Wednesday, October 27, 2021

APA JADI SELEPAS 8 TAHUN?

 Assalamualaikum wbt..


Fuhhhhhhhh!


8 tahun ek? 

8 tahun meninggalkan dunia blogging. 8 tahun tak menulis dekat sini. 8 tahun blog ni kene hijack dengan malaun mana ntah. Habis depa post benda merepek kat sini. Lenguh jugak la jari jemari salleh ni nak delete post² merepek tu.


Tadi aku baca balik post aku pasal wishlist 2013 - 2014. Alhamdulillah 90% dah tercapai. 1 ja belum lagi. Inshaallah ada rezeki tercapai la semua tu. Sebenarnya aku pon dah lupa apa wishlist aku. Bila baca balik, eh eh semua ni dah dapat la. Alhamdulillah. Syukur. Allah sayang.


Setelah 8 tahun, aku dah berkahwin & mempunyai 2 orang anak lelaki yg sihat, bijak & comel. Persis ibunya. Nak jugekkk kann. Hihi


Anak sulung aku sekarang dah 5 tahun & dah bersekolah. Tapi sebab Pandemik COVID ni, on off sekolahnya. Adehhh. 


Anak no.2 sekarang umur 1 tahun 2 bulan. Dah pandai jalan, pandai panjat kerusi & meja makan pon ye. Yang hat sorang ni terlebih advance. Siang tadi jari luka berdarah darah. Fitam mak tengok. Tapi dia relax je kesana kesini T_____T


Sekarang aku buat bisnes jual frozen food Tishas. Alhamdulillah dah setahun lebih. Sejak aku resign April 2020, aku terus buat bisnes ni. Biasalah bisnes ada ups & down. Apa pun aku bersyukur & terus maju kehadapan. Gitteww. Korang yang nak carik frozen food tishas boleh contact aku tau. Yang nak jadi agent pon boleh. Nanti aku tunjuk step by step. Teeheee. Lama tak gelak macamtu. 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails