Monday, April 11, 2011

MAHARAJA LAWAK LUCAH !!!



Sekarang ney kecoh cerita pasal MAHARAJA LAWAK.
semua pakat nak vote si JOZAN, NABIL, JIHAN dan tak kurang jugak juara RAJA LAWAK musim ke 5, MAN.
aku ney tengok RAJA LAWAK 5 pon tak.
inikan MAHARAJA LAWAK, lagi lah tak.


Tapi, disebabkan semua orang dok gebang sana sini pasal MAHARAJA LAWAK ney gila babs kelako, aku pon nak gak tengok.
yelah, study macam nak pecah kepala.
stress macam ada anak doploh orang je.
so, bagi mereleasekan tension, apa kate tengok something yang menghiburkan hati...kan?


Tambah tambah lagi sekarang ney kalau aku text fiq tanya buat apa, mesti dia jawab tengah tengok maharaja lawak.
mane aku tak hangen nye?
aku pon nak gak tengok weyhhh...
tapi nak tengok celah mana?


Aku ney dok dekat kolej kediaman a.k.a hostel lah senang cerita.
Tv takdak.
nak online pon guna wifi kolej.
kolej aku ney kedekut.
ade ke patut die block youtube?
memang tak patut.
tapi aku rase lagi lah tak patut aku cakap kolej aku ney kedekut...kan?
dah kasi benda free, pon tak gheti gheti nak bersyukur... =_______="


Naseb ah fiq baik hati siket.
die kasi aku tengok maharaja lawak yang dia dah download.
mase aku tengok tu, tengok dengan dia dekat mamak.
orang laen tengok bola, aku tengok maharaja lawak.  =_______="
so kau tahu lah kalau orang tengok bola macam mana pulak bunyi bising dia kan?
tapi itu semua tak jadi kudis pada aku.
nak tengok punya pasal, aku gigihkan jugaklah letak telinga dekat speaker lappy and muka memang dah tinggal beberapa cm je lagi nak cium screen lappy.
lepas ney kalau power mata aku dah makin bertambah, paham paham je lah ye..


So, aku nak buat review siket lah pasal MAHARAJA LAWAK episode satu ney.
episode dua aku tak tengok lagi.
eh jap, kemain lah panjang intro aku, sekarang baru nak masuk content?
FINE ANNIS FINE.
nampak sangat kau suka membebel.. -.-
okay, takpayah cakap panjang panjang,
mari kite type dan baca baca laju laju.
kalau typo tu harap maaf.
sila paham aku type pada kelajuan seminit seratus words ok. *dalam mimpi ko!


Kau kenal kumpulan BALAS?
ye finalist RAJA LAWAK 5.
aku taktahu BALAS ney menang no berapa masa raja lawak 5.
bagi pendapat aku, episode 1 ney dorang paling best.
terbaek ah lawak dorang.
cepat and padat.
lawak natural and ada isi.....
TAPI!


ape yang tapi nye?
meh sini aku nak tegur.
sebagai penonton rancangan maharajalawak, aku kurang gemar bab die cakap pasal "mengaripap" dan kuih pau.
at first aku takpaham ape kebenda hantu makcik jual karipap ney cakap pasal "mengaripap?"
so aku tanye lah fiq.
tapi fiq pon macam malu malu nak jawab.
sebab "mengaripap" tu maksudnya lucah sangat bagi aku!
pastu ditambah pulak dengan kuih pau.
nak buat ape pulak kuih pau? mengepau?
korang rase patut ke aku bagi tahu makne "mengaripap" & "mengepau"?
tak perlu kot.
yang paham tu, mesti paham ape maksud aku kan?
yang takpaham tu, toksah paham lagi baguihhh.



Korang, kalau nak buat lawak pon....
jangan lah melampau camtu sekali der..
rancangan ney semua golongan boleh tengok.
and budak budak pon suka...
kang dorang tiru aksi ape yang korang buat camne?
cemane dengan perkembangan otak/pemikiran dorang?
kecik kecik dah terselit dengan perkara yang tak patut diselit.
naseb ah aku tak de anak lagi.
kalau aku ade anak, mahu aku tak subscribe astro.
ko dok lah tengok tv 1 je.
huuuuuuuuu~

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails