Jangan bermain dengan hati.
Kelak memakan diri.
Jangan sangka hati teguh berdiri.
Hakikatnya hati terluka boleh bawa mati.
Malam ini.
aku berasa sunyi.
kosong. jiwa perlukan lebih makanan.
mungkin tak cukup apa yang ada. mahu lebih.
selama ni aku banyak lalai dengan jiwa. aku pasti jiwa kurus.
tapi badan yang berisi.
ini tidak adil untuk jiwa.
kesian jiwa. maaf. aku khilaf.
Zalim kepada diri sendiri.
sentap aku dengar.
adakah aku tergolong?
insaf. aku terus tanya pada hati.
aku kene gemokkan jiwa, kuruskan badan.
dua benda dalam satu masa.
bolehkah aku?
mesti boleh. Insyaallah. tapi mesti kene ada usaha diiringi doa.
Aku diam. aku peram. aku pendam.
berbaloi kah? berkesan kah?
aku taktahu. tanya hati. hati diam.
hati merajuk. tanya mata.
mata tak pandai menipu.
mata mengalirkan jernih jernih mutiara.
bibir?
tertutup katup.
masih tiada jawapan.
No comments:
Post a Comment