Thursday, August 15, 2013

WISHLIST 2013 - 2014.



Assalamualaikum wbt and hi olssssssss.



Bila bagi salam, terus teringat ade orang tu suke sangat ejek aku punya salam bebunyi macam bangla jual carpet. Deyyy.



Sebulan lebih aku tak update blog tetibe jengjengjeng. terupdate. Niat nk update tu memang ada. Tapi nk mempublish tu macam payah. Ntah ape yang payah sangat pon aku taktahu. Ingat nak citer pasal Raya 2013 memandangkan masih lagi dalam bulan syawal and hari ni masuk raya ke 8. Tapi malas nak aplod gamba. Maka nya hold dulu la ye. Korang doa doa la aku rajin update. Kalau tak mungkin raya tahun depan agaknya baru aku update. Kalau tak jugak mungkin takde terus entry pasal raya. mungkin terus entry pasal beranak. hahaha. Tak kawen lagi terus beranak. Nampak sangat tak sabar ade anak.



Ni aku nak citer pasal WISHLIST. Aku belum pernah buat entry pasal wishlist agaknya. Nak buat sebab senang sikit aku nk recall. Kot kot lupa. Boleh cek balik kt blog ye dak? Ok cukup la tu intro. Moh kite straight to the point.



1. KAHWIN.




- Iye. ni terpaling nak. Lantak la orang nak cakap aku gatal ke ape kan. Tapi ade sebab kenapa aku nak kawen. Nampak gayanya bukan masa terdekat ni. Tapi mana tahu kuasa Allah aku dapat kahwin tahun ni. Bersyukur aku. Say alhamdulillah. Korang yang bace blog ni, doakan okay? doa secara ikhlas tau. hahaha


2. KERETA


aku suka honda jazz since sekolah lagi. 
dream car ni. hehe


- Ni paling nak. Haha tadi terpaling. Ni paling. Sebab tu letak no 2. Ade kereta memang memudahkan banyak benda. Takyah aku susahkan orang lain dah. Everything buat sendiri. Bisnes pon insyaallah lebih lancar.


3. BRACES.



- Ni pon masuk dalam wishlist. LOL. Bukan sebab nak cantik bila pakai braces ke ape. Tapi aku memang kene pakai braces woi. Dulu lepas habes spm dah pegi jumpa dentist. Pastu dentist tu advise aku buat dekat clinic yang berdekatan dengan tempat belajar. Tak sempat buat braces mak dah pergi dulu. Lepastu terus stuck tak buat sampai sekarang sebab no money no braces ma. Since lepas habes spm now dah 7 years camtu stuck in wishlist.


4. INCOME



- Kalau boleh aku nak income 3000 sebulan time study ni sebab aku dah takde study loan. Aku ada lagi dua sem nak habes study. Dengan final year project bakal menjelma nye lagi. Dengar citer banyak nak kene guna duit kan? So aku kene bersedia mental n fizikal.


5. RUMAH



- Amboi rumah. Macam senang je kan wishlist nak rumah. Macam rumah tu boleh petik kat pokok pulak kan. Hehe. Dah kate wishlist. Sukati aku la nak letak ape. Kenapa aku nak rumah sebab ada banyak sebab. Bila hidup sorang ni, survive sorang sorang bukan senang tapi takdela susah. Allah kan ada. Usaha doa n tawakkal.


6. HABIS DEGREE DENGAN JAYANYA.



- Ini memang kena and wajib. Aku cukup risau and takut. Dah tak lama nak habes. Tapi masa tak lama tu cemana. Aku harap sangat dapat grad dengan jayanya. Aku nak keje jadi engineer ke tak tu blakang cerita. Yang penting aku kene habiskan degree. Det sit.



7. FAMILY

- Aku berimpikan keluarga. Memang aku ada family. Bersyukur alhamdulillah. Aku nak rasa keluarga yang ada parents and family bonding yang kuat. Kalau ada jodoh dengan orang yang still ada parents, boleh la tumpang rasa. Kalau takde takpe, redha. =)


8. ANAK

- Belum kawen lagi memang la takde anak. Okay wishlist ni kene tunggu no 1 settle baru boleh laksanakan wishlist ni. Tapi kalau boleh nak lahirkan anak masa umur 27. Berapa orang tu terserah. Anak tu kan rezeki.



Setakat pukul 2.30 pagi ni, ini je yang mampu aku pk. Nanti bila ada lagi, aku update wishlist aku. Wishlist ni actually perkara yang memang kene buat and hadap pon kan. Means semua orang pon akan laluinya. Kecuali braces tu je la. Hehe. Tapi aku tetap letakkan nya as wishlist sebab aku nak remind diri aku banyak benda penting yang aku kene achieve dalam masa setahun dua ni. So life is so serious. Umur pon dah 24. Ko nak main main lagi baik pegi terjun lombong. Sekarang masa untuk tentukan hidup. Kemana aku nak pergi. Macam mana aku nak corakkan masa depan aku. Tugas arwah mak abah dah selesai. Now aku sendiri kene buat untuk diri aku. Silap corak, habes. So Annis you better watch out.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails