Monday, December 17, 2012

CARA SAYA MENGATASI KESEDIHAN.





Assalamualaikum wbt and hiiiiiiiiiiiiiiii uolls.




               Selalu tak korang bersedih? (soalan apakah ini?) Setiap orang mesti ada ups and down masing masing kan? semua ada life journey masing masing. semua ada dugaan masing masing yang berbeza. I just want to remind awak awak semua, dugaan adalah tanda kasih sayang ALLAH swt dekat kite. Please please please jangan la rasa tertekan sangat8x sampai buat benda benda yang tak masuk akal. yang tak berfaedah. yang useless. yang semua semua tu lah. banyak sangat yang.









                 Meh aku share sikit ape yang aku buat bila aku bersedih/ tertekan/ or sewaktu dengannya. SELALU nye aku takkan duduk sorang sorang. takkan okay. sebab aku bukan jenis yang duduk sorang sorang lepastu aku lupa semua. NO. so not me. kalau korang taktahu, aku ni seorang yang happy go lucky. ni kire kategori up diri sendiri tak? muahahaha. blasah je la ye. aku suka gelak gelak. buat lawak macam macam la. bila aku sedih, aku akan banyak diam dari bercakap. so people will know yang time tu aku sedang bermasalah. dan aku akan tibe tibe je pegang tangan (perempuan) kawan aku. haha aku pon taktahu kenapa aku kalau ada masalah, aku suka touch kawan aku. maybe sebab aku nak berpaut or nak gain strength. even aku tak cakap ape2. aku akan pegang tangan dia and diam. sebab aku nak kekuatan dalam hati. bila ingat rasa kelakar. but it happened spontaneously. So my friend dah tahu if aku berkelakuan macam tu, dia akan bagi respond la. sampai aku senyum and said " okay dah ". It means aku dah feel better. weird izzit? lain orang lain cara kot? hehe!




                  Actually kite banyak sebab kan untuk bersedih? aku kan kalau bersedih about heart feeling, lain sikit cara aku atasi  kesedihan tersebut berbanding dengan hal hal lain. ni kire special case sikit la. sebab dia bermain dengan hati kan. hati kan sensitip, manja, lemah lembut, anak emas, apa apa je lah. so aku kene luahkan. yang ni aku tak boleh simpan dalam hati sensorang. sebab aku akan jadi lebih sedih. and bila macam ni jadi aku akan cari someone. memang dekat dia la aku selalu mengadu. tapi bila masalah tu betul betul serious like aku tak boleh nak handle by my own and perlu mintak pendapat dia baru aku cari dia. 




                  Time aku bersedih aku akan lebih banyak dekatkan diri dengan Pencipta. DIA Maha Mengetahui. Dia tahu semua apa yang ada dalam hati aku. Kite kan manusia. Manusia cepat alpa. Time happy happy kadang kadang kita lupa nak bersyukur dekat DIA. Tapi bila kita sedih, ada masalah, DIA lah yang kite cari. betul tak? so grab this time to baaaaaaaaaaaaaaanyaaakkkkkkkkk mengadu dekat DIA. kene baaaaaaaaaaaaanyakkkkkkkkkk minta ampun dekat DIA. ALLAH swt Maha Pengampun. Banyak mana pon dosa kita, salah kita, Allah sentiasa ampunkan hamba-Nya. So jangan risau. Banyakkan ibadah. Banyakkan istighfar. Istighfar ni sangat working tau. kalau sebelum ni aku jarang beristighfar (pengakuan berani mati) but time sedih, aku cuba untuk beristighfar sebanyak yang boleh. why i said so? istighfar ni akan beri kite ketenangan. kalau tak percaya boleh google kelebihan istighfar. sangatttttt best! korang try okay? 


istighfar



bila sedih cuba amalkan doa atas ni :)




                    Aku ada time time aku akan sedih yang over. macam time petang petang semua orang tengah rest. balik class petang petang tu selalunya kite akan rest kan. sebab penat satu hari dekat campus. so time tu semua orang nak ada privacy time sendiri. so aku pon yang tengah penat ni akan double penat bila time tu lah perkara sedih tu datang. time tu la dok nak teringat ingat. haiyyooo. so untuk menghilangkan perasaan tu, aku akan keluar beriadah. pergi jogging ke, power walking ke, badminton ke. atleast aku buat something. 




                 Another critical time aku bersedih adalah malam. yes malam. time pukul 11 ke atas. time ni kan time orang nak berehat. nak tido. nak call pasangan masing masing wish good night la ape la kan. time ni memang jiwa kacau habes la aku. sooooooo ape yang aku buat untuk lupakan kesedihan tu, akan buat step aerobics. yes aku aerobics tengah tengah malam. kawan kawan aku tahu kalau aku aerobics aku tengah dalam situasi sedih la tu. Aku akan buat sampai penat. Then rasa sangat puasssssssssss! lepas cooling down, rest kejap. mandi, solat then tido. PERFECT NIGHT. aku suka sangat malam macam tu. 




                So kat sini aku nak nasihatkan awak awak yang comel comel ni, kalau bersedih jangan la buat buat perkara yang memudaratkan diri sendiri. Please please please kamu jangan nakal. Eh? Mostly aku dengar orang cakap kalau sedih makan banyak banyak. Aku tak cakap cara tu salah. Setiap orang ada cara tersendiri untuk atasi kesedihan masing masing kan. Tapi ape yang aku nak remindkan adalah, kalau makan banyak banyak, tak kesian ke kat badan kite? Lagi lagi kalau kite makan makanan yang sangat tak bernutrisi. kalau kat malaysia ni makin berminyak berlemak sesuatu makanan tu makin sedap kan? Most of the diseases nowadays comes from food. Dah la hati tengah bersedih, jangan la sakitkan badan pulak. Badan kan nak pakai lama. kalau boleh pakai buang, dah lama kita buat macam tu kan? So please reader reader yang baik hati, before do something, think wisely. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak makan? You can think what's the result. 




                  One more thing, perkara perkara yang aku cerita kat atas ni adalah cara yang aku buat untuk mengatasi kesedihan aku. mungkin cara aku tak sama dengan cara korang. aku cuma share. sharing is caring right? kalau rasa tak bersependapat dengan aku, it's okay, no problem. kalau aku ada salah type ke ape, im sorrrrrrrrryyyyyy. again aku nak cakap ni cara aku. sebelum aku stop entry ni, aku nak share video dr asri. best. sangat positive. try tengok :)





2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails