Thursday, January 6, 2011
KAU PANTANG? AKU PANTANG GILA !
tajuk berbelit belit macam k*ling doh. apekah?
aku taktahu macam mane ter taip tajuk cenggitu.... (ceaaaaa...taknak ngaku)
aku bukan nak cerita pasal pantang larang tok nenek kita, malah ibu dalam pantang pon bukan...
yang aku nak cerita adalah pasai pantang bila seseuatu makanan tersebut dimasak dengan tidak betul atau tidak semasak masak nye. (sumpah ayat k*ling!)
aku nie dah lah tengah ON DIET. makanan pon yang terpilih je......nikmat makan yang super sedap, aku terpaksa stop kan sekejap bagi memenuhi azam tahun ini. (padahal azam setiap tahun.... cehh !)
Maka, makanan yang boleh membuatkan diri demok nie kenyang, dengan melantak protein and sayur sayuran je lah...sebab aku sekang dah jadi atkinners u olls....... ( clap clap )
Plus, aku tinggal di kolej kediaman ( hostel ), dimana kami semua tidak dibenarkan memasak. (damn!)
Aku tahu....kalau kite masak sendiri, alangkah lebih molek ye tak? tapi aku pon takpaham ape ke susah sangat pihak pengurusan UT** nie nak bagi pelepasan kat student nak memasak. dengan memasak, kite boleh berjimat, malah boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan para pelajar dengan cara pegi ke rumah jiran apabila terbau makanan yang enak dari rumah sebelah. perghh perghh perghh !
Apabila kami semua tidak dibenarkan memasak, jadi kami kene lah membeli. habestu nak hidup, terpaksa lah beli makanan kat luar. ape kau sanggup mati tak makan sebab protes dengan HEPA? aku kompem tak rela...
kalau nak buat demonstrasi ke hapa, please jangan ajak aku. tapi kalau nak buat jamuan makan, ajak lah aku...tapi nak makanan yang berkhasiat je tau, sebab aku tengah diet.. (memang mintak lempang budak nie)
So, untuk lunch hari nie, aku pergilah window shopping lauk pauk dekat gerai gerai yang dijual di bawah rumah aku nie....and aku bersepakat dengan kata hati yang mana aku nak membeli sayur cendawan dengan daun hijau ape ntah. sayuran tersebut dimasak dengan sup.tapi aku tak amek sup dia. dengan gelojoh aku masukkan sayuran ke dalam plastik. pastu aku ternampak terung dimasak pedas. cis cis cis! ini adalah favourite, takboleh jadi ney.. aku pon amek jugak terung tu.tapi hanya beberapa ketul je lah. kang banyak banyak, mau tersadai kat dinding lah gamaknye..
Untuk protein plak, aku amek ayam goreng seketul. aku suka drumstick. sebab boleh maen drum lepastu. (okay tak kelaka =___=" )
bila tengok ayam goreng yang gebu tu, memang lah napsu kebulor tu membuak buak.
dok telan telan air lliur je sepanjang pulang ke rumah. ( keji gila !)
tapi bila aku start mentekedarah ayam goreng idaman aku tuh, terus mati selera aku and keluar perasaan NAK MUNTAH! sebab ayam tu tak digoreng dengan betul..maksud aku, ade lagi darah darah ayam tu kat bahagian isi dalam drumstick. eauwwwwwwww ! wekkkkkkkkk!
seriously, aku memang pantang kalau orang goreng ayam or ikan ke, tapi tak masak betul.
macam ok dah aku taknak makan. geli siaa.....
even idaman, kalau macam nie, takpelah..terima kasih..terus kenyang and perut jadi sebu.
nak makan pon GELI !
Aku tak salahkan 100% orang yang menjual tu.
tapi aku just nak nasihatkan dekat semua orang and aku sendiri lah...kalau nak masak tu, biarlah betul...
lagi lagi yang nak menjual, jangan pk untung saje, tapi kualiti sangat teruk. orang kalau dah suka dengan makanan kau, dia akan datang lagi....tapi kalau orang dah benci, nak lalu depan gerai kau pon dah malas.
actually, aku dah kene banyak kali dengan penjual nie. bukan aku saje, ramai jugak yang terkena. tapi disebabkan gerai tak banyak, maka kami tutup mata je lah... tapi sekarang macam dah give up je. HEH!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment