Tuesday, May 10, 2011

KISAH HARI IBU YANG TERSENTUH HATI. (true story)

Walaupun Mother's Day dah lepas dua hari tapi aku nak cerita jugak pasal kisah ney.
ney cerita benar tahu.
bukan dibuat buat.
kejadian ney berlaku semasa hari ibu tahun lepas.


KC = kakak cun (aku)
AD = adek debab.


kring!!kring!!kring..!!!!

AD call aku.
time ney AD sekolah & tinggal di asrama.
aku pulak bercuti dekat rumah.


AD : tahu tak hari ney hari apa?
KC : tahu. hari ney hari sabtu lah. (okay aku bantai je hari sabtu sebab aku tak ingat 8 MAY tahun lepas tu hari apa and aku adalah pemalas nak cek calendar)
AD : ngek lah..tahu lah hari sabtu. tapi hari nie hari apa.. (gelak gelak tapi suara macam tahan nanges)
KC: yelah yelah...hari ney hari apa?
AD : hari ney Hari Ibu lah. (dah sebak)
KC : eh iye ke? habestu? (gile jahat aku kan? padahal aku dah tahu hari tu hari ibu. tapi aku buat buat tak tahu)
AD : aku ada buat kad hari ibu tapi taktahu nak bagi siapa, aku kasi cik manje (cik manje = makcik aku)
KC : okay lah tu... habes tu cik manje cakap apa?
AD : cakap terima kasih.. (dah menangis dah time ney)


lepas tu aku dah lupa apa yang kitorang borakkan.
tapi yang pasti aku gelak gelak je lah time tu.
aku bukan nak tunjuk ego ke apa masa bercakap dengan adik aku tu kan.
aku taknak lah join dia menangis sekali.
aku kan kakak...aku kena lah tunjuk kuat.
bagi semangat kat dia...


 Lepas aku letak fon, aku sendiri sebak.
sedih dengar adik aku rindukan ibu kami.
aku pon rindu ibu jugak. T_______T


tahun lepas adalah tahun pertama kami menyambut hari ibu tanpa ibu disisi.
tahun ney adalah tahun kedua kami menyambut hari ibu tanpa ibu disisi dan tahun pertama menyambut hari bapa tanpa abah disisi. (insyaallah kalau umur aku panjang lah kan..)
walaupun mereka tiada disisi kami, tetapi mereka sentiasa berada dihati kami.

 SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu di dunia ini especially my late mum.
i really love and miss you and i always pray for you.
AL-FATIHAH.



pesanan owner blog : hargailah ibubapa anda semasa mereka masih hidup. ini seriyes!

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails