Thursday, January 6, 2011

TIPS KURUS SAYA SUATU MASA DAHULU... (PART 2)

NAH ! Saya bagi ciuman sebab sudi terjah blog saya. terima kasih.. =D


Mari kita sambung part dua untuk entry TIPS KURUS SAYA SUATU MASA DAHULU.
sesiapa yang baru masuk blog nie, and tak tahu ape yang terjadi sebenanye, anda boleh kelik entry nie. baca entry tu dulu baru boleh baca entry ney. untuk kasik lebih paham lah kan. hehe
thank you =)


Bila cuti semester, selalunya aku akan tolong abah dekat kedai makan dia.
 tolong tolong sambil duit masuk poket. hehe. abah kasi gaji......
i tolong abah dengan ikhlas and i taknak pon ape ape upah, tapi abah tetap bekeras nak bagi gaji, so ape boleh buat? i terima je lah..... auwwww... hahahaha ( lempang ! )


Di suatu petang, sedang aku menggoreng pisang sambil mendengar radio, (tempat kejadian adalah di kedai abah) aku dengar perbualan cerita mengenai product menguruskan badan. Kan aku pernah cakap, aku tak boleh dengar pasal ubat kurus lah ape lah, tibe tibe je eksaited nak cuba. harap harap badan macam VICTORIA BECKHAM lepas tu. (mimpi ko !) aku pon mendengar dengan khusyuk sambil membalik balik kan pisang yang kat dalam kuali tersebut. sempat lagi aku menyalin nombor telefon pengedar product tersebut. and tak lupa jugak website dia.


Bila aku balik rumah, aku cepat cepat bukak website dia and baca segala info pasal product tersebut.
Aku pk macam ok je benda nie. and terus aku call puan S****H tu untuk mengorder.
Tak sampai beberapa hari, aku dah terima barang yang di hantar oleh puan S****H.
Petang tu jugak, puan dotdot call aku and ajar aku macam mana nak guna.
Bagus gile service dia sebab instruction dah ada kat barang tu, tapi puan S****H sanggup call aku and bagi tips macam mana nak dapat bentuk badan yang langsing lagi menawan. perghhh !


Menu yang dicadangkan oleh pengedar tersebut adalah ;

Breakfast : Telur rebus dua bijik. then minum product itu.

Lunch : Ikan singgang dan sayur sayuran. then minum product itu.

Snack : Pisang goreng or keropok ke ape. then minum product itu.

Dinner : Sup sayur or ayam or daging. mana mana pon boleh. then minum product itu.


Hari hari itu je lah menu makan aku.
Masa yang di sajeskan untuk amek minuman tu adalah empat jam sekali. so aku  maen agak agak je.
And she said, tak perlu bersenam. tapi kalau bersenam, lagi cepat turun berat badan lah. aku tak bersenam langsung. cuma kadang kadang malam kalau aku rajin, aku skipping je.
dalam masa dua minggu, memang kurus lah aku. banyak jugak turunnye.
Dlm masa proses diet nie, aku DILARANG sama sekali mengambil carbs and gula. buah buahan pon tak boleh. sebab dalam buah ada gula...


Now, bila aku teringat balik pasal hal diet aku tu, aku baru perasan yang diet tu sama je dengan atkins diet yang aku tengah buat sekarang. sama sebijik sejibun weyh. cuma aku tak minum product kurus tu je. Lagi jimat duit aku. Boleh simpan duit untuk masa depan anak anak. cewahh! Sekarang aku nak kurus dengan usaha diri aku sendiri tanpa bantuan product kurus tu. Tapi product tu memang berkesan pon, And dah ramai cuba dan berpuas hati dengan hasil selepas menggunakannya. Product yang aku dok sebut sebut tu adalah susu SD  II.


Semalam punya menu diet aku adalah :

Breakfast : Telur goreng tiga biji.

Lunch : Ikan tilapia seekor dengan sayur campur.

Dinner : Sup ayam.


Hari ini punya menu diet aku adalah :

Breakfast : Telur goreng dua biji.

Lunch : Ayam goreng seketul dengan sayur sayuran.

Dinner : Sup campur.

Mesti minum air masak yang banyak untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. kalau macam aku, aku cuba minum 3 litre sehari. kalau tak boleh, 2 litre sehari pon dah okay..
GOOD LUCK !

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails