lagi lagi ibu yang sedang mengandung tu.
kadang kadang dorang punya mengidam tu sangatlah pelik and mati kutu nak tunaikan hajat mereka.
tapi kalau mengidam mahu solat di atas laut, para suami tidak perlu garu garu kepala atau buat buat tak dengar permintaan sang isteri.
jalan penyelesaian ada disini.
iaitu di rumah ALLAH swt, Masjid Selat Melaka ! (eh, perasan tak?lately ayat aku macam nak buat jualan langsung, KAN?)
Setakat melaka, apa lah sangat....kan?
tak jauh pon dari KL (ibu negara).
menaiki kenderaan empat tayar hanya SATU-JAM-SETENGAH je....
first time aku dtg solat di masjid ney, serious aku terpegun and berkelakuan agak jakun sedikit.
memang semua tempat aku nak teroka.
on the way nak carik tempat solat wanita pon, beberapa checkpoint disediakan. (tipu gilerrrrr)
takdelah cekpoin sangat...cume macam perjalanan yang agak jauh tetapi indah.
Semasa mengangkat wudu' pon anda akan dihidangi dengan lagu lagu merdu nasyid.
aku taktahu lah orang kat situ pasang setiap masa or tidak.
sebab time aku pegi tu, die pasang lagu maher zain.
memang sungguh lazat.
eh aku taknak cakap banyak.
aku nak korang menikmati gambar gambar yg aku tangkap.
tapi jangan kutuk gamba yang tak berkualiti.
alah...biasalah camera murah punya.
tapi kalau tak tahan jugak nak kutuk, sila kutuk dalam hati je tau tau tau.
View dari pintu masuk Masjid Selat Melaka.
Lepas amek wudhu', jalan bawah susur gajah nie nak pegi tempat solat sambil menikmati ketenangan air laut.
Pandangan sisi Masjid Selat Melaka.
Masjid di atas laut. sungguh cool kan?
Selesai solat, boleh menjamu mata sambil melihat matahari terbenam. alangkah indahnya !
Toilet yang sememangnya bersih, cantik dan selesa. Plus ada baby care room.
Aku lupa ape name pakcik nie. baik je orangnye..aku mintak nak tangkap gambar dia pon, dia sporting.. HEHE..
notamuka : maaf kalau entry aku bosan. aku akan cuba membuat tidak bosan pada masa akan datang. sempena hari nie MAULIDUR RASUL, marilah kita berselawat ke atas nya...
keliling ko pusing masji tu..hahaha
ReplyDelete