tuan tanah hari hari online.
tapi mood blogging macam dah kurang pon ada.
mungkin dah semakin matang agaknye. *ada kene mengene ke??*
Dah nak masuk raya deepavali, aku baru nak update cerita pasal raya aidilfitri.
bagus ke tak bagus macam ni? bagus lah kannn?
kira nya kalau peram telur itik ni, mungkin dah jadi telur masin agaknya.
hihihihihihi!
Aku bukannya apa, malas nak pk ayat and upload gambar.
itu memang penyakit sem baru ke apa aku pon taktahu.
tapi pemalas ya rabbbi.
nasib lah belajar rajin. EH?
Aku rasa tak perlu lah cerita secara detail macam mana raya aku tahun ni kan?
tak payah kot aku nak cerita raya pertama apa aku makan, berapa aku dapat duit raya. kan?
aku buat rumusan je lah terus yo?
kite buat ala ala spm gittewww.
boleh nyahhhh?
Biasalah kalau dah takde parents, raya pon macam nak taknak je.
tak semenggah langsung raya aku.
dengan pelbagai dugaan dan kejadian yang berlaku time time raya.
dengan per......... di pagi raya.
berlinangan jugak lah kan tengok kejadian yang tak patut di pagi raya yang mulia.
haihhhhh.
aku harap tahun depan semua okay. dah takde perkara perkara yang sedih macam ni.
orang pagi raya nak bergembira tapi yang jadi sebaliknya.
saboooooooooooooo je lahhhh. hehe!
So berbalik dengan cerita raya aku.
raya pertama aku pakai je baju pergi class.
kelas kan ahkak kau ni?
sebab raya pertama memang akan beraya di atas jalan raya.
so malas pulak aku nak pakai cantik cantik.
confirm aku dalam kete tido je memanjang memandangkan aku pon moody all the day.
PMS ni saje je tau datang time raya.
kan dah tak ceria raya aku. coiiiiiiiiiiiii betul. uh.
Pagi raya lepas melawat kubur mak and abah, aku bersama adik beradik yang bujang trang tang tang ni semua pakat balik kampung.
jumpa embah n atok.
kesian dorang menunggu kitorang sampai malam.
sanggup tu tak tido. haishhhh. rindu pulak dekat dorang.
sampai sampai je rumah embah.
dah lambat jugak lah time tu kan.
embah bercerita pasal arwah abah sampai pukul dua or tiga pagi macam tulah.
aku pulak yang dah sangap banyak kali.
embah kemaen semangat lagi bercerita. langsung tak ngantuk katanya.
comelll kan embah aku?
tapi nampak sangat kerinduan mereka terhadap anak tunggal lelaki mereka.
masa borak borak dengan embah, atok blah pergi baring dekat sofa sebab atok dah bergenang air mata.
anak kesayangan kata kooo. rindu lah kan. abah sorang anak lelaki dia. rapat macam kawan baik pulak tu.
mana tak sedihnya kan. haihhhhh lagi.
mak aihhhhh. kata nak buat rumusan, tapi ni dah macam karangan.
maap lah ye. biasalah orang dah lame tak menaip.
giannnnnnnnnnnnnn babeeeeeeee! heeeeee =D
aku stay dekat kampung tak lama.
raya ketiga dah balik rumah semula.
adik beradik aku nak beraya dengan kawan kawan pulak kata nya.
moh ler kite balik ye.
dah kalau balik rumah, memang dah habes lah cerita raya aku.
aku tak beraya mane mane pon.
dok teperap je dekat rumah. cuma adalah sekali aku pergi beraya rumah kawan sekolah rendah aku yang dah sepuluh tahun tak jumpa.
itu aje. yang lain memang aku beraya dengan tb. =___________="
and time raya tu ramai pulak membe membe aku kawen and bertunang.
so aku pergi majlis dorang je lah. at the same time boleh jumpa kawan kawan lama ye tak.
semua pakat dah nak masuk second fasa. aku ni entah bila gamaknya.
belajar pon lagi dua tahun setengah baru nak habes. kalau ikut perancangan lah kan.
lepastu nak keje dulu. memang lambat lah aku kawen.
orang lain dah beranak pinak, aku baru habes belajar.
tapi takpeeeeeee.....kite utamakan masa depan dulu lah yek. *cehhhh nak sedapkan hati letteww*
RAYA PERTAMA.
gambar tuan tanah kene la up dua kali.
buat korang lepas rindu gittewwwww.. *muntah!*
ain mokmok.
kak lyn.
eh apesal semua orang bergambar dekat tmpt yg sama?
bersepah pulak tu background.
ohhh haaaa...time ni semua dah keluar sbb nk balik kg aku rasa.
tamel the driver.
dah cukup empat orang adik beradik aku yang single mingle.
mungkin yang akan kawen dulu adalah kak lyn walaupon tamel lagi tua.
tamel siap mintak set bilik tidur dari kak lyn sebagai hadiah langkah bendul.
tak guna sangat kan budak ni?
hahahaha!
kau happy sangat ni dah kenapa?
time ni aku dah membongkang kat belakang.
budakbudak ni je lagi bernyawa untuk SS.
alahaiiii anak buah aku ni ha.
berjoget ke apa aku pon taktahu motip dia.
rindu betul tau dekat budak debab ni.
my only one niece.
gila rajin betul aku kan?
ni lah calon menantu paling bagusssssssss. huhu
RAYA KETIGA.
macam biasa lah kan.
letak gambar aku sepam dua dulu baru letak gambar orang lain.
pakai bukan main meletop lagi.
padahal aku beraya dekat rumah makcik aku.
sebelah rumah nenek aku je pon.
siang dtg pakai baju cantik.
malam dtg belenggang pakai baju tido.
ko mampuuuuu?
ain yang dipengaruhi oleh aku.
gigih aku pakai kan pashmina ni dekat dia.
kalau si tamel ni nak kutuk style tudung aku,
biar ain kene sekali. takdelah aku kene bahan sorang sorang.
wakakaka!
eh, busuk sangat perangai ni dah kenapa?
kak lyn and makcik aku a.k.a tuan rumah.
aku tengok dorang ni dah macam sebaya je.
padahal makcik aku ni dah ada cucu.
awet muda yuuuuuuuu.
nampak tak gelang hitam dekat tangan aku tu?
malam tadi balik dari mydin, terus putus.
apekah maksud tu weyh?
sedih tahu.
gelang ni aku cilok kak lyn punya. hahaha!
alolololo..omeyynyewww anak sapeww lettewwww
*okay terbelit lidah aku*
kesian weyh tamel ni.
nak amek gambar pon kene bagi lighting.
kalau tak, gelap je gambar dia.
dulu kulit dia ni biasa biasa je.
sejak keje saing saing bangla, dengan dia dia sekali dah sama macam bangla.
kalau letak bangla sebelah dia, confirm confuse.
tak kenal mana satu abang aku.
eh apesal tibe tibe gambar ni sesat dekat sini?
ahhh gasaklahhh.
RAYA YANG TAK INGAT BILA HARINYA.
ape ke bambam nye aku time ni?
baru hari raya keberapa dah macam apam balik aku tengok.
makan pon sodap nih.
eh? nak makan diri sendiri ke apa?
tiga sekawan.
geng time aku sekolah rendah dulu.
skarang ni semua dah nak habes belajar dah.
pandai pandai dorang.
nampak tak budak yg pakai baju i love london ni?
yang ni la bff kau mase skolah dulu.
dia ni kalau gelak, baik korang tutup telinga awal awal.
kalau korang tak tutup telinga.
ada dua je boleh jadi lepastu.
kalau tak pekak, gilaaaaaaaa.
sebab dia gelak macam hantuuuu!
eh terkutuk bff sendiri pulak.hehe.
ampun ye cayangku mokmok. sploh tahun kite takjumpa.
dulu kau lah paling tinggi antara kite semua.
sekarang kau jugak lah yang paling.
paling pendek. wakakakaka!
No comments:
Post a Comment