Monday, March 21, 2011

definisi BLOG dalam kamus hidup ANAK PEREMPUAN DARMAN.

memang.
memang selalu cenggini.
bila nak start ayat kompem ter'pegun' sekejap.
langsung kadang terus off lappy, baring tido.
sakit jugak kepaleotak pk ape ayat goreng yang sedap.
bukan ayam goreng tahu.


Nak buat intro bukan sesenang makan eskrem.
tapi ia mungkin sesusah mengopek kulit udang.
orang yang tak terel macam aku memang selalu begini.


kalau lah wujud udang sebesar ney, mahu setahun keje aku kopek kulit dia je lah.


Sekarang aku ada masa senggang.
tapi taklama. lebih kurang dalam sejam. mungkin.
ini semua gara gara kelas dibatalkan oleh pensyarah pada akhir akhir minit.
seronok kan?
tapi lagi seronok kalau bagitahu awal awal.
seawal minggu lepas. paling tak pon, bagitahu semalam ke..
takpayah aku nak kene bangun pagi.
tapi ini sudah tersurat. lagi tersirat, aku bangun pagi untuk mentype blog.


ya BLOG. ape definisi blog bagi anda?
setiap orang ada persepsi tersendiri.
tak boleh nak dinafikan, ia amat subjektif.
bagi aku, BLOG ney amat dekat dengan diri aku.
dekat dia macam, aku pergi mana mana mesti ingat blog.
cenggitu lah.


Ada orang cakap;

" geli giler ade blog. semua benda nak cerita kat dunia, bajet ah ada orang nak bace. kalau bace pon boleh muntah eijo. LOSER! boooooo "

Ada orang cakap lagi;

" tak perlu kot cerita personal life kau dekat blog, nampak macam murah. sampah! "

(monolog dekat atas ney aku reka je. tapi kurang lebih macam ini lah maksudnya)



Bagi aku, hak masing masing lah nak cakap apa mengenai BLOG.
aku lebih suka mengekspresi pelbagai perasaan dalam blog DARMAN's DOTER ney.
semua perkara yang aku rasa aku nak type, aku type.
takde orang halang selagi aku tak mengkucar kacirkan hidup orang laen.
contoh lah aku buat sesuatu hal hari ney,belum tentu sepuluh tahun lagi aku akan ingat.
banyak benda lagi aku nak kene pk. mungkin time tu aku dah beranak pinak.
mane nak ingat semua plus aku sudah bekerjaya ke apa kan. INSHAALLAH...


Melalui BLOG ney lah aku boleh bace sambil tersengih sorang sorang mengingatkan aku pada zaman lampau, zaman baru nak up, zaman kejatuhan, zaman cinta monyetkerasumbang, zaman kuat makan, zaman hey ho lets go semua semua lah. kalau aku type ney tujuh hari tujuh malam tak habes. to cut short zaman muda mudi aku lah tu. senang. jemaah. majmuk.


Mungkin aku type blog, aku sendiri je mahu bace.
lepastu orang google google, terjumpa blog aku and terbaca.
plus ade pulak tips yang aku share dekat sini.
mungkin boleh jadi bahan sharing. ilmu itu akan lebih berkat kalau kita berkongsi.
taknak baca life aku hari hari takpa. tak paksa pun.


Ada orang cakap;
" nak berpuitis, nak bercengkerama, nak bersyok sendiri, pergilah tulis diari woiiii! semak paleotak aku bace blog hang ney "

(Sekali lagi aku reka monolog diatas)
Bukan semua orang senang dengan diary. 
lagi lagi bab menulis adalah kelemahan aku. 
aku reti menulis tapi PEMALAS nya masyaallah ye....
dah lah manual. penat plak tu.
tiada hiburan semasa menulis.
boring. takde gambar.
kalau nak letak gambar kene tepek.
gam takde. 
kalau nak lukis, aku memang fail.
kang lukis hamster jadi vavi. 
TAK KE HARU?




Jadi? kenapa bayar lebih untuk membeli gam, pen warna warni, crayon. color pencil luna dan adik beradik dia yang laen?
dah ada kemudahan laptop dan internet, sila lah manfaatkan nye.
kertas kertas atau buku buku kosong tu, molek lah aku guna untuk buat latih tubi menjelang peperiksaan nanti.
penjimatan berganda kan?
plus, kalau type blog, aku boleh berlumba dengan diri sendiri berapa banyak words aku berjaya type dalam masa satu minit?
itu kan senaman jari jemari.
kalau gelojoh, mungkin boleh mendatangkan typo.
tapi apedehal? typo tu comel apa.






Ada lagi mahu aku beritahu definisi blog dalam kamus hidup ANAK PEREMPUAN DARMAN?
ke korang dah cukup paham?
atau aku sorang je ke yang baca neyh.
itu tak jadi kudis pon pada aku.
cuma tacinggggggggggggggg ah siket.
hihi.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails