Monday, August 8, 2011

KESEMPATAN YANG DIBERIKAN.





Sepanjang bulan Ramadhan nie aku nak memanjatkan kesyukuran.
aku rasa lain dari yang lain kali nie.
macam ramai orang cakap, Allah ambil sesuatu dari kita, dan dia beri sesuatu kepada kita.
cuma kita sedar or tak je.
apa yang lain tu?
meh sini aku cerita siket apa yang aku rasa.


aku mengaku, kalau ceramah agama, tazkirah tiap tiap jumaat and apa apa lah yang berkisarkan agama, memang cepat sangat aku mengantuk.
selagi tak menguap lapanplohlapan kali memang taksah.
terawih tahun lepas dan tahun tahun sebelum nie, kalau solat terawih, aku mengantuk ya hamat.
baru rakaat pertama, dah menguap macam orang tak pernah tido.
padahal siangnya tido memanjang.
lepastu dalam fikiran nie asek dok pk lah bila nak habes terawih nie.
keji gile ek perangai?
even aku dah focus pon, mesti ada lah siket terselit ingat benda benda duniawi nie.
nak kate hasutan syaitonnirrajim, setan dah kene ikat kan...
nie memang nafsu ke apa aku pon tak pasti.


Tapi alhamdulillah tahun nie aku rasa macam sedap tau.
rasa dia punya nikmat.
aku cerita nie bukan nak menunjuk nunjuk ke apa.
aku cuma nak share aku punya rasa syukur tu.
malam pertama terawih, lepas solat isyak berjemaah, aku mengantuk gila gila ah.
sungguh punya mengantuk sampaikan masa baca wirid after sembahyang isyak tu aku boleh terlelap.
ke tersengguk sengguk?
entah lah. lebih kurang je aku rasa.


Lepastu, masa nak start solat terawih rakaat pertama, tibe tibe je mata aku segar.
macam aku baru bangun tido yang lama.
macam baru lepas minum kopi lapan gelas.
serious segar and bersemangat waja aku solat.
and alhamdulillah, aku boleh focus masa solat walaupun kepala aku terhantuk dekat bucu kaki whiteboard yang boleh bergerak tu.
whiteboard tu diletakkan dekat sebelah saf lelaki.
and whiteboard tu digunakan untuk menindih kain pemisah antara tempat solat perempuan dan lelaki.
mungkin khusyuk sangat agaknye aku time tu..
sekali..pangggggg!
kene dekat kepala.
tu pon sedap! *tangan di dada mata ke atas*


and satu lagi perkara yang membuatkan hati aku gembira adalah, aku happy dengan hidup aku yang besederhana.
dengan orang orang yang aku sayang.
aku bersyukur hubungan persahabatan aku dengan kawan baik pon semakin baik.
alhamdulillah.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails