ney.
lemah lembut je aku tengok dorang...
nak dibandingkan dengan aku, memang jauh bebenor lah gamaknye..


Cuaca time tu tersangatlah baik.
panas die mak aihhhhhhhhhh....
rase macam nak berendam dalam pool je.
takpon mandi ais. perghhhhh... nikmat weyh!
tapi itu semua imagine je lebeyh.
jangan harap lah aku nak dapat benda tu semua time wedding tu.
and aku memang sengaja taknak pakai sebarang kerim merim, make up dan sebagainya.
even sunblock pon aku malas nak tempek.
sebab aku dah agak yang aku akan berpeluh ya amat.
nanti belengaih muka cek, lagi cek geliiiii.........


Jadi? terimalah muka hitam legam dibakor oleh matahari.
serious gelap and muka dah berbelang.
sampai kakak aku tegur yang mana muka aku berubah menjadi hitam.
muka aku ney memang. takleh panas.
bila panas siket, terus nak terbakar. terus nak hitam. mencik tau !
nasib baik i ada 100% PURE ALOE VERA GEL.
gel tu lah aku dok sapu tetiap malam bagi mengembalikan kulit muka asal aku.
tapi pakai bila muka sunburned je lah.
kalau muka ko sedia lahir memang dah hitam, ko pakai gel nie sampai ke tua pon tak putih jugak.
sebab function gel nie adalah retain moisture and promotes healing.
kesimpulannya seakrang nie muka aku adalah putih siket dari bontot kuali.
hahahaha!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails