Kejadian ney berlaku masa aku form 5.
sekarang aku dah 22.
so korang kira lah sendiri yek.
Mungkin ini kebetulan.
tapi kebetulan tu menjadikan kesakitan pon ada.
masa aku trial spm, aku diserang period pain yang amat lah sakit.
sebelum masuk exam hall, kan selalunya kite akan buat last preparation kan?
semua dok tepi tepi hall, kalau ada wakaf, semua dok berkumpul dekat situ bincang bincang yang mane patut.
kalau yang taknak join tu, dok lah jejauh siket carik ketenangan sebelum berperang dalam dewan peperiksaan.
Aku plak dulu type yang suka berkumpul kat ramai ramai orang tu.
nanti memasing akan tanya each other untuk menguji kekuatan ingatan menghafal (ntah pape kan?)
masa aku kene serang period pain tu, aku dah tak ingat paper ape.
time semua orang tengah bising pung pang pung pang bincang pasal subjek untuk paper hari tu,
aku dengan selamba badak nye duduk kat lantai sambil bersandar dekat tiang.
sambil?
sambil pejam mata.
yea aku cuba untuk menidurkan diri sendiri sebelum masuk dewan sebab time tu sakit die tuhan saje yang tahu.
Aku ingat dah habes dekat situ je kan.
i mean time trial spm je lah kene nye.
sekali kooooooo.....
ini lagi dramatic punya cerita.
aku kene serang period pain atau nama pasar nya adalah senggugut time SPM 2006.
masa tu paper ENGLISH.
paper two kot.
aku pon dah lupa.
peristiwa nie memang aku tak boleh lupa except ALLAH swt nak hilangkan memori aku pasal ney.
Aku dah mula rasa sakit perut pagi hari exam tu.
aku ingat kan sakit nak poo poo ke apa kan.
so masa masuk dewan exam, aku dah lain macam.
dah berpeluh sebab sakit plus cuak nak jawab exam.
and masa start jawab exam tu, aku dah tak boleh menulis.
sepuluh menet je aku dapat bertahan.
and masa bertahan tu pon aku menulis sambil kepala aku baring dekat atas meja.
dah lah nak kene buat essay sampai berapa essay ntah aku lupa.
Plus dengan kedaaan dewan yang sejuk.(aircond)
bertambah tambah lah sakit aku ney ha.
seriously, aku jarang lah jugak kene senggugut ney.
tapiiiiiiiiiii..........
sekali die datang, aku dah tak boleh buat apa.
berguling guling pon tak mampu.
so back to the story, dengan tenaga yang tinggal, aku angkat tangan panggil pengawas.
aku mintak dia menstrual pil.
itu pon aku kene ulang berapa kali ntah baru dia dengar.
and pengawas tu siap letak telinga dia dekat mulut aku.
luckily aku duduk kat hujung corner.
so student lain tak perasan pon kejadian tersebut.
Tak lame lepastu tiga empat orang pengawas datang ke tempat aku.
biasalah pengawas, takde keje nak buat kan..
so dorang datang lah menolong mana yang patut.
tapi time tu memang aku dah tak tahan.
nak tunggu ubat pon kemaen lama gila.
mungkin pengawas tu pegi carik dekat kedai or carik dekat sick bay, i dont know.
again, aku request nak dok kat luar dewan sebab acik dah taktahan sangat.
kalau aku kene period pain, aku memang tak boleh dok kat tempat sejuk.
ke semua orang macamtu?
So pengawas yang ramai ramai tu pegi lah berjumpa dengan ketua pengawas dan bagitahu permintaan aku.
and ketua pengawas setuju.
maka, pengawas pengawas pon mula lah carik meja dan kerusi baru untuk aku jawab english paper dekat luar dewan.
dah siap set up meja and kerusi, aku keluar lah dewan.
dah macam orang nak beranak pon ade time tu.
teruk beno keadaan aku time tu.
still, ubat aku tak sampai sampai.
and aku kuatkan semangat sambung lah siket lagi essay yang aku rase cam teruk je result die nanti.
langsung aku mati kutu.mati idea nak tulis apa.
dah sakit...ape je yang dapat aku pk time tu?
Ketua pengawas tanya aku, sama ada aku nak kipas ke tak?
aku jawap taknak.
taklama lepastu ubat aku pon sampai.
aku telan and sambung lagi sploh menet kot untuk siapkan essay cincai aku tuh.
aku rasa masa yang diberikan untuk jawab paper tu lebih kurang 2 jam setengah kot.
ke bukan?
aku serious dah lupa.
aku plak hanya siapkan dalam masa doploh menet.
dan aku tido lebih kurang sejam lebih kot.
yang masa selebihnya aku dok terlentok dekat meja.
Habes je paper english, semua orang akan menuju dewan makan untuk lunch.
but not for me.
memang tak ar kan nak g makan ape semua dah kalau exam pon terlentok.
aku balik bilik and sambung tido.
and petang tu pulak ada paper fizik.
time paper fizik tu aku tak ingat dah.
tapi yang pasti aku jawab dalam dewan lah untuk paper tu.
mungkin kesakitan dah kurang kot at that time.
Haa....sebelum korang tanya aku english paper dapat berapa,
meh aku bagitahu awal awal.
serious aku adalah insan yang terpaling kecewa sebab tak dapat apa yang aku target untuk english paper.
tapi bila mengenangkan aku jawab hanya doploh menet.
aku lagi cuak kalau fail.. kan?
aku memang dah bersedia nak menghadapi saat saat kesedihan dan kepedihan result aku tu.
and alhamdulillah aku dapat B3 untuk english.
and bukan fail.
even aku sedih giler tak dapat A.
sapa pulak nak bagi A kalau jawab pon cam harammmmm........kan?
aku taktahu sape yang mark untuk paper aku tu.
kalau aku tahu, dah lame aku pegi goda dia and mintak A1.
kalau pemeriksa tu laki lah.
kalau perempuan, aku tolong dia jaga anak dia ke ape kan untuk dapat A1.
gile keji perangai kan?
wakakakakakaka!
ini lah budak yang sakit tu ha.
tapi sekarang dah tak sakit.
ceria gumbira aje..
nie gamba semalam.
sebelum habes keje.
dedek dtg office aku untuk melepak.
perosak camera.
penuh fon aku dengan gamba budak ney ha
gedik mahu mencuba memakai spect aku.
konon ayu letewwww..
hehe!
No comments:
Post a Comment