Monday, April 9, 2012

THE MASTER CLEANSE.

Assalamualaikum wbt.


Lama kan tak update? makin malas and makin busy pon boleh jadi sebab kenapa tak update.
actually kalau dah lama tak update, awkward sangat kan? tak reti nak start. tak reti nak goreng ayat.
tapi kat sini aku bukan lah nak cerita pasal life aku sekarang. NOT YET.


            Gambar sebelah kiri ni diambil pada tarikh : 17/3/2012
            Gambar sebelah kanan diambil pada tarikh : 29/3/2012


So hari ni punya update sebab aku nak share dengan korang pasal THE MASTER CLEANSE. <---*sila click*
Korang pernah dengar tak pasal MC ni? (master cleanse).
mungkin ramai tak pernah dengar and mungkin ramai yang pernah dengar and dah pon buat.
actually aku baru tahu bulan lepas kot. tu pon IZ blogger famous yang bagitahu.
so aku try google and buat sedikit research pasal MC and memang kena kuat dari segi fizikal and mental la sebelum buat MC ni. nak cari barang dia pon satu hal. tapi aku ni dasar suka buat resepi sendiri. sebab ade bahan - bahan yang diperlukan tu macam mahal. so aku tak guna. like maple syrup. ok bye bye. tapi ko tahan la rasa dia yang macam euwww euwww tu.



Lagipon aku dah lama tak amek gula. so macam takut jugak la nak amek gula kan. *psycho much?*
so far aku buat dua hari je MC ni. lepastu aku give up. kahkahkah! tapi aku still on diet.
kalau aku makan, aku pastikan akan exercise after that. tapi ade je hari yang aku melantak *makan nasi pukul 10 malam ok!* balik tu aku tido terus. kahkahkah! tapi tu je la sekali. lepastu tak buat dah. insaf.
okay back to the track, now kan cuti mid term one week. so aku cuba la nak start balik MC program aku ni starting today. hahahaha. aku nak tengok mampu ke tak aku settlekan dalam masa seminggu.


Actually MC ni kene buat 10 days for the beginners. tapi kalau boleh tahan and serasi, nak buat lgi lama lagi bagus. Dekat negara barat, dorang ni memang dah lame tau pasal MC. and MC ni pon dah diperkenalkan since 50 years ago. mungkin ape yang aku cerita and merepek meraban dekat sini korang tak paham. tapi kalau korang nak tahu lebih details, korang click link yang aku bagi dekat atas. MC ni sebenarnya lemonade juice detox. and dalam masa 10 hari, korang langsung tak boleh makan. lapar ke tak, korang kene telan lemonade juice tu je. aku nak cuba buat straight 7 days. kalau boleh bertahan and nak sambung, i will continue. but depends on my situation nnt la.



Okay, sebab ape tak boleh makan? sebab nye ko click je lah dekat link tu. aku nak explain pon tak reti. kang nanti ade pulak yang tak faham or aku syok sendiri and meng auta kan fakta ke ape kan. tak pasal pasal ake kene maki. MC ni tak semestinya orang size besar je boleh buat. orang yang selim melim pon digalakkan buat. sebab dia nak clean kite punya organ dalaman. like i said before, this is detox program. orang yang ade penyakit macam kencing manis ke apa, elok lah buat MC. plus semua bahan pon kita guna organic product. takyah makan diet supplement yang kita sendiri pon taktahu ape ingredients dia. *terasa*
mesti korang tertanya tanya, berat aku turun ke dalam masa dua hari buat MC tu. hahahahaha. aku pon tak sure la turun tak. tapi rasa la inches loses. and aku pon tak pasti aku turun berat badan because of MC semata or sebab aku diet and aerobic. yela kan, what do you expect kalau buat dalam masa dua hari je. susah la nak cakap result dia.



Eh jangan taktahu, BEYONCE pon buat MC ni tau. ko tengok la body figure Beyonce tu macam mana.
kelas kan? orang barat memang dah ramai buat MC. kite je yang tak di expose kan dengan benda ni. eh ke aku sorang je? so kat sini aku harap korang dapat la doakan aku berjaya buat MC dalam masa seminggu straight. bukan sehari dua then stop. NO.
last but not least, jangan malas click link yang aku bagi. baca dan buat. selamat berjaya uolls :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails