Sunday, October 27, 2013

OKTOBER.

I dont know why. Bila nak sebut oktober teringat octopus. =__________="
padahal oktober dengan octopus kemaen jauh bunyinye. even ejaannya.
fuhhhhhhhhh.
supposely aku nak sambung buat proposal 'fyp'. tapi entahlah tak start start lagi. walhal dah pukul 1.20 am.
kemon annis.
Harini 27 October 2013. Hari kedua konvokensyen - 9 UTeM. kawan - kawan senior sefaculty ramai yang dah graduate semalam. tahhiah semua. im so happy and proud for you guys. sorry tak dapat datang. keadaan kenderaan aku tak berapa nak sihat. kene sihatkan dulu tadi. and yang paling penting, tuan kenderaan ni sangat tak sihat. mentally. bukan sakit mental okay. korang jangan salah faham. kang ada yang pk aku giler. yelah sekarang ni banyak kes orang sakit jiwa serang orang ramai dengan melulu. aku taknak komen panjang lebar pasal kes kes macam tu. korang semua mungkin sudah sedia maklum. mungkin lagi arif dan tahu lebih detail pasal hal tu.



Kenapa Oktober? Ape yang specialnye oktober sampai ada entry untuk oktober? takde sebab pon sebenarnye. kebetulan aku terpanggil untuk update blog malam ni dan sekarang masih dalam bulan oktober. so here you go. Tapi ada satu yang istimewa nya oktober dihatiku which is Hari lahir Abah. Arwah abah. (AL-FATIHAH) Bila tengok kawan kawan upload gambar konvo dekat FB, perasaan ni jadi 1001 satu perasaan. macam macam keluar. satu - emosi memang tengah tak stabil sebab PMS. kedua - banyak sangat kerja menimbun (student life). ketiga - too much problems come out (miss independent)
Back to the grad photo of my lovely friends, aku dah terbayang bayang waktu aku nanti. (Amin) how do i feel? sape yang sudi datang melihat hari aku? aku teringat masa graduation pmr. abah & mak datang ke penang untuk lihat aku. im so blessed. suka & happy sangat time tu. yelah jauh kot pahang - penang. abah & mak pernah datang sekali je time hantar aku daftar mrsm transkrian tingkatan 1. lepastu terus jadi miss independent. aku tak pernah rasa apa apa yang tak best sebab aku faham keluarga aku bukan keluarga senang. abah & mak bekerja keras siang malam cari duit untuk membesarkan aku satu keluarga. 6 orang yang masih belajar waktu itu. aku ingat lagi masa nak masuk tingkatan 2, 90% keluarga hantar anak anak dorang ke mrsm. aku dengan sorang kawan aku, naik bus dari jengka pkul 6petang & sampai dekat terminal bus parit buntar pkul 4pagi. time tu jangan cakap la takutnya. orang orang jalanan, orang orang mabuk memang ada. Alhamdulillah ALLAH swt ada jaga kami :) masa naik tingkatan 3 pon sama.



Graduasi tingkatan 5 di mrsm jasin, abah & mak tak datang. hihi no problem. aku bukan jenis yang paksa untuk datang. aku okay je. sebab aku tahu abah & mak sibuk. dari kecik aku lihat sendiri abah & mak sibuk cari duit untuk kami sekeluarga. siang malam. aku pernah cerita dekat blog pasal ni. aku punya hujung minggu tak macam hujung minggu orang lain. sebab hujung minggu aku adalah hari untuk tolong abah & mak berniaga dekat warung (pada masa tu). bila masuk sekolah berasrama je aku tahu apa itu hujung minggu yang rileks. Bila flashback balik masa sekolah rendah dulu, sayu je hati teringat. abah & mak tak pernah memanjakan kami adik beradik dengan harta benda mewah. tapi aku bersyukur sangat sebab didikan mereka dulu menjadikan aku kuat sekarang. setiap tahun kasut sekolah baru. Tp kasut sekolah aku berharga RM7. paling mahal pon RM10 :) tiada jenama SPARK mahu pun BATA. hanya beli dikedai apek di temerloh. Kasut sekolah pengawas pulak pakai kasut kakak je. hehe alhamdulillah. baju, kain & tudung sekolah mak jahit sendiri. takpon pakai yang kakak punya. biasalah adik mesti dapat barang secondhand. alhamdulillah. aku suka je :)



Masa sekolah rendah dulu selalu sangat tak sabar nak jadi orang besar (dewasa) sebab nak pakai kasut cantik. itu je pon tujuan nak jadi besar. hihi comel je rasa. sebab aku memang perhati kakak kakak remaja pada waktu tu kasut/sandal/selipar semua cantik cantik. time tu taktahu pon pasal brand. janji bukan kasut getah bagi aku dah cantik sangat. kasut & selipar aku dulu adalah selipar jepun atau kasut getah. kasut getah dah kira mahal dah aku rasa. aku excited sangat bila nk raya. sebab time tu la akan dapat kasut raya which is bukan kasut getah. hehe. aku sekolah rendah dah pandai potong ayam sebab abah kan meniaga dekat pasar malam. abah takde pekerja. anak anak la yang tolong. jadi aku dah biasa masak masak ni which is pembantu. kalau aku yang masak (main chef) mau sakit perut pelanggan semua. hehe. aku bersyukur sebab pengalaman tu la yang buat aku fall in love with kitchen right now. Inshaallah aku boleh sediakan makanan untuk keluarga aku nanti.



Kalau nak cerita childhood time memang takkan habis. tapi aku nak cerita jugak moment yang bila aku teringat memang terus tersentuh. Dulu aku selalu tengok, ramai budak yang dapat rmt (rancangan makanan tambahan) duit belanja dorang lagi banyak dari aku. zaman aku 50 sen - rm1.00 kot untuk satu sesi. tapi aku & adik beradik 50 sen sehari. which is 30 sen belanja untuk sek kebangsaan. 20 sen untuk sekolah agama. tapi kalau bawak bekal pegi sekolah, no duit belanja. hehe! aku pernah jual nasi lemak (dalam bakul) dekat kaki lima luar kelas waktu rehat. bila makcik kantin tak bukak kantin, aku lah yang jadi makcik kantin. hihi. nnt mak bagi upah nasi lemak satu untuk aku. aku happy :D



Mak dan abah memang kerja sangat kuat. sangat sangat kuat. aku nampak dorang letih. aku redha bila mereka pergi dulu. dah sampai masa mereka. biarlah mereka berehat di sana. putus dari dunia luar. Dugaan untuk kita sentiasa ada. Allah swt bagi kita dugaan sebab dia sayangkan kita. DIA nak kita sentiasa mengingati-NYA. Aku sangat perasan, bila aku sedih teramat, bila baca Al-Quran, ayat ayat yang aku baca tu memang sangat related dengan keadaan aku pada waktu tu. Aku sentiasa yakin dengan perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

Raya Aidilfitri 2008. Time ni mak dah sakit. 
AL-FATIHAH untuk arwah abah & mak.


Bersama anak anak yang masih bujang pada waktu itu.
sekarang ni abang aku tu dah kahwin bulan lepas. alhamdulillah :)



Doa bila kita bersedih. 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails