Tuesday, January 4, 2011

NAK KURUS? JOM IKUT BETA :)

BEFORE
 |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
AFTER


assalamualaikum....


Korang pernah dengar tak ATKINS DIET?
kalau tak pernah, takpe...
aku pon tak pernah dengar jugak sebelum nie.
bermula semalam baru pertama kali aku dengar perkataan ATKINS DIET .
Itu pon sheena yang bagitau (kawan). and she share blog link NIE.
aku mula mula bace blog DZUL, aku dah berkobar kobar nak amalkan atkins diet.
aku tengok perubahan diri die, subahanallah... memang berbeza gile gile ah !
dari berat seratus lebih, boleh turun sampai lapanploh kilo tak silap aku.
Kalau korang tak pecaya, korang boleh pegi tengok and baca sendiri blog DZUL.
Aku pon tak khatam lagi bace blog die neyh.
tapi memang dah gelojoh nak buat, haruslah laksanakan jugak hari nie.

Malam tadi lepas bace je blog DZUL, terus ajak hakeem and fara pegi mydin.
Nak buat persediaan diet kata nya... eh, kata ku..
aku sempat lah beli salad pelbagai jenis dan warna serta tomato cherries.
tak lupa jugak mayonnaise. FYI, mayonnaise punya carbs sangat rendah berbanding chilli sauce tau.
So dalam diet nie, mayo adalah disarankan makan tetapi cili sos kek umah tu, baik bagi jiran sebelah ghumah.
kang dok depan mata, mau di ngap nye....

Pagi tadi, celik je mate, terus bersemangat waja nak minum air mineral.
dalam proses diet nie, kite digalakkan minum air sebanyak 14 gelas air putih sehari.
kalau lagi banyak lagi bagus. aku plak jenis yang pemalas and susah gile nak minum air.
Lagi lagi air yang tak de rase pape. al kirim salam ah nak minum sampai empat belas gelas...
memandangkan aku mahu berjaya, yelahkan..kate azam tahun 2011 nak kurus selim melim...
aku gagahkan jugak lah minum sampai 14 gelas......
jawabnye, asek ke tandas lah ku tuju....
tapi aku memang tekejut jugak lah, sebab ape...aku boleh habiskan 1litre air dalam dua jam kelas tech com.
amazing wohh. aku nie, kalau bawak sebotol air yang berisi 250 ml ke kelas, mau nye sampai kelas hari esok pon tak habes lagi. susah giler aku nak meneguk air putih. aku pon tak tahu kenapa...
tapi yang aku tahu, ramai je spesies org mcm aku....kan? korang toksah kelentong la weyh...


And menu aku hari nie adalah;

Breakfast (WAJIB ambil ) = dua ketul ayam goreng.

Lunch = seekor ikan, seketul ayam goreng yang kecik dengan sayur bayam.

Snack = Salad handmade.

Dinner = Sup ayam.

Kalau korang mengamalkan diet nie, kompem tak laparrrrrrrrrr........
kalau rase rase lapar, korang telan lah air dua tiga gelas.
mungkin mula mula macam payah siket. eh memang payah banyak.
tapi itu untuk permulaan je....bila lame lame, dah biasa.....
aku pon tak boleh nak pung pang lebih lebih sangat sebab aku baru start hari nie kan....

and sebelum aku terlupa, just nak bagitahu hari macam sangat penat je.
mungkin aku terlalu pk pasal diet nie, and macam rasa kecewa and sedih sebab tak dapat makan makanan yang sedap sedap dah.... T_____T
and aku pegi jogging petang tadi... yeayyy ! berjaya jugak akhirnya nak beraktiviti selaen aktiviti renang di atas katil.. huuuuu...
tapi yang paling syok sekali, pijak pijak batu yang untuk refleksologi tu...
kemaen saket lagi ha....terjerit jerit...rase macam nak belobang kaki gue neyh. tapi takpe.. itu semua adalah permulaan untuk suatu kejayaan yang menanti ! * asal ayat aku cam paria? *


nota muka : gambar gambar diatas adalah orang yang berbeza. hihi. and kepada sesiapa yang dah try diet ney, aku wish ALL THE BEST and harap harap kite semua berjaya... amin......

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails