Kematian adalah perkara paling ditakuti oleh semua umat manusia.
kematian adalah pasti.
tak boleh di 'extend', tak boleh dibooking, tak boleh di cancel.
TAK BOLEH. *banyak cantik muka kau?*
semakin hari semakin banyak aku pk pasal mati.
setelah orang orang yang tersayang pergi dulu meninggalkan aku.
apa yang boleh aku buat hanyalah berdoa untuk kebahagiaan mereka disana.
meratapi?
TAK BOLEH.
sedih tu memang lah sedih.sape yang tak sedih broo?
tapi itu adalah hakikat dan sudah dijanjikan bahawa kita semua akan kembali kepada pencipta-Nya.
nyawa dan usia yang dipinjamkan seketika ini haruslah kite gunakan sebaik baiknya.
Aku mengaku, aku bukan insan sempurna.
tiada manusia sempurna bak kata orang.
tiada manusia semulia Rasulullah saw.
TIADA.
sejak ramadhan datang kembali tahun ini, semakin banyak aku pk pasal mati.
sehari sebelum ramadhan menjelang, salah seorang jiran taman nie sudah kembali ke rahmatullah.
hanya sekelip mata.
liver infection and doctor salah bagi ubat, kata nya...
itu semua adalah sebab kematian.
yang sebenarnya, ajal sudah sampai.
daun kering sudah gugur dimana nama kita sudah tertulis di atas nya.
maka malaikat izrail menjalankan tugas yang sudah diamanahkan oleh Allah swt sejak azali.
kita sebagai hamba-Nya perlu bersedia setiap masa, setiap saat untuk menghadapi semua ini.
Aku walaupon tak kenal almarhum, aku tetap merasakan hiba apabila mendengar cerita dari balu nya.
betapa mudah nya arwah pergi walaupun suffer. *kulitnya melecur selepas mengambil ubat yang diberi doctor*
bila mendengar 'mudahnya arwah pergi', aku bersyukur seorang lagi umat islam yang dipermudahkan urusan nya.
Alhamdulillah...
macam itu lah yang kite mahu. yang kite dambakan.
kite tak tahu bagaimana cara kita pergi nanti.
moga moga kita pon macam arwah.
Bila melihat kesedihan balu arwah mengenangkan pemergian suaminya,
aku dapat merasai kesedihan dia seperti mana aku berasa sedih sewaktu pemergian my late parents.
aku tak dapat bayangkan beraya tanpa kedua orang tua tersayang bermula tahun ini.
dan aku tahu balu arwah turut merasakan perasaan yang sama.
how? how? how?
tapi bagi aku, selagi Allah swt ada, dia sentiasa memberi pertolongan kepada hamba-Nya dan kita lah yang perlu berusaha dan jangan hanya bergoyang kaki.
nota : serious entry with schema sentences.
yes...as human we should remember of death...thanx for remind me...=)
ReplyDelete