Friday, May 27, 2011

RESIPI CUCUR BILIS RANGUP DICICAH BERSAMA SARDIN.

Hamboyhh kemaen panjang aku punya tajuk, kan?
actually malam tadi aku dapat tido selama lapan jam.
so pagi ney aku bangun dengan senang hati.
percaya tak? kalau aku tido kurang dari 8 jam
tak kesah lah 6 or 7 jam, aku akan jadi super duper mengantuk.
and it will spoil my day. (sila percaya bcoz it is true)


And macam biasalah, my daily routine bangun pukul 8 something something pagi untuk hantar dedek pegi kerja.
kalau aku bangun lagi awal dari masa tersebut, aku akan hantar dedek then straight to gym.
work out.
tapi kalau lambat macam ney, lepas hantar dedek pegi kerja aku terus balik rumah.
and i would not sleep balik lah.
sebab takut tak terbangun then langsung ponteng kerja.
NO NO NO.....
thats not good.


So pagi tadi aku pk nak masak breakfast bawak pergi kerja.
so aku pk ape benda yang simple. (macam biasalah)
and i decide nak masak cekodok bilis yang aku reka sendiri dicicah bersama sardin.
and sekali lagi, macam biasalah rasa nya MEMANG SEDAP! (matik ar puji diri sendiri)
so here i give you the recipe.




BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT CUCUR BILIS. 

Tepung gandum - 200 gram
Bawang besar - separuh
ikan bilis - segengam
telur - sebiji
garam - secukup rasa
lada hitam - secukup rasa
air - secukup rasa jugak (eh?)
minyak - sedikit (untuk menggoreng)


CARA-CARA MEMBUAT CUCUR BILIS.
  1. Potong dadu bawang besar. nak hiris pon boleh.
  2. Pecahkan telur dan pukul sekejap.
  3. Rendam sekejap ikan bilis dan tumbuk menggunakan lesung batu. kalau nak blend pon boleh. depends on masing masing punya style.
  4. Masukkan tepung gandum, ikan bilis yang ditumbuk dan bawang yang sudah dipotong dadu ke dalam telur yang sudah dipukul sebentar tadi.
  5. Tambahkan air untuk membentuk adunan yang cair tak berapa cair lah kan.
  6. Tambahkan sedikit garam kedalam adunan.
  7. Kalau nak pedas tapi taknak letak cili, boleh lah letak lada hitam. letak lah berapa banyak yang anda suka.
  8. Panaskan kuali dan masak lah cucur bilis anda.



BAHAN-BAHAN MEMASAK SARDIN.

Satu tin sardin - small size
Bawang besar - separuh (medium size)
cili - dua biji (kalau nak pedas, tambah lah banyak siket)
asam jawa - sedikit
garam - secukup rasa
gula - 1 sudu teh (nak kurang lagi baik)
minyak masak



CARA-CARA MEMASAK SARDIN.
  1. Hiris bawang besar menjadi kecil.
  2. Potong cili menjadi kecil.
  3. Panaskan kuali. masukkan sedikit minyak masak ke dalam kuali. *make sure siket ye.
  4. Masukkan sardin kedalam kuali dan pecah-pecahkan isi nya menjadi hancur.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masukkan air asam jawa.
  7. Biarkan mendidih selama 2,3 minit.
  8. Tutup api.

 



Hidangkan cucur bilis dengan sardin bersama.
Makan masa panas panas, perghhhhh memang terangkat habes!
hehe!
selamat mencuba :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails