Saturday, August 6, 2011

BUKAN MEMUJA DAN BUKAN PUJAAN.




Macam mana puasa hari ini?
i hope everything is going well.
hari nie dah sempurna 6 hari umat islam berpuasa.
alhamdulillah...tuhan bagi kite kesempatan untuk menjalani ibadah puasa disamping kenikmatan yang banyak di depan mata.
syukran ya Allah..


Tidak terlintas di fikiran ku bahawa aku akan bernafas selama 22 tahun ini.
bila aku kenangkan kembali sejrah hidupku, aku menangis.
betapa banyaknya dosa telah aku lakukan jika dibandingkan dengan amalan pahala.
TAKUT.
ya aku takut.
takperlulah aku bercerita mengenai dosa lampau ku.
cuma aku mahu berkongsi sedikit pasal apa yang aku suka.


Aku pernah bercerita bahawa sejak akhir akhir ini, aku macam senang sangat nak mengalirkan air mata.
macam dalam entry nie.
mungkin faktor usia pon boleh dikira pakai.
mungkin juga kesunyian diri.
hati kita tak sama.
ada orang rasa gembira luar dan dalam bila berada di kalangan orang ramai.
ada orang rasa gembira di luar bila berada di kalangan orang ramai tetapi kesunyian di dalam.
macam aku cakap sebelum ini,
hati kita tak sama.


macam aku?

Aku suka tapi aku tak puja.
aku suka cara Wardina safiyyah.
cara dia mengendalikan keluarga kecil nya.
cara dia mendidik anak anak nya.
cara dia mendidik diri nya sendiri.




Tersentuh hati aku melihat video video yang di publish nya.
video mengenai anak nya.
Tersentuh hati aku membaca karangannya.
tersentuh hati aku membaca luahan hati nya.
Aku rasa hati aku sudah memilih dia.
dan Allah swt yang menggerakkan hati aku itu.
syukran ya Allah :')

pic credit to google.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails