Sunday, March 13, 2011

BETUL KE APE YANG AKU BUAT NEY?

AMARAN KASAR : ENTRY ADALAH MEMUALKAN/MENJELIKKAN PEMBACA. KALAU TAKNAK BACA TAKPA. TIADA PAKSAAN DALAM BLOG INI. THANK YOU :)


aku tak tahu la apesal aku asek nak bermain emosi je sejak kebelakangan ney.
aku sedang mengalami kecelaruan emosi. Mungkin?
adekah keputusan yang aku buat ney bermanfaat ke tak, itu aku tak pasti.
yang pasti nya, aku rasa hati aku macam agak berdarah sedikit.
tapi aku cuba belagak gagah. *matik ar orang muntah baca entry ney*


Sebelum dia ada, aku boleh je hidup.
bila dia ada, aku lagi lah boleh hidup.
dia memang banyak menolong aku dalam kehidupan seharian ku.
seronok lah kan ade orang yang selalu amek tahu pasal kite.
feeling feeling baby baby lah sekejap. wakakaka!


Tapi, hari maken hari.......
aku & dia sendiri tengok kami ney sangat lah 'berbeda'. (bak kata orang indon)
ade je benda tak kene.
kalau bersua muka tu, tak bertekak tak sah.
masing masing nak menang. masing masing ego. Mungkin.


Sampailah aku pegi GIRL's TALK hari jumaat lepas. eh dua hari lepas.
topic yang dibincangkan adalah mengenai 'KAU & AKU'.
dan aku sendiri sebagai seketariat HEWI, buat article pasal COUPLE ITU HARAM.
tipu lah kalau aku cakap aku tak rasa apa apa mase dalam program tu.
sedikit sebanyak aku rasa bersalah dengan ALLAH swt..
aku sangat terkesan dengan kata kata seorang sahabat dimana dia cakap;

"Cinta lah pada ALLAH swt, sememangnya cinta DIA adalah cinta kekal"

ingat lagi tak aku pernah buat entry pasal cinta masa aku heartbroken apa semua tu?
kalau tak ingat, meh kelik sini. 
lepastu sahabat tu cakap lagi yang mana aku ingat sampai sekarang kata kata dia;
 
"kalau kite cinta pada ALLAH swt, dengan sendirinya cinta sekeliling akan datang pada kita"


aku percaya, ajal maut jodoh pertemuan semua sudah ditentukan oleh ALLAH swt...
kalau ada jodoh, tak kemana...
maka? takpayah lah aku nak sedih beriya iya...kite chill chill saje...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails