Friday, February 11, 2011

KERANA LELAKI ITU, FRIENDSHIP MUSNAH.

Dear Diary,

Hari nie aku rasa sungguh miserable.
semua benda aku rase tak kena. and semua benda aku nak rushing.
tadi mase engineering math test pon aku rase gelabah giler.
last last salah jawap.
bila nak betulkan balik, masa dah habes.
serious rase nak hentak je meja tu.


Dear Diary,

Pernah dengar tak kerana lelaki, friendship musnah?
or kerana perempuan, friendship bergolak.
pernah tak?
tapi selalunya benda nie jadi kat perempuan sebab perempuan lebih cepat tergoda.
kat lelaki pon ada jugak happen tapi jarang kot sebab kebanyakan lelaki lebih pentingkan kawan dari lover.
aku rase benda nie macam terjadi je dekat aku sekarang.
taktahulah kalau tak betul kan..
but i feel it slowly day by day... (eh kejap, apesal malam nie banyak sangat bunyi mercun? dah macam hujan mercun aku tengok)


Dear Diary,

Aku taktahu nak mengadu dekat sape..
aku harap, bila aku ngadu dekat kau, aku akan rase lega, lebih happy and lebih ringan kepala-otak ku.
dulu, aku dan si dia sangat rapat.
macam belangkas. buat ape ape mesti nak sama,
pegi mana mana mesti nak berdua.
aku dah anggap dia macam adik beradik aku.
aku sayang dia macam dia adik kandung aku.
aku selalu risaukan dia.
risaukan kesihatan dia, risaukan keselamatan dia and semualah senang cerita.
kalau aku nak pegi mana mana, mesti aku nak ajak dia.
sebab aku taknak biarkan dia sorang sorang.
aku rasa bersalah kalau buat die macam tu.
aku sentiasa nak jadi yang terbaik untuk dia....


Tapi.....sejak dia rapat dengan seseorang akhir akhir ney...
aku nampak perubahan yang sangat ketara dekat dia....
dia dah laen sangat....
mungkin dia nak jaga hati kawan dia tu....
mungkin hati aku dah takperlu kot nak jaga sebab aku tak penting bagi dia. mungkin.
mungkin aku je yang rasa die tu penting dalam hidup aku. buat malu je kan?


Kawan kawan kitorang perasan kot perubahan dia.
semua tanya aku pasal dia.
aku taktahu nak jawab apa and aku malas nak masuk campur hal peribadi dia.
jadi, aku hanya jawab, " NTAH. "
Hari demi hari aku banyak makan hati.
siket siket lame lame habes jugak hati nie.
kadang kadang aku malas nak layan perasaan ney.
tapi Diary, sejak aku tinggal dekat kolej ney, dia adalah orang paling rapat dengan aku.


Tadi pon aku terasa sangat dengan dia.
Kami ke campus same same naik bus.
tapi bila nak balik kolej, dia suruh aku balik naik bus dengan kawan perempuan kami yang laen sebab dia mahu keluar dengan kawan dia.
kenapa dia tak cakap awal awal?
kenapa bila aku sudah happy tersenyum senyum dekat dia, dia balas macamtu?
serious aku terasa.
tapi takpelah... itu hak dia bukan?
aku sedar aku nie hanya kawan pinggiran.
bila nak, carik. bila taknak, buang.
senang kan macamtu?


Kalau nak luahkan semua, mungkin tujuh hari tujuh malam tak habes entry ney.
aku rase cukup lah setakat tu aku luah.
sebab dah taktahan sangat aku pendam, tu yang terpakse aku luahkan.
aku ada ramai kawan, tapi tak sangka dalam ramai ramai, dia yang jadi macamtu.
tapi ape ape pon aku doakan dia bahagia lah.
aku still macam nie. steady je.
malam nie je emo siket.
mungkin mood tak berapa nak ok lepas buat engin math test tadi.
harap harap lepas aku bangun tido esok pagi, aku akan back to normal.
Insyaallah....

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails