paling best time tengok tv sambil mengunyah snack.
memang syokk weyh. kadang kadang tak sedar pon snack tu dah habes sebab asyik sangat mengunyah sambil tengok tv kan.
Dulu masa arwah abah aku ada, dia adalah orang terpaling rajin masak.
kalau petang petang kan ada drama melayu dekat tv.
kegemaran kami satu keluarga minum petang sambil tengok drama melayu.
so abah mesti masak something for hi tea lah kalau orang putih cakap.
setiap hari okay? mana anak anak dia tak gemuk. eh aku gemuk bukan salah abah.
tapi salah aku sendiri. makan ikut napsu. T_________________T
setiap petang adalah menu yang berbeza.
paling simple and malas makanan yang abah masak adalah pisang goreng dengan teh panas.
kalau abah rajin, dia akan masak burger.
burger yang orang jual dekat stall stall tepi jalan tu.
takpon kuih muih malaysia.
eh ikut lah selera tekak abah and kerajinan abah pada waktu tersebut.
tapi kalau abah tak masak, abah akan beli roti sedap sedap pelbagai perasa lepastu abah akan buat air panas.
tak kesah lah air teh or nescafe or mila or etc.
perkara ni abah dah amalkan dari zaman aku belum lahir kot?
seee? nampak tak dari mana kerajinan aku warisi? dari abah aku. (sila percaya yang aku sangat lah rajin. kahkahkah!)
Tapi bila abah dah takde, memang macam hurmmm.
malas je masing masing nak masak petang.
atlast beli je lah makanan ringan banyak banyak sebagai snack petang.
sangat lah tak bagus punya perangai. banyak makan junk food boleh memudaratkan kesihatan.
aku tahu tu. tapi aku buat.
dua perisa ni je lah yang aku suka.
yang lain aku tak suka.
biasalah tekak mengadaaaa.
Dan pilihan snack kegemaran aku adalah pringles.
Aku tak suka sangat Mr.Potato sebab garam dia terlebih ke apa ntah.
bagi aku dia sangat masin and aku tak suka betul benda benda masin.
eh macam lah makan pringles tu bagus kan? padahal sama je banyak bahan perasa.
yang aku nak bangkitkan isu sekarang, bukan lah pasal snack petang sebenanya,
tapi aku nak luahkan rasa tak puas hati aku dengan HARGA PRINGLES.
sebelum aku kene hentam, baiklah aku bagitahu apa yang aku geram.
harga satu botol medium size pringles dekat mart bawah rumah aku ni (A**MART) berharga RM4.90.
manakala harga dekat MYDIN hanyalah rm2.70 ke rm2.90.
aku lupa harga betul dia tapi still under rm3.
kau tengok betapa jauhnya perbezaan harga. mana tak bengangnya aku. agak gaka lah woi nak mark up harga. biar la logic akal siket. benda benda kecik macam ni lah yang menyebabkan warga malaysia sakit hati.
mula mula sakit hati, lama lama sakit buah pinggang sebab banyak makan junk food. eh apa aku merepek ni?
p/s : kau tengok? entry tak pasal makanan memang tak sah. takpaham aku.
No comments:
Post a Comment