Monday, August 19, 2013

MIMPI DAN SEBABNYA.


Assalamualaikum wbt n hi uollsss :)



Ni aku nak citer pasal mimpi. Malam tadi tido pon dok pk pk esok aku nak update pasal mimpi. Tak kira. Hahaha kemaen semangat kan nak citer. Entry pasal raya pon tak start lagi dah citer pasal lain. Haha ni normal. kihkihkih




TOILET (I)

- Kalau tengah tido tu perut memulas mulas (sakit perut nak jengjengjeng) aku mesti mimpi toilet. Dalam mimpi tu aku pegi bermacam macam jenis toilet tapi mesti toilet dalam mimpi tu tak menepati citarasa. Contoh, toilet tu busuk ke, toilet tu ada orang ke, toilet tu tak best ke. Yang mana aku tak kan guna toilet tu la. Sampai aku tersedar dari mimpi (bangun tido) and terus pegi toilet yg sebenar and melepaskan hajat. HAHAHA



TOILET (II)

- Ni mimpi toilet jugak. LOL. ni kes kalau nak terkencing. dalam mimpi tu aku pegi semua toilet jugak. Dah kencing dah dalam mimpi tu. Tapi still rasa nak kencing lagi. pegi cari toilet lain, but end up dia rasa nak kencing lagi. pegi la lapanploh jenis toilet sekalipon n kencing lapanploh kali dalam mimpi pon still nak kencing. Last last terbangun tido and terus pegi toilet. Kencing for the real. Baru dah tak mimpi pasal toilet. HAHAHA




MAKANAN

- Tadi citer pasal toilet, tibe tibe citer pasal makanan pulak kenn. Hahahampeh sangat. Tak sesuweii. Tapi nak buat cemane. Memang ini yang berlaku. Hihi. Okay kalau aku mimpi pasal makanan, confirm time nak tido tu aku tengah lapar sampai tido pon temimpi mimpi makanan. Mimpi je la makanan sedap sedap. Bukan kene bayor pon kan. Tapi aku dapat mimpi je la. Kenyang pon tak jugak. HAHAHA.




ORANG

- Ni kalau aku rindukan seseorang. Takpon asek la pk pasal orang tersebut. Tak kesah la sape sape. Yang disukai or tak suka. Sape sape je yang aku dok pk pasal orang tu ataupon aku ingat orang tu sebelum tido, mesti aku terbawak bawak dalam mimpi. Aku rasa ni normal kot. Maybe korang pon ade yang macam ni jugak kan?




PERKARA/BENDA

- Ni same macam point kat atas ni. Kalau asek pk je pasal sesuatu perkara atau benda, confirm masuk dalam mimpi sekali. Contoh, dengar ura ura result exam nak keluar, aku opkos asek pk je pasal result. Ok ke tidok. Aritu masa exam jawap cam haram. so result die cam haram gak ke. Nebes laik hell gittew. tu pasai masuk dalam mimpi gua. Kehkehkeh




ORANG YANG TAK BAIK

- Maksud orang tak baik tu bukan orang tu jahat. Contoh macam aku ada perselisihan faham dengan seseorang. Maybe orang tu adalah orang rapat dengan aku. Standed la ade gaduh gaduh ni kan. Tipu la kalau korang semua tak pernah gaduh even sikit pon kennn. Dengan adik beradik, boipren gelpren pon pernah gaduh ye dak? Selalunya dalam mimpi tu aku mimpi aku dah berbaik dengan orang tersebut. Tak kesah la sape sape yang aku ada selisih faham tu. Kiranya mimpi dengan kenyataan adalah terbalik. Aku ni jenis tak suke gaduh. So tu yang bila gaduh, aku nak sangat berbaik semula sampai kan mimpi aku dah berbaik dengan orang tu. Happy and gelak gelak je. Bila bangun tido, nan hado nye. Mimpi je semua tu. Reality masih gaduh. hahaha. gittew la citer die. tapi at last berbaik semula. Selalunye orang tu adalah orang yang aku sayang la. Tak kira kawan or sesape je la kan.




HANTU

- Ni tak selalu. Tapi once mimpi hantu, straight dua tiga hari aku dok mimpi hantu. Sampaikan nak tido pon takut. Sebab selalu terjadi time aku separa sedar. time aku baru nak tido and tengah mamai tu kan. Time tu la hantu tu datang kacau. Selalu nya aku akan baca ayat kursi dalam hati siap baca dengan tekan tekan bagai. Konon for real baca kuat kuat la. and yang paling penat bila aku taknak mimpi tu so aku pilih untuk bangun tido. Tapi badan kan dah penat, jadi dia nak rest. Aku pulak takut, so nak bangun tido and bukak mata. Jadi berlawan lawan la aku dengan diri sendiri. Last last bila terbangun, rasa mcam mintak nyawa sangat kepenatan dia tu. Iskk.





Ermm apa lagi eh mimpi aku yang berkaitan dengan dunia sebenar? Tibe tibe lepas citer pasal mimpi hantu terus lupa next point. Hahaha. Takpelah setakat ni aku bagi point point kat atas dulu. Kalau aku ingat nanti aku update ye. Have a good day n selamat hari raya guys. Hihihi

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails