SELAMAT DATANG KE BOOTH TAKO TAO! |
korang pernah makan tako tao tak?
sebelum ney saya selalu baca blog kawan kawan pasal tako tao.
ade yang sampai hari hari mesti nak makan tako tao.
sedap sangat ke tako tao tu?
hebat sangat kah dia?
kalau makan tako tao tu boleh jadi cantik macam JESSICA ALBA ke? *okay tak kelakar*
seriously, dah lame saya tau pasal tako tao.
and setahu saya tako tao ney ade jual kat selected jusco je.
means, tak semua jusco ada jual tako tao lah...
tapi saya malas nak buat research pasal tako tao. so saya tak tau lah kalau ade jual kat tempat laen selaen jusco kan. so saya mintak maaf lah kalau salah yeeeeeeee......
dan semalam tercipta lah sejarah. buat pertama kalinye, saya mencuba sejenis makanan jepun yang bernama TAKO TAO.
ekceli tak plan pon nak pegi jusco. pada perancangan asalnya, nak pegi makan rojak ayam dekat jalan bunga raya. tapi nasib tak menyebelahi kami, kedai rojak idaman tutup pulak hari tu.
kecewa sangat weyh. T________T
hampir menanges meraung disitu. *hover tau nyah!*
sebelum sebelum ney ade jugak pergi.
tapi bila time dah sampai je, time tu lah kedai tu dah nak tutup.
bapak tragis gilerrrrrr. nanges lagi.T______T
sempat makan sekali je dalam satu sem. (panjang pulak intro aku. cisssssss!)
lepas menemui kedai rojak yang tidak dibuka pada hari ahad, kami sudah tiada arah tuju.
tak tau nak pergi mana. nak carik makan petang yang tidak ditry lagi.
last option pegi jusco. and jalan...jalan....jalan........
terserempak dengan booth tako tao.
ahah! ney lah makanan yang ade dalam wishlist saya.
dah ade depan mate, WAJIB lah membelinye.
saya tengok kat situ, ade empat tak salah saya perasa tako tao.
anda boleh pilih ikut suka selera masing masing. disebabkan saya tak pernah cuba, maka saya cuba perasa yang disajeskan iaitu perasa octopus.
beli satu set sudah............
dalam set tu ade tigabiji
saya tengok cara pembuatan dia amat leceh and teliti sekali.
tapi memang mengkagumkan lah wa cakap lu.
saya terpana seketika. hebat betul pekerja tako tao tu.
korang tengoklah acuan memasak die. kalau bagi aku masak, nangessssss.... T_________T |
Nie lah ghope tako tao tu. nampak menarik bukan? |
hesh. dalam kepala otak ney tak sabar betul nak makan tako tao.
semerbak eh bau die dalam satu surau.
tak tenteram orang orang nak solat. ampunnnnnnnnnnnnnn!
dah siap solat, terus pulang. saya mengabehkan tako tao tu dalam kereta tu jugak.
yang paling menakjubkan tak sampai lima menet saya dah habes makan.
MEMANG SEDAP! rate yang saya bagi kalau full mark 5, saya bagi 4.5/5.
caya lah! tapi yang sedihnye, mase nak bukak polisterine tako tao tu, kicap and mayonis die dah tunggang terbalik. banyak jugak yang tumpah. sedih gilerrrrrrrr. tak dapat nak rase kesedapan kicap jepun bersama adunan apentah yang pekerja tu bubuh.
tapi yang pasti, saya tidak akan berhenti disitu saje. saya akan membeli nye lagi dan tako tao pasti akan masuk dalam senarai makanan kegemaran saya!
pssstttttt......harga satu set tako tao adalah RM4.30. reasonable sangat dengan rasanya yang menjilat ibu jari
p/s : semua gambar adalah hasilan google saya. not from my collection ok. thx to mr. google =)
momo pun pernah makan kat jusco la juga..tengok cam sedap...and ternyata mmg sedap!! nyummm
ReplyDeleteKAN KAN KAN? sedap kan? :)
ReplyDeletesedap sangat wooo~makan 1 mau lagi..ishh annis!! tengok momochan da terliur ni..aduhhss
ReplyDelete