Monday, October 3, 2011

TIPS BODY SEXY.

Body sape sexy?
body aku ke? Puiiiiiiiiiiiiiiiiiiii !
memang tak lah kan.
dalam mimpi pon belum tentu body aku sexy.
tapi kalau semua orang di dunia ni doakan aku dapat body sexy, mungkin kebarangkalian untuk dapat body yang sexy tu agak tinggi.
agak je lah kan. tapi kalau semua orang berdoa untuk aku tapi aku melantak macam gajah, tak guna jugak.
macam doa tanpa usaha. ape dapat?
angan angan mat jenin je lah uollssss~

Sebenarnya aku nak share product body yang aku guna.
aku dah share tips pasal skincare dengan hair kan?
so this time ape kate aku share pasal body plak.
kalau nak baca, boleh baca. kalau taknak, takpe.
mak tak makan orang. mak makan ati je.....*pang sedasssssss*


Dulu semasa arwah mak aku ada lagi, dia selalu mengamalkan mandi dengan limau nipis.
kira nya limau nipis tu dia buat scrub.
limau nipis ni boleh menghilangkan bau badan dan memutihkan badan.
aku tak sure sangat. kalau nak lebih detail korang google lah sendiri. hehe!
aku pulak tak pernah pon nak amalkan benda benda macam tu sebab bagi aku macam leceh la nak pakai sabun dua kali.
tapi bila dah besar sekarang n i, *besar lah sangatttttt* baru timbul kesedaran nak mengamalkan petua orang orang terdahulu.
so now aku cuba praktikkan and i am so in love with it.


At first, sebelum mandi aku akan scrub badan dengan limau nipis.
rub the whole body and concentrate at the private part.
biarkan 5 minutes. then wash it.

lepas tu aku sambung pulak dengan daily body scrub.
aku pakai Green tea spa exfoliating bath scrub.
aku beli dekat guardian. murah je.
rm5 something something kot.
aku tak ingat the exact price die berapa. but i love its smell.
bila apply dekat badan memang rasa best sangat.
rub for 2 - 3 minutes macam tu lah.
then wash it.


tapi bila weekends aku pakai Putri Binari Lulur Scrub.
Apply and gently massage to entire body and leave for 5 minutes and rinse water thoroughly.
eh ayat aku dah macam direction lah plak kan.
ni pon antara favourite aku jugak ni.
i love the its smells. and bila dah bilas dengan air, kulit rasa lembut and wangi.
lovely !


 

Lepas pakai body scrub, aku akan pakai sabun timun.
sabun yang aku pakai ni namanya Cucumber Whitening Soap.
ni aku beli dekat Mydin je.
harga dia aku tak ingat. tapi murah lah.
aku taktahu sabun ni untuk muka or body.
tapi aku taram je pakai kat badan.
okaylah kulit rasa lembut. kalau whitening tu aku tak berapa pasti sebab kulit aku memang dah white dah. *tangan di dada mata ke atas*


Lepas pakai sabun timun tu selama doploh saat setengah, basuh lah badan tu.
and ni last part lah.
aku MESTI akan pakai milk bath.
aku suka pakai milk bath sebab dia takkan bagi kulit korang kering.
aku pakai dua. kadang kadang aku pakai Johnson & Johnson Milk Bath.
kadang kadang aku pakai The Bodyshop Shea Shower Creme.
Dua dua ni memang aku suka suka suka suka suka suka sangat.
kemaen banyak suka aku type kan?
means memang menjadi favourite lah ni.
senang citer anak emas aku.
harga setiap satu tu pon tak sampai rm20 tak silap aku.
aku memang takpakai barang barang yang mahal. sebab aku sedar aku tak mampu nak pakai barang barang yang mahal. eh barang murah pon okay what?
kannnnnnnnnn?


Lepas apply the final part tu, aku bilas and siap!
serious best mandi lama lama sebab aku suka memanjakan body sendiri.
eh sape yang nak manjakan body kite selain tuan badan sendiri, ye tak?
tapi memang akan take time sikit lah.
so kalau yang share bath room tu, pandai pandai korang lah manage your time nak mandi.
kalau macam aku. kalau weekdays and ada class pagi pukul 8, aku cuba bangun pagi and apply all of these stuff la. tapi kalau bangun lambat, memang harapan lah nak mandi lama lama. mampos kene roboh pintu bilik air aku tu.
tapi kalau balik class, memang aku akan apply semua nie.
so jadi lah aku orang yang terakhir sekali mandi kat dalam rumah nie.
sobsssssss T____________T

aku tak pakai body lotion waktu siang sebab aku tak suka nanti die melekit.
lagi lagi cuaca sekarang panas dia lain macam.
so jangan harap lah aku nak pakai.
tapi sebelum tido aku sukaaaaaaaaaaaaaa apply Johnson's Baby bedtime lotion.
bau dia sangat tenang and dia berasaskan milk.
aku memang suka milk. dia tak melekit and dia cepat absorb.
lotion ni aku dah pakai since sekolah lagi. pakai before tido je.
boleh la tido sambil feeling feeling baby. *haktuihhhhhhh !*

semua pic aku ambil dekat abg google =)


p/s : lepas ni aku nak beli chocolate body scrub pulak. sebab hari tu aku buat body scrub dekat spa, dia apply vanilla plus mocha ke apa ntah dekat badan aku, memang sedap gilaaaaaaaaaaa bau dia. rasa nak gigit gigit badan sendiri sebab sedap sangat. hahaha! alahaiiiii rindu bau tersebut.

3 comments:

  1. Ya Allah... Rajin sangat tu.... Kalau Kaksu, sabun sejenis jer... tadek scrub bagai. tu pon baru je pakai sabun liquid. dulu selamba pakai sabun ketul lux. tapi semenjak tgk ada jiran meninggal guna sabun tu, terus ban. haha. bila la kaksu nak dapat kerajinan menggunakan pebagai produk mandian macam awak ni eh? **tabik spring

    ReplyDelete
  2. ewah.. panjang lebar kaksu komen tadi tak keluar eh? dah la. majuk. okbye

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails