Saturday, January 29, 2011

RAMBUT GEMOK !

Hi readers ! how are you?
ecehh. tetibe plak ingat nak tanye kabar plak en en en?
selame nie kemaen terjah je. langsung tak ingat adab sopan pompuan melayu terakhir.
sungguh berdebah itu perangai.


Now dah pukul 1.20 am.
aku rase macam nak update banyak benda.
semua nak cerita.
semua nak kepoh satu dunie.
nak bagitahu semua apa yang ade dalam paleotak-ku-yang-cerdik-pandai.
kau orang suka siang or malam?
aku suka kedua dua nya. BOTH !
gila soalan lame yang takde ape tujuan ntah.


Ermmm, cane eh nak citer?
aku nak cakap yang aku happy siang tadi. HEHE.
sebab dapat pergi maxis centre and celcom centre.
WHAT THE...........
pegi tempat tu pon boleh happy? apekejadah?
happy lah woiii. itu adalah impian minggu ini.
tapi sedikit lara sebab niat idaman tak dapat disetelkan lagi.
mencik tau!
aku agak sudah naik fedup dengan mende neyh.
kalau dalam kes mahkamah, aku dah tak larat nak naik turun court.
tak tahu nak kasi sape menang. either plaintif or defenden?
mesti korang takpaham dengan ape yg aku bebel kan?
MAAF....aku tak boleh cerita panjang. bakal dikelar leher.
tak pasal pasal masuk HARIAN METRO.


weyhhhh !
aku nak cerita pasal rambot.
yeaaa rambot ! rambot aku dah sangat gemok.
bukan sebab ikut tuan dia tau...korang jangan sesekali panggil aku cenggitu... kecik ati acik ko neyy.....
lepas aku kasi potong itu rambot keghaihhh macam berus dawai.
and lalat pon penah tersangkut dalam semak rambut aku.
sadis gilerrrr syalllll....
tapi macam geli sebenanye bila teringat kesah tersebut.
dalam sejarah betul lah.


Day by day, rambut saya maken sihat.
paling paling paling suka rambut maken lebat and berkilat, WTF berkilat?
rambut kasi sapu minyak satu gelen tin ke?
rambut i rich tau u. i harap i dapat asben yang super duper rich.
and kebarangkalian menjadi isteri no 4 adalah sangat tinggi. damn !
terus terpadam angan angan mat jenin ku.


Kesimpulannya nak cakap kat sini, aku suka rambut baru ney.
dulu elok elok stragiht, buat digital perm.
pastu hasil adalah penyapu lidi. eh, hover tau ko nyah..
hasil adalah hutan belantara je. plus dengan akar akar kayu keras. itu aje.
and now after transformation, jadik lah wavy wavy gittewwwww..
mak suka sangat nok. bersyukur gila bila rambut kembali sihat seperti tuannya. tapi tuan nya terlebih sihat.mungkin.


p/s : sorry kalau entry nie terlalu banyak merapu rapu-an, kerana owner blog punya fikiran sedang melayang.
ntah taktahu pergi mane and malas nak pangil balik. esok atau bila bila, akan ku update satu persatu. tunggu ye. harap anda tidak mencarut dengan entry kosong takde input nie.  
HAVE A GOOD DAY !

Thursday, January 27, 2011

TAK PERLU KOT?



Saat nak balik bercuti, saat nie lah aku rase mengalami kecelaruan emosi. (bukan saat name org tu)
boleh pulak aku bantai menangeh tengah tengah malam buta malam tadi sebab aku tak tahu nak balik mane cuti nie.Bila parents dah takde, rase macam, okay aku dah takde sape sape so takde sape sape ingat aku. kalau aku tak balik pon, takde nye orang heran dengan aku.
Time nie lah rase macam dunia kosong whatever lah kan. pastu text fara datang rumah aku.
buat teman bicara. masing masing keluarkan idea yang sedikit bernas untuk menyetelkan masalah yg membelenggu aku nie.


Aku tak kesah kalau tinggal sensorang dekat kolej nie.
yang aku kesah nye, aku takut nanti kot kot malam ada momok tido sebelah ke.
pastu tengah tengah malam dengar suara orang gelak gelak ke.
kang tak pasal pasal ade orang terjun bangunan dari tingkat tiga. Elleh.... tingkat tiga je pon.. tak mencabar langsung.
Plus aku takut bila sorang sorang nanti, pak gad naik rumah aku pastu merogol aku ke apa kan.
bajet ade orang nak rogol kau? (ceaaaa boleh bla !) ntah pape punya negative thinking lah bukan?
Kesimpulannya aku tak jadi nak tinggal dekat kolej time cuti nie. mesti kene balik jugak...
tapi nak balik mane?
Frankly speaking, aku tak berapa rapat sangat dengan abang abang aku yang dah besa. means dah berkeluarga.
So, aku segan nak cakap nak balik rumah diaorang. Maka, aku tunggu je lah kalau dorang text aku ajak datang rumah kan.


And alhamdulillah, kakak ipar aku ajak datang rumah dia.
Esok ke rumah dia lah aku tuju...
aku je pk macam macam... sampai naik hantu dok pk mane lah aku nak pegi cuti nie.
and paling tak boleh bla, tiap tiap malam kot rase macam aku nak pindah obersi..
WHAT THE? ingat ko kaya sangat ke nak pindah sana?
pastu setiap masa aku pk nak kawen. sebab atleast boleh balik rumah asbend.
Tapi sape lah nak kat aku weyh? dah ar perangai macam budak terencat.
diri sendiri pon tak reti manage lagi. ni kan plak nak jage laki.
perghhhh... memang boleh bawak cerai.


Sampaikan aku dok bincang dengan fara pasal nak kawen nie.
pastu fara cakap, macam mane nak kawen kalau takde duit?
plus memang takde orang nak pon kat aku. wakakakaka!
singkat betul pemikiran aku nie.
So, conclusion, tak perlu kot nak gelabah awal awal.
just rilex and chill.
PEACE YAWW !

Tuesday, January 25, 2011

I FELT GUILTY.

Cepat je mase berlalu kan zaman sekarang?
Aku kalau dok bertapa depan lappy, tak rasa lama pon.
enam tujuh jam tu rase macam enam tujuh menet je.
biasalah.. kalau mende mende yang lagha ney, kasi 24/7 jam pon tak cukup.
tapi kalau belajar, kasi seploh menet pon dah panaihh bontot.
Dekat dalam class pon same. bila lecturer masuk dua menet, dah tengok tengok jam.
pastu berdoa supaya kelas habes awal. takpun lecturer sakit perut cirit birit maka class akan cancel. yeeehaaa !
sangat tak bermoral punya perangai lah.


Lagi satu, kalau tengah makan sambil bergossip, itu adalah perkara yang sangat seronok.
tambah plak ramai lelaki lelaki jambu yang lalu lalang depan kite. perghhhh...
perut kenyang, mata pon kenyang.. HEHEHE. dah perempuan, memang dasar perempuan juga.


Mari kite kembali ke titik asal. ape itu titik asal? titik asal adalah pangkal jalan cerita.
Hari nie ada quiz. Quiz analog derrrr... sape hebat, memang gua tabik springg laa...
mungkin kalau paham, adalah kacang kuda je bagi golongan cerdik pandai.
kalau orang macam aku yang asek boring boring boring kelas analog, agak payah jugak nak jawab quiz analog dengan berbekalkan mimpi malam dapat FULLMARK untuk subject tersebut.
tapi bila dah tengok lecturer analog, rasa nightmare pon ada.
bukan mimpi ngeri sebab lecturer garang ke apa tapi sebab aku tak paham ape yang dia ajar.
aku sanggup lecturer garang tapi ajaran nya sangat umphh dari lemah lembut tapi tak paham apa.



Jadi, bila dah tahu ada quiz, maka aku gagahkan la diri pegi ke campus untuk belajar.
Class pagi cancel, class petang je ada.
Tapi, pagi pagi lagi aku dah terpacak kat campus.
manusia yang ada kat situ pon tak ramai macam biasa. sebab hari nie semua class start petang.
lecturer takde, pegi HARI BERKUALITI UTeM.
pagi tadi aku study sedikit, buat hilang rasa ghairah takut nak amek quiz.
tempat study amat strategic. Dekat library.
agak agak dalam pkul 11, terus aku tuju surau FKE.
dengan niat nak sambung buat math engin plak kan.
tapi kalau dah duduk, meniarap and at last baring kat dalam surau tu, memang lah study tu kelaut.
HARUS lah tidur yang menjadi isu utama.
Boleh plak aku bantai tido sampai pukul 1 lebih..
bangun bangun, surau tu dah penuh dengan muslimat nak solat.
fuhhh ! malu aku sensorang terbongkang kat dlm surau.
pdsdgfhddjsghd betul lah !


And lepas habes class pukul 6pm, aku terus ke bandar untuk menuntut barang dari kedai.
ditemani kawan kawan baik. FARA and ZULIKRAM.
tapi aku hangen betul dengan cina keparat tu.
semalam aku call dia, dia cakap everything is settle.
aku boleh kasi angkat itu barang hari nie.
sekali aku sampai tadi, memang lah kelam kabut dorang baru nak buat keje.
rasa nak mencarut je weyh..
lame gila kot aku tunggu..
at last dorang tak boleh buat, and gantikan dengan barang lain.
saboooooooooooo je lah dengan cine cine kapiaqqqqq tu.


Aku pulak rase bersalah dekat ZUL sebab die terpaksa tunggu lama gila kat kereta.
dari langit cerah sampai lah langit bertukar jadi gelap.
serious lameeeeeeeeee ! sampai FARA boleh dok bantai tido dalam kedai cine tu.
punye lah lame aku tunggu. rase nak starlite je sekor sekor tu.
memang dasar tak basuh berak betul. grrrrrrrrrrrr !

Sunday, January 23, 2011

SUDAH KU BILANG.

Ko bengang tak kalau rambut kau dah macam penyapu yang sapu longkang?
penyapu yang keghaihh..kalau kene kulit kompem sakit.
siket hari lagi boleh buat dawai plak.
ko bayangkan, dah tiga bulan nak masuk empat bulan jugak lah aku tak sikat rambut.
gara gara konon " rambut saya perm, kalau sikat nanti tak CUN lah perm saya. " (damn!)
ape yang aku dapat selepas mengePERM kan rambut yang semulajadi cantik, sihat lurus, lebat lagi bergaya? (mampus puji diri sendiri)
dapat rambut super super rosak.
aku rase nak botakkan je rambut ney. grrrrrrrrrr

Lebih kurang macam nie lah rambut rosak aku. scary duh.

Paling paling tak sanggup aku nak buat adalah mentengok hasil rambut selepas bangun pagi.
kalau berdiri depan cermin, boleh mendatangkan sakit jantung bila tengok rambut sendiri.
Mak aihhhhhh...
Dahulu nye, rambut ini menjadi pojaan dan kegilaan para gadis gadis.
Tapi sekarang, rambut ini menjadi bahan kutukan pula..
Sedih giler bile FARA cakap rambut aku macam rambut k*ling.
memang ah tacing giler aku denga kan.. T_______T
terus aku ajak sheena potong rambut.
sayang memang sayang weyhh...
sape tak sayang rambut aku simpan nak dekat dua tahun kot....
tapi kalau rambut pon dah tak serupa rambut, buat ape simpan lagi kan?
kasi POTONG saja lahhhh....

Lepas transformation. Not bad lah kan? kan?

and now i get my new hair ! =D
pendek tak pendek mane ar.....
just nice and my hair is totally in good condition.
amoi yang gunting rambut aku nie pon service die memang tiptop.
plus murah ! tu yang aku sukeeeeeeerrrrrrr.
HEEEEEEEEEEEEEE !

Friday, January 21, 2011

SERKOP TERBANG !

Hasil googlelan ku..
 
Ini adalah pengalaman aku semasa cuti baru baru nie.
korang pernah dengar rewang tak? rewang tau.. bukan rawang or bawang or ape ape je lah.
for those yang tak tahu, meh sini acik ko nak bagi paham siket ape tu rewang.
bagi kefahaman aku lah kan, rewang tu macam kerja kahwin la.. means bila ada kenduri or wedding nak dilangsungkan, penduduk kampung akan datang ke rumah yang nak buat majlis kahwin tu untuk same same bergotong royong menolong bagi menjayakan majlis tersebut. dah paham? kalau tak paham lagi, sila hempuk kepala anda ke dinding sebanyak tujuh kali. tujuh kalih lebih afdhal yeeee......


Selalunye rewang nie berlaku di kampung kampung je.
kalau kat bandar lebih senang dengan catering kot. itu aku tak pasti.
So, nak dijadikan cerita, ada wedding yang akan berlangsung dekat area rumah aku.
and masa kenduri tahlil arwah abah, makcik makcik kat tempat aku dah pesan dua tiga kali jugak lah.
ajak aku sekeluarga datang rumah si polan nie. untuk merewang... bukan merewang pegi jalan jalan tanpa hala tuju tu okeyh. aku pon, okay insyaallah...


Tiap tiap hari aku akan berzikir nak pergi ke tak, nak pergi ke tak rewang tu.
padahal lagi seminggu rewang tu nak diadakan. tapi cuak punya pasaiiiiiiiiiiiii... haruslah aku berzikir..
sebelum tido pon berzikir benda yang same... =_____="
sebab, selalunye, rewang nie makcik makcik yg berumur 40-an dan ke atas je yang join.
anak anak dara tak ndaknye datang. tak glemer lah katekan...
tapi disebabkan, parents aku dah takde, elok lah aku jadi wakil family ye tak?
orang berbudi dengan kite, kite balas lah balik...
memang lah bile aku pegi tu, semuaaaaaaaaaa makcik makcik and aku dengan ain (adik) je gadis di situ.
aku heret si ain tu sekali.. WAKAKA!


Aku buat tebal muka je datang.. borak borak dengan makcik makcik di situ sambil mengopek bawang, halia, melantak makanan yang tuan rumah sediakan. memang KENYANG ! kejap makan kuih. pastu makan bihun goreng, pastu makan kerepek, pastu bla bla bla... so kalau nak datang rewang, haruslah ko kosongkan perut ko terlebih dahulu and melahap kat rumah orang tersebut. Mule mule datang tu memang malu weyhhhhhhh.


Pastu pada hari yang same, (rewang tu petang) aku dah janji nak ajar ain naik scooter.
kesian plak kat dia sebab dia langsung tak reti bawak ape ape kenderaan.
so sebelum aku balik melaka, better aku ajar die kan.
Balik je dari rewang, kitorang pon geraklah ke padang awam. senang je ajar ain neyh.
budak bijak kan... (matik ar puji adik sendiri) plus scooter je pon.. pejam mata pon boleyh bawak.. ( tipu gilerrrr ! )
and dah habes sesi pembelajaran petang tu, kitorang plan nak g pasar malam kampung sebelah.
Kebetulan hari hari jumaat ada pasar malam.


To cut short, on the way balik dari pasar malam, aku adalah gaduh dengan ain.
gaduh pasal beli makanan je ponnn.. HAIH..
tapi ain tu melampau sebab die dah bersikap kurang ajar dengan aku. SERIOUS time tu aku BENGANG gila dengan dia.. so aku pon pecut laju laju scooter tu.
and aku tak sedar bahawasa nya SERKOP yang aku tengah pakai tu boleh TERBANG jatuh ntah mana.
tapi aku perasan, ada sorang mamat nie macam tahan aku sambil jerit tunjuk sesuatu.
Tapi aku buat dek je sebab tengah marah. Ain plak tak habes habes jerit jerit kutuk aku.
perghh perghh perghh.. nak je aku tinggal ko tepi jalan.... tapi ingat kan ko adik aku je..
saboooooooooo je lah..


Sesampai nye aku kat rumah, bila bukak tudung, aku baru perasan yang serkop aku dah hilang !
cissssss ! dah lah aku taktahu sape punye serkop aku pakai tu.
main hentam je. pastu terbuat hilang plak kan.... mungkin tu serkop zaman aku sekolah kot..
sebab last aku beli serkop mase sekolah menengah.
bila teringat yang ada lelaki jerit jerit tadi, aku rase malu plak...
cemana boleh serkop tertanggal dari kepala? sumpah lawak siotttttttttt !
malu pon ada. HEH !

Thursday, January 20, 2011

DAH TAK TAHAN.

 Aku dah taktahan nak bajet hebat lagi.
semakin hari semakin sakit hati aku bai.....
padahal bajet hebat dengan diri sendiri je pun.... =_____="
so aku decide nak pegi jumpa 'doktor pakar bedah' hari ini.


Lepas habes je perasmian PEMIKIR MUDA oleh TUN MAHATHIR MOHD dekat dewan besar UTem.
aku lelaju balik hostel and carik bus dengan fara.
time nie masing masing dah terkepit kepit.
tak tahan nak membuang yang kecik.
yelah duduk dalam dewan yang ber ekon siket punya lama.
kompem lah menahan je... nak keluar, segannnnnnnnnnnnnnnn.........


Sampai dekat Melaka Central (MC), kebetulan rezeki, ada bus pergi Mahkota Parade (MP).
Alhamdulillah... ALLAH swt, permudahkan perjalanan aku hari nie.
tapi tak habes setakat tu je.
sampai kat MP, pergi lah maxis centre.
dapat pulak staff handsome... pergh perghh... dugaan nie.
tetibe aku jadi nervous weyh. cakap pon nak getar getar. geram betul aku dengan diri sendiri.
cisss cisss cisss !


Tapi tapi tapi.......................
staff tu belagak plak. bajet ko ade gagdet paling mahal sekali lah tu.
die keluarkan semua yang dia ada. and siap suruh aku jaga. WTH ??
aku customer ke tukang jaga barang barang ko? bajet nak show off dekat aku lah tu. Boleh bla !
and dia tanye aku, " seronok ke pakai 'benda nie' ? "
dengan sepantas zarah, aku jawab, " TAK. takde ape yang menarik pon 'benda nie'..."
hambek koooo ! ko tak payah nak ekk sangat lah dengan aku.
aku nie pon bukan peminat tegar benda benda camnie.


Fara pon naik meluat dengan staff lelaki yang bajet best tu.
muka memang boleh jual, tapi perangai masyaallah.....
harus lah direjek awal awal. (ceaaaaa bajet die nak kat aku je. wakakaka)
sumpa die sangat annoyying weyyyhhhh.
aku tengah berborak dengan fara, boleh tak die letak simcard aku kat tangan aku?
tak terkejut aku dibuat nye?
nasib baik aku tak melompat ke ape kan...
saje je nak pegang tangan i kan.... tau lah tangan i licin, mulus dan gebu.. ( muntah ! )


Kalau lah die kasi borang kepuasan service, memang aku bagi negative je.
bapak lame giler aku duduk kat dalam office tu.
naik beku tangan, bontot, kaki semua...
and die boleh plak bergayut depan aku dengan member die. siap cakap nak carik perempuan buat bini lah bla bla bla....
nak je aku hempuk die. penat kot aku tunggu. buat aku macam tunggul jeeee...
dari ramai ramai customer kat maxis centre tu, tinggal aku dengan fara je.
last last die cakap tak boleh tolong.
memang aku nak pasdjsfsgspfrthgt je lah kan...sabooooooo je lah......


Nasib baik tadi daud belanja aku dengan fara makan rojak ayam dekat jalan bunga raya.
terubat lah hati nie siket.
eh cemana tetibe ade daud dalam citer nie?
hahahaha. daud datang amek kitorang bawak balik.
sebab aku dengan fara memang dah exhausted gile.
sampai dua dua bantai tido dalam bus and at last pakcik drebar kejut kitoranggggg..... =________="

Entry diakhiri dengan menunjuk gamba my current boyfriend. maaf, rambut agak serabai. die memang suke buat cenggitu..

Monday, January 17, 2011

GUA TAK HABES CERITA LAGI..

matik ar orang muntah baca entry aku penuh dengan gamba je lately.
tapi nasib ah. blog aku kan? 
THANK YOU. =D

aku dah pon cerita pasal orang yang rapat dengan aku.
orang yang lain mak and lain bapak dengan aku lah.
orang cakap, kalau time kite belajar, tak sabar nak keje lah ape lah kan.
tapi bila dah keje, rindu giler nak belajar semula.
bagi pendapat aku, mungkin part yang bila dah keje, rindu nak blaja balik tu betul.
aku lebih suka waktu belajar. ada ramai kawan kawan, happy je.


and aku teringat masa dekat matrix adalah zaman belajar paling BEST !
serious wa cakap lu. BAHAGIA !
life aku heaven gile doh. makan, tido, pegi kelas, gossips, pergi bersukan, pergi outing and semua benda best lah. langsung tak stress dengan belajar macam dekat university.
kalau dapat roommates yang sekepala lagi syok.


so entry kali nie, aku nak cerita plak geng geng aku masa kat matrix.
kire kitorang dah macam family lah. memang sayang gila dorang semuaaaaaaaa !


This is NAJWA AKMAL. i call her wawa. (cehh. tetibe plak speaking)
wawa nie roommate aku mase kat matrix dulu.
kitorang selalu jogging sesame, makan sesame and everything lah buat sesame.
paling takley blah mase pegi beli makanan time sahur dekat cafe.
masing masing muka stock baru bangun tido air liur basi pakai baju tido.
duduk jauh jauh je kat cafe. dah lah yang kejut bangun sahur adalah tokey cafe.
siap call suruh datang amek makanan. memang kelaka at that time uh. huhuhu.
sekarang wawa study kat UKM, Bangi.


 Ini SYAZWANI. tapi semua orang panggil dia Asha.
ohh dia sangat gila and happy go lucky.
actually, asha nie bestfriend wawa.
selalu lah melepak kat bilik aku. and lame lame boleh lekat jadi geng plak.
sampai aku penah pegi rumah asha kat terengganu and met her family.
family dia memang awesome ohh !
aku rindu giler kat budak nie. damn ! =(


Ini my geng yang fucking hot !
she is my roommate. Her name is ANISAH. tapi kitorang semua panggil dia NISA.
Nisa memang banyak cakap. ada je cerita dia kat bilik. tapi sebab kitorang semua pon banyak cakap so memang masuk ah. Nisa nie kadang kadang kelaka gak. and dia sangat rajin study babe. jealous mak !
rindu gilaaaaaaaaaaaaaaa nak makan cake mak nisa. serious sedapsangatsangat cake mak dia buat.
ohh lupa, mak nisa ada bakery, tapi taktau apa nama bakery mak nisa. kalau nak beli cake kat mak nisa, boleh la tanya dia ye. Now shes studying at UPM, Serdang. miss you baby !


Ini si gila FATINI. i call her TINI.
dia sumpa gila nak mampos ! hahaha.
i mean dia sangat gila gila and kelakar !
kalau lepak dengan dia, taksah tak gelak. memang FUN habes !
Tini study kat UTeM jugak. same dengan aku.
tapi laen course. Ya Allah... kalau jumpa si TINI nie, habes kecoh.
biasalah bergossip lebih kan.. kalau dekat matrix dulu, tak denga dia memekak dengan diana and sabrina, mesti taksah. pastu dengan tarian zapin dorang lah bagai. memang kelaka pecah perut lah weyyy!


This is NATALIA . and semua orang panggil YAYA je.
Yaya pon geng kitorang jugak. kitorang semua rapat sebab bilik dekat aras yang sama.
memang dekat dekat je lah. kejap kejap pegi bilik Tini, kejap bilik aku, kejap bilik Yaya and macam tu lah.
pastu mesti nak berborak gile gile. and best sangat sebab happy je kawan dengan yaya.
and FYI, yaya terpilih sebagai Top 10 Finalis Gerbang Cinta Mega Utusan Malaysia musim ke 2.
To my beloved readers and kawan kawan blogger, jom kite vote YAYA & FARID.
nie dorang punya FAN PAGE. sila lah vote ye. undian kite semua amat amat lah penting.
same same lah kite support dorang.
Tak lame lagi yaya akan melansungkan perkahwinan dengan Farid. Her fiancee rite now.
Tak sabar nak tengok yaya kahwen dengan farid !


Frankly speaking, aku rindu geng C2 aras 2 nie.
rindu nak gelak ramai ramai.
rindu nak bergossip ramai ramai. pillow talk and everything. ohh goshh !
kite semua dah macam kakak and adik kan? even dah lame tak jumpa, nanti kite mesti kene lepak ramai ramai. I MISS YOU ALL LIKE CRAZY ! =D

Sunday, January 16, 2011

CARI JODOH.

kalau aku takde makhluk makhluk nie tak tahu lah ape jadi.
mereka nie dah macam adik beradik ke hape.
sayang dorang gilaaaaaaaaa weyh.
kalau dorang ade dengan aku, aku rasa bahagia jeeeeee..
sungguh ! tak tipu.

even aku dah takde parents, tapi aku still ada dorang nie.
parents ada dalam hati aku okay. jangan cakap aku dah lupa parents aku plak kan.
kang aku lepuk sesekor.
eh kalau sape sape sedang mencari jodoh, marilah aku kenalkan dorang sorang sorang.
ade yang berkenan bagitau. tapi aku kene filter dulu lah. yang terbaik baru aku kasi pass.
sebab aku sayang dorang gila babs dowh. taknak dorang tersalah pilih pasangan hidup.
i lap u olls ~


ini perempuan yang paling i cinta. name dia NURUL BAZILAH BT SADIKIN. call her BAZOT.
kenal dekat matrix. satu kelas masa PDT. (program dua tahun)
mula mula aku tak rapat pon dengan dia.
ntah macam mane boleh jadi rapat and untill now kitorang sayang gila each other.
yang paling aku suka sebab dia suka makan. macam aku jugak.
kitorang suka terai makan kat tempat baru.
and now shes studying at UKM, Bangi.


ini pon kesayangan jugak.
NOOR SYARINA MAAT. call her SHEENA. tapi nak panggil syawina pon boleyyyyy. HEHE
aku kenal dia masa mula mula masuk UTeM.
she is my sleepmate, foodmate, and semua mate lah.
aku sayang gile nak mampos. kemana mana berdua.
moment paling tak boleh aku lupa when dia ajar aku pakai helmet.
then aku kene gelak dengan dia sebab pakai payung time naik motor. =____="
now shes still studying at UTeM. same place with me but different class.



this is my darling.
SYAFIQAH INSYIRAH. call her SYIQOQ.
aku kenal dia kat matrix jugak.
same class with me and bazilah.
dia lah orang pertama yang aku rapat gila masa tu.
aku siap pindah bilik dia lagi. boleh tak ko bayang, aku tinggal kat blok c yang hujung dunia and pindah ke blok b2 tinggal sekatil dengan dia.
time stay dengan dia, memang gila ah. heaven sangat !
now shes studying at UPM, Serdang.



ini kesayangan muda. cewwah !
kenapa cakap muda? sebab dia muda dua tahun dari aku.
name dia AYU FATIKA ABDUL MUBIN.
tapi aku panggil die fara. taktahu sebab apa aku panggil dia fara.
langsung takde kene mengena dengan nama dia. -_______-'
dia nie gile jugak. nampak lembut, tapi kalau gila dia sampai, memang nak hentak je. hahaha.
aku kenal dia tahun lepas. we are classmate now.


ini lembut tapi sayang.
apekah?
maksud dia aku sayang dia dengan lembut. wakaka. (okay tak lawak)
she is NURFAZREEN ANUAR. call her ERYN.
dia memang geng lah dengan aku.
kenal sejak sekolah lagi. time tu dekat mrsm jasin.
bilik satu aras. selalu lah menebeng kat bilik dia sebab roommates die memang geng aku.
now shes studying at MONASH univ, Subang.
rindu gilaaaaaaaaaaaaaaaa ko weyh. bila nak minum air I LOVE YOU lagi?


ini kawan aku sejak dalam perut mak lagi. hahaha. tipu je.
nie kawan baik dari sekolah tadika . gile berkepit je kitorang dulu.
same same pengawas and same same hardcore.
tapi dia lagi ganas ar. sebab kalau dia gelak, serious takde sape boleh lawan.
tapi sedih gile, kitorang dah nak dekat 10 tahun tak jumpa.
now shes studying at UNIMAS, Sarawak.
kalo ko kawen dgn orang srwk. memang tak ah aku nak dtg. tapi kalau ko support semua, aku confirm jadi pengapit kau. wakakaka!
eh lupa nak bagitahu nama dia adalah NORHUSNA MAT FAZIL.
aku panggil dia CUNA.


ha yang nie lelaki plak.
tapi nie pangkat abang abang je lah.
name die HAZWAL.
serious kelako lepak dengan dia.
memang selalu ah lepak same same.
die satu kuliah dengan aku sekarang nie.
kalau tak sampai cramp mulut lepak dengan dia, tak sah.
budak pandai neyh.. 4flat punya orang. jealoussss gila mak !


nie lagi sorang. kawan baik si HAZWAL.
name dia ZULIKRAM. aku panggil ZUL je.
same kuliah dengan aku jugak.
ini kalau tengok muka dia pon dah boleh buat aku gelak guleng guleng.
belom lagi dia cakap...mau nanges gue..
ini pon pangkat abang abang je.
kawan kawan laki aku kebanyakan veteran belaka. Muahahaha.
Zul nie pon budak 4flat jugak weyh.
aku je tak. buat malu je. 
memang selalu giler lepak dengan si ZUL and HAZWAL.
aku dah anggap dorang macam abang aku sendiri.
suara boleh jual. karaoke tak boleh blah. bajet RAMLI SARIP ke hape.
hahaha.


Aku rase cukup lah kot setakat nie.
nanti aku update lain plak k?
aku nak pergi laundry kejap kat bawah.
kesian si fara dah lame tunggu aku. hahaha
ok bai !
PEACE YAWW !

KORANG BAHAGIA TAK MACAM NIE?


korang bahagia tak tengok makhluk secomel hamster playing with his/her toys?
bahagia tak?
aku memanggggggggg bahagia.
bila ada masalah banyak serabut kepala, aku akan membuat lawatan ke cage my babies.
omaigadddddddddddd ! they are sooooooo cute sampai rasa nak picit picit je duaekor tuh.
gantung kat kipas pon comel juga. HAIH. apa semua benda tak boleh buat bila tengok ragam my babies.

But im still afraid to touch them.
sebab aku penah kene gigit dengan salah seekor dari mereka.
terus aku macam trauma ke hape.
kalau nak bagi makan letak dalam food container mereka pon aku dah bezikir banyak banyak kali.
serious sampai bila bila lah takkan dapat bemesra dengan babies kalau tengok keadaan cenggini.


Btw, you guys ada tips or ape ape je lah ilmu untuk share dengan saya pasal hamster.
tahu tak macam mana nak jinakkan hamster?
rasa macam mak tak berguna je kalau biarkan mereka terkurung.
tapi kalau tak kurung, ntah kemana mereka pergi.
agak agak pergi rumah sebelah, ngorat amoi cina cun disebelahh. Haish.
tak boleh jadi camnie.
malu lah mummy nanti.  =_____="

Saya lapar. mummy saya selalu bagi saya makan lambat. T_______T

I AM SORRY.



Saya sayang kakak saya.
tapi bila berbincang selalu je nak bertelagah.
masing masing nak menang.
masing masing ego dengan pendirian and pendapat sendiri.


Kadang kadang saya mahu dia faham tentang saya.
saya cerita semua. semua nya dekat dia untuk dia dengar luahan hati saya.
tapi selalunya akan end up dengan sakit hati.
dia tak faham. dia marah lagi ade lah.
sedih. serious sedih.
saya takde sape sape. ada dia je. ye, dia je.
tapi jadi camnie lah.
biasalah adik beradik. kalau tak pernah bergaduh tu tipu lah kan.


even kami sekarang okay saje.
tak gaduh pon. tapi saya sedang mengalami perasaan sakit hati.
kenapa lah dia tak faham saya.
saya ada sebab kenapa buat macam itu dan macam ini.
kenapa perlu cepat melenting dan membuat diri saya rasa gelisah.
rasa macam dah taknak balik jumpa siapa siapa.
tapi saya sayang kakak saya. T_____T


ade tak orang nak kawen dengan saya?
ada tak?
kalau ada, lepas nie saya balik rumah suami saya je lah. Boleh?

Friday, January 14, 2011

PULL MY HAIR OUT !

 

Petang tadi tetibe je rajin nak edit edit blog's template.
niat tu memang dah lame ade. tapi disebabkan kebusy an melampau, aku tak sempat untuk meng spend masa untuk menggodek godek website mane kasi free layout yang mantap.
oleh kerana hari ini hari jumaat yang mana aku anggap hari tersebut adalah hari permulaan cuti minggu.
Maka aku pon melaburkan masa emas ku dengan sang belog.


Dan aku berkenan dengan satu layout yang super simple and setail.
aku pon mula mendownload dengan riangnya.
and terus save tanpa preview dahulu.
Then bila aku kelik je dekat view blog...........................,
awat gelap semacam ja? dunia dah nak tamat ke?


memang tragis giler bila template idaman bertukar menjadi hitam.
hitam sehitam nye macam yang korang tengok sekarang nie.
gini lah ghope nye kalau orang yang 'pakar' buat.
download lain, keluo lain...
mana nak dapat hasil kerje macam nie?
mana? mana? cer citer sket....
takde kan?????????


rase nak nangeh je bila kelua gini gayenye...
rase macam ok dunia sudah berakhir. T________T

20 highest-radiation cell phones (United States)




Manufacturer and model SAR level(digital)
1 Motorola V195s 1.6
2 Motorola Zine ZN5 1.59
2a Motorola Rival 1.59
4 Kyocera Jax S1300 1.55
4a Motorola VU204 1.55
6 RIM BlackBerry Curve 8330 (Sprint) 1.54
6a RIM BlackBerry Curve 8330 (U.S. Cellular) 1.54
6b RIM BlackBerry Curve 8330 (Verizon Wireless) 1.54
9 Nokia E71x 1.53
10 Pantech Matrix 1.52
11 LG Rumor 2 1.51
11a RIM BlackBerry Bold 1.51
13 HTC SMT5800 1.49
14 Sony Ericsson W350a 1.48
15 T-Mobile Dash 3G 1.47
16 Samsung Instinct 1.46
16a Samsung Spex SCH-R210 1.46
18 Kyocera X-tc 1.45
18a Motorola i576 1.45
18b Motorola Adventure V750 1.45

Source from : HERE.

note: When a phone is discontinued by a manufacturer or a carrier, it will be removed from this chart.

Thursday, January 13, 2011

SEMALAM GEMBIREEEEEE HARI NIE DISASTERRRRR.

semalam kemaen happy lagi aku.
dok berkira kira kegembiraan ney sampai bilakah?
jangan di halang dengan tangisan please..
risau weyh..
aku nie, kalau happy semacam, mesti rase cuak lepastu.
takut kot kot dilanda kesedihan plak. so pathetic!
tapi memang betul pon...
kalau gembira mesti ada sedih nya... kalau tak sedih pon, hari yang penuh dugaan gituuuu.........


Malam tadi memang best sebab dapat tengok movie SEASON OF THE WITCH.
Pergi menonton beramai ramai memang syok.
tapi kali nie takde sape sape belanja dah la...
lemak ah asek nak orang belanja je.
disebabkan semalam adalah hari rabu and movie separuh harga, maka aku setuju mahu menjeblos kan diri pergi menonton wayang bersama rakan rakan.
syok wohh ! tapi cerita tu takde lah menarik sangat.
ok ok je lah. sangat tak mencabar punya cerita.
but it still better than HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.


And today's class is start at 8.00 am.
aku plak bangun tido 7.45 am.
SYABAS inspector sahab! ( typical hindustan's dialog )
what do you expect dalam masa beberapa minit je korang boleh bersiap lengkap dan sampai di kelas tepat pukul 8. am yang mana jalan ke campus adalah melalui highway bagai??
okay... jawapan nya adalah takpayah mandi, basuh muka, gosok gigi, sarung je ape ape baju then tumpang kawan ke kelas. thats it.
aku hari hari pegi kelas naik bus utem, tapi kalau dah desperate camni, buat tebal muka je lah tumpang kawan.



Hari yang sedikit lain dari hari lain ditambah perisa baru dengan memakai long skirt yang koyak die masyaallah.....
orang yang kurang siuman pon belum tentu sanggup untuk pakai skirt tersebut bila melihat keadaan skirt tu.
Tapi...kalau dah nama pon kelam kabut, memang tak kan perasan lah ape yang ade kat skirt tu.
takde masa langsung nak cek condition skirt tu or baju ke ape kan...
kate pon tak sempat mandi..takkan sempat la plak ko nak membelek belek baju ye tak?
naseb baek aku dah siap kan awal awal bag ke campus.
always make sure the books inside the bag. so that, i takde lah bertambah tambah menggelabah nak carik buku ke kelas. clever me.. =D ( fitammm ! )


Hari nie kelas sampai pukul sploh pagi je. and disambung semula pukul dua petang.
and i decided to go home for taking bath.
sungguh murni niat ku. tapi bila menunggu bus sampai nak dekat dua jam, memang muka dah macam kene sembelit. sampai rumah terus tukar baju and tido. penat sangat tunggu bus. =_____="
sedar je dari tido, tengok jam dah pukul 12.50  pm.
and bus ke utem adalah pukul 1pm.
okay masa dah suntuk, tiada kesempatan untuk mandi walaupun hakikatnye nak balik rumah untuk mandi.
damn !
tapi time tu aku masih teringat dikepaleotak, pukul dua ada lab, so kene pakai kasut bertutup.
i wore sneakers.
paling tak boleh blah, aku pakai seluar tidur. ye pakai seluar tidur bersama kasut sukan pergi ke lab.
thank you =)

dekat dalam bus baru aku perasan yang aku pakai seluar tido deq nonnnnnnnnnn !
waaaaaaaaaaaaaaaa.......
seluar siket punya senteng, siap pakej kaler ijo lagi.serious bughok beno ghopenye weyh.
aku jalan tunduk je mase kat campus.
sambil berdoa, harap2 takde sape sape nampak aku cenggini.
tapi aku bukan halimunan.....budak2 kelas baik laki mahupon perempuan seronok gelak kan aku.
cis cis cis !

and otw nak balik rumah dari campus petang tadi, hujan turun dengan selebat lebatnye.
sesampai nye aku kat dalam bilik, aku terus terpana bila tengok katil aku dah macam bot tenggelam ke hape.
aku lupa nak tutup tingkap bilik and position katil aku adalah di tepi dinding and tingkap.
maka, bergembiralah hujan melompat lompat di atas kalit aku and paling menyentuh perasaan apabila my second handphone sedang asyik berenang renang dia atas tasik buatan * katil *.

sekarang nie, korang bagitahu aku, ape perasaan aku sekarang? T_______T

BARANG BAEK PUNYA !

Tadi ade orang tag aku kat FACEBOOK gambar breast kene makan dek ulat.
GELI YA rabbi............
satu badan meremang, i mean bulu roma yang meremang. haihhhhhhhh...
terbayang bayang kat mata aku breast berlubang lubang siap dengan ulat ulat die sekali.
YEKKKKKKKKKKK !

Itu adalah akibat dari membeli pakaian dalam tanpa dibasuh terlebih dahulu.
ommaigodddddddddddd !
sangat menjijikkan dan menakutkan weyh.
aku rase mungkin ramai dah tengok gambar tersebut.
but here, i just want to remind u again,
TOLONG JAGA KEBESIHAN DIRI. LUAR AND DALAM.
thats very very important.
aku tengok sekali je gambar yang menjelikkan tu.
nak letak kat blog nie pon aku tak sanggup. kang ade plak yang muntah mentengok gambar breast belobang.

Ohh ya!
sesiapa mahu menempah custom made pencil case, handphone case and keychain.
boleh lah melapangkan diri dengan menjenguk belog ini.
die pon ade mukabuku jugak.

serious korang akan jatuh cinta pandang pertama.
aku tengok pon dah dup dap. harga memang tak boleh bla.
MURAH gilerrrrrrrrrr .
jom terjah ! =D

Spectacles case pon ada. STYLE weyh !

KEY-CHAIN yang super awesome! rawwrr

COMEL KAN?

Wednesday, January 12, 2011

NASIB BUKAN DUIT AKU.

Bace tajuk entry pon dah menampakkan ke selfishan.
tapi itu lah kenyataan nye.
tak semua orang berkongsi taste yang same.
meh aku bagi sedikit contoh;

ade orang suka makan durian dan sebaliknya..
ade orang suka make up dan sebaliknya..
ada orang suka jadi kak nam dan sebaliknya..
ada orang suka shopping dan sebaliknya. ( gila hape tak suka shopping? mai bak duit orang yg tak suka shopping tu kasik kat aku )
ada orang suka ternak haiwan dan sebaliknya...
ada orang suka HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH dan sebaliknya...

Yang kanan tu lah hantu sebenarnya.

sekarang korang pilih, mana satu kategori korang?
aku pilih sebaliknya bagi suka HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.
paham tak ayat aku kat line atas nie?
macam nie.....senang citer, aku boringggggg tengok cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.
as for me, the movie has no special and unique scene. (sorry grammar tonggang tonggek )

mari dengar pendapat aku tentang movie tersebut.
dengar je tau...jangan dok hentam aku plak... kang kecik ati i...

AMBOYH kak limah.. kemaen panjang rambut u...

Bila dengar rumours yang mengatakan filem arahan MAMAT KHALID itu sangat kebabomm.
laju laju lah aku memasang niat dalam hati untuk menonton cerita tersebut satu masa nanti.
nak tengok jugak kat wayang. tak kiraaaaaaaaaaaaaa ! ( sambil nanges guleng guleng )
kawan kawan pon sebok nak tengok citer HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.
dua tiga hari nie, banyak rezeki bergolek golek.
dah nama pon rezeki... harus lah tak tolak ye tak?
HAZWAL and ZUL semangat ajak aku pegi tengok citer HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH.
dan fully sponsored by HAZWAL. mekaceh yaa...nanti sila belanja lagi. Heeeeeeeeee~

Ini lah satu satu nya watak yang berjaya buat aku gelak. i lap u lah usop ! hihi
seriously, masa nak masuk tengok wayang tu, hati berkobar kobar gile.
tak sabar nak tengok, nak gelak sambil makan pop corn.
tapi agak sedih bila tengok starting cerita pon dah macam hambar.
and banyak words yang aku tak paham . ( ke..aku yang lembap? heh )
penghayatan cerita sedikit terganggu bila tak paham ape yang dorang cakap dalam bahasa peghok and aku terpaksa berkali kali tanya hazwal itu ini.
seeeeeeee? macam mana nak focus tengok HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH kalau asek nak dok tanya kawan, " weyh ape die cakap tu?" "weyh ape maksud die?"
last last memang mendatang kan perasaan, bila lah cerita nie nak habes. grrrrrrrrrrrrrrr !
keji gile hazwal and zul gelak macam nak pecah panggung wayang tu.
mentang mentang lah si hazwal tu orang perak, gelak dah ghope lang suweyyyyyyyyyyyy. ( nyampahs! )


boleh tak dalam kekecohan orang ramai yang tengah tengok HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH,
aku bantai tido? takdelah all the time aku tido.
tapi bila masuk part yang aku tak paham, aku berkrohh ah.
seb baik mamat dua ekor tu tak pasan.
dorang dok bising panggil nama aku pastu soh aku bayang kan kak limah kat rumah aku lah ape lah kan.
padahal aku tido. WAKAKAKA! aku takde lah tido mati, tido tido ayam sudah.....

Bila dah keluar panggung tu, budak dua ekor nie tak habes lagi gelak sambil kene kan aku dengan kak limah. cehh.
at last aku pon conference yang aku tido dalam tu sebab ade scene yang aku macam tak penah tengok je bila dorang dok citer berdua.
memang lah dorang terkejut and cakap , " ko boleh bantai tido tadi anne??!! "
aku balas ah balik , " weyh aku ngantuk arrrrrrr...dah tak paham ape yang dorang cakap, aku tido lah. huh " ( ayat selamat. hehe )
tapi siyes memang aku ngantuk, plus setiap hari aku kene bangun pagi sebab kelas pukul 8 AM ! mencik tauuuuuu...
kitorang tengok moie tu pukul 9 pm sampai 11pm kot.

Tuesday, January 11, 2011

i got my dream planner and two new babies.. hoyeh !!




tak semua yang kite nak, kite dapat, betul tak?
tapi tak salah kalau kite impikan sesuatu kan?
dan ape ape yang berlaku ada hikmahnya.
am i right?
kalau salah, sila betul kan.
THANK YOU. =D

i have a great weekend i tell u !
aku ada cerita tak pasal planner pada entry entry lepas.
ada kan?
aku carik bagai nak ghak lah planner kesukaan ku.
tapi sedih nya, tiada ku jumpa seperti idaman kalbu.
rase nak nangeh je bila januari is be ending soon but im still haven't a planner yet.
semua benda bukan boleh keep in my mind. RAM is too small for me.
but, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia takde sape yang tahu.
it happened to me lah bro...
aku betul betul panjatkan kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat ILLAHI...


aku tak pernah terlintas akan melalui hari minggu sebegini.
sudah lame aku impikan.
seronok dia macam menang loteri. (agaknyelah)
aku tak plak penah maen loteri.

Best dapat adopt two babies hamster.
thanks a lot to my darling coz gimme two cute hamster.
i am a mummy now. oyyyyyyyeaaaahhhhhhhhh !
tak tahu nak bagi nama apa dekat mereka. still find a good one for them.

i start use my new planner.
even though planner aku tu gedabak, but i like it. yeayyyyyyy !
at first rase sayang hey, rase sayang sayang hey nak guna.
apa guna kalau simpan tapi tak guna. ( keling kah? )

sorry lah cerita macam besepah. kejap citer pasal planner kejap citer pasal hamsters.
aku nak buat ala ala filem yang ade banyak cerita dalam satu filem. gitewwwwww.
tapi macam tak menjadi lah plak. rase macam, ape benfde aku merepek neyh? tak paham langsung.
macam sampah !

my very first day with the babies, aku rase macam nervous.
aku tak tahu langsung cano nak jaga.
then aku buat research siket pasal hamsters. eh bukan siket. banyak hokeh.
perkara paling mencabar jaga babies ney, adalah time nak mandikan mereka.
sampai terpakse buat talian hayat yuuuu.
nasib baik fara dtg menyelamatkan keadaan.
tak menang tangan aku nak handle baby baby ku...

now mereka dah tidur...
and mummy's turn to sleep...
nite u olls...

Monday, January 10, 2011

ANUGERAH JUARA LAGU KE-25



Apa kata anda mengenai keputusan anugerah juara lagu ke-25 mlm tadi?
dan apa kata juri mengenai para peserta AJL ke 25 tahun?
akhir kata, apa kata saya mengenai keseluruhan AJL ke 25 tersebut?
saya berkata, saya tidak menonton ANUGERAH JUARA LAGU ke-25. sekian....
korang tengok tak?
amacam? seronok ke? menongkat ke idok?


Semakin meningkat usia, semakin malas nak tengok program tv sebegitu.
macam ade banyak lagi benda aku nak buat dari melanguk depan tb sambil menyanyi dalam hati.
Tv plak dekat cafe. kemaen bingit cafe tu lah. dah jadi macam mini stadium je aku tengok.
Terpekik sane terlolong sini. ghimaeh ler teman nak makan... ater dok histeria sini sane.
tak pasal pasal kang dengan aku aku sekali dok tejerit jerit.
Lebih baik menghabiskan masa hujung minggu bersama anak anak.
Tapi kalau ada tb depan mata, mau nye aku tumpang sekaki tengok AJL25.


Layak kah ANA RAFFALI menang anugerah juara lagu ke 25?
anda sendiri lah yang menilai nye kerana saya tak tengok pon persembahan tersebut =)

Saturday, January 8, 2011

SAYA SEXY. thank you.

Nah hamek ! 


Saya sexy?
betul ke? anda percaya?
mesti lahhhhhh........... saya memang sexy.
saya sexy di mata saya sendiri. auwww... ( boleh bla ! )
saya sexy sebab saya tidak plagiat entry orang.
saya syok sendiri..
sendiri tulis, sendiri baca......WAKAKAKA!
tapi itu lah dinamakan sexy.....bagi saya je lah....
korang plak macam mana?


saya nak sentuh siket bab plagiat. sentuh je. tak senggol senggol pon tau.. saje je korang ney kan...
kenapa perlu plagiat? dengan erti kata laen, baca blog seseorang, copy and paste. then alter lah siket..
yang hebat lagi, copy, paste and publish. DONE ! tersengeh dengan harapan traffic blog akan naik menggunung, follower bersusun susun sampai bergaduh ( okay tipu je bergaduh tu ).
nampak sangat si pengkopi tu TAK SEXY yuuuuuu.... mak tak suka...


Saya tahu, setiap hari memang ramai blogger baru...
baru mula nak menceburi bidang blog... same like me..
tapi nak naik cepat bukan dengan cara kotor or cara jalan belakang. serious TAK SEXY wa cakap sama lu... kesian dekat blogger blogger yang jadi mangsa plagiat  tu..
dorang perah otak, carik idea nak buat satu satu entry, si plagiat nie plak dok suka suka je mencurik hasil kerja orang. GERAM tak dengan orang orang macam nie? 


Saya tak pernah jadi lagi macam nie. yelahhh....saya sedar saya masih baru dalam dunia blog, and seperti saya cakap sebelum nie, entry saya banyak syok sendiri je.. ( malu? padan muka !)
tapi saya tak pernah terniat pon nak buat cenggitu. dunia blog nie bukan besar pon. semua di hujung jari, ye tak?
kawan kawan blogger pon ramai..selalu blogwalking..senang je nak detect benda benda camnie.. ( padahal tak reti pon nak detect )
aku paling hangin bila belog kegemaran aku, HATIM SI PENGLIPURLARA menjadi salah seorang mangsa, dimana entry dia diplagiat oleh seorang hamba ALLAH...


Lagi perangai yang tak sexy bila blogger buat entry mengenai teguran yang agak melampau.
sampai sanggup menggunakan gambar gambar orang famous. ini memang saya betul betul tak setuju.
serious tak bijak! kalau otak kiri dan kanan digunakan dengan sebaik baik nya, benda benda macam nie takkan berlaku. jangan ingat orang akan diam kan je? haha. mesti lah tak. kalau saya yang kene, memang ke muka pengadilan lah kita seret. al kirim salam lah saya nak biar je orang laen buat macam tu kat saya. negara kita kan ada undang undang? 
PEACE YAWW ! =D


nota hati : kesimpulannya, nak sexy jadi diri sendiri... tak best lah cilok mencilok. saya tahu anda semua rawk! rawr rawr.... 

(pic from google)

Thursday, January 6, 2011

TIPS KURUS SAYA SUATU MASA DAHULU... (PART 2)

NAH ! Saya bagi ciuman sebab sudi terjah blog saya. terima kasih.. =D


Mari kita sambung part dua untuk entry TIPS KURUS SAYA SUATU MASA DAHULU.
sesiapa yang baru masuk blog nie, and tak tahu ape yang terjadi sebenanye, anda boleh kelik entry nie. baca entry tu dulu baru boleh baca entry ney. untuk kasik lebih paham lah kan. hehe
thank you =)


Bila cuti semester, selalunya aku akan tolong abah dekat kedai makan dia.
 tolong tolong sambil duit masuk poket. hehe. abah kasi gaji......
i tolong abah dengan ikhlas and i taknak pon ape ape upah, tapi abah tetap bekeras nak bagi gaji, so ape boleh buat? i terima je lah..... auwwww... hahahaha ( lempang ! )


Di suatu petang, sedang aku menggoreng pisang sambil mendengar radio, (tempat kejadian adalah di kedai abah) aku dengar perbualan cerita mengenai product menguruskan badan. Kan aku pernah cakap, aku tak boleh dengar pasal ubat kurus lah ape lah, tibe tibe je eksaited nak cuba. harap harap badan macam VICTORIA BECKHAM lepas tu. (mimpi ko !) aku pon mendengar dengan khusyuk sambil membalik balik kan pisang yang kat dalam kuali tersebut. sempat lagi aku menyalin nombor telefon pengedar product tersebut. and tak lupa jugak website dia.


Bila aku balik rumah, aku cepat cepat bukak website dia and baca segala info pasal product tersebut.
Aku pk macam ok je benda nie. and terus aku call puan S****H tu untuk mengorder.
Tak sampai beberapa hari, aku dah terima barang yang di hantar oleh puan S****H.
Petang tu jugak, puan dotdot call aku and ajar aku macam mana nak guna.
Bagus gile service dia sebab instruction dah ada kat barang tu, tapi puan S****H sanggup call aku and bagi tips macam mana nak dapat bentuk badan yang langsing lagi menawan. perghhh !


Menu yang dicadangkan oleh pengedar tersebut adalah ;

Breakfast : Telur rebus dua bijik. then minum product itu.

Lunch : Ikan singgang dan sayur sayuran. then minum product itu.

Snack : Pisang goreng or keropok ke ape. then minum product itu.

Dinner : Sup sayur or ayam or daging. mana mana pon boleh. then minum product itu.


Hari hari itu je lah menu makan aku.
Masa yang di sajeskan untuk amek minuman tu adalah empat jam sekali. so aku  maen agak agak je.
And she said, tak perlu bersenam. tapi kalau bersenam, lagi cepat turun berat badan lah. aku tak bersenam langsung. cuma kadang kadang malam kalau aku rajin, aku skipping je.
dalam masa dua minggu, memang kurus lah aku. banyak jugak turunnye.
Dlm masa proses diet nie, aku DILARANG sama sekali mengambil carbs and gula. buah buahan pon tak boleh. sebab dalam buah ada gula...


Now, bila aku teringat balik pasal hal diet aku tu, aku baru perasan yang diet tu sama je dengan atkins diet yang aku tengah buat sekarang. sama sebijik sejibun weyh. cuma aku tak minum product kurus tu je. Lagi jimat duit aku. Boleh simpan duit untuk masa depan anak anak. cewahh! Sekarang aku nak kurus dengan usaha diri aku sendiri tanpa bantuan product kurus tu. Tapi product tu memang berkesan pon, And dah ramai cuba dan berpuas hati dengan hasil selepas menggunakannya. Product yang aku dok sebut sebut tu adalah susu SD  II.


Semalam punya menu diet aku adalah :

Breakfast : Telur goreng tiga biji.

Lunch : Ikan tilapia seekor dengan sayur campur.

Dinner : Sup ayam.


Hari ini punya menu diet aku adalah :

Breakfast : Telur goreng dua biji.

Lunch : Ayam goreng seketul dengan sayur sayuran.

Dinner : Sup campur.

Mesti minum air masak yang banyak untuk mempercepatkan proses pembakaran lemak. kalau macam aku, aku cuba minum 3 litre sehari. kalau tak boleh, 2 litre sehari pon dah okay..
GOOD LUCK !

KAU PANTANG? AKU PANTANG GILA !



tajuk berbelit belit macam k*ling doh. apekah?
aku taktahu macam mane ter taip tajuk cenggitu.... (ceaaaaa...taknak ngaku)


aku bukan nak cerita pasal pantang larang tok nenek kita, malah ibu dalam pantang pon bukan...
yang aku nak cerita adalah pasai pantang bila seseuatu makanan tersebut dimasak dengan tidak betul atau tidak semasak masak nye. (sumpah ayat k*ling!)


aku nie dah lah tengah ON DIET. makanan pon yang terpilih je......nikmat makan yang super sedap, aku terpaksa stop kan sekejap bagi memenuhi azam tahun ini. (padahal azam setiap tahun.... cehh !)
Maka, makanan yang boleh membuatkan diri demok nie kenyang, dengan melantak protein and sayur sayuran je lah...sebab aku sekang dah jadi atkinners u olls....... ( clap clap )
Plus, aku tinggal di kolej kediaman ( hostel ), dimana kami semua tidak dibenarkan memasak. (damn!)
Aku tahu....kalau kite masak sendiri, alangkah lebih molek ye tak? tapi aku pon takpaham ape ke susah sangat pihak pengurusan UT** nie nak bagi pelepasan kat student nak memasak. dengan memasak, kite boleh berjimat, malah boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan para pelajar dengan cara pegi ke rumah jiran apabila terbau makanan yang enak dari rumah sebelah. perghh perghh perghh !


Apabila kami semua tidak dibenarkan memasak, jadi kami kene lah membeli. habestu nak hidup, terpaksa lah beli makanan kat luar. ape  kau sanggup mati tak makan sebab protes dengan HEPA? aku kompem tak rela...
kalau nak buat demonstrasi ke hapa, please jangan ajak aku. tapi kalau nak buat jamuan makan, ajak lah aku...tapi nak makanan yang berkhasiat je tau, sebab aku tengah diet.. (memang mintak lempang budak nie)


So, untuk lunch hari nie, aku pergilah window shopping lauk pauk dekat gerai gerai yang dijual di bawah rumah aku nie....and aku bersepakat dengan kata hati yang mana aku nak membeli sayur cendawan dengan daun hijau ape ntah. sayuran tersebut dimasak dengan sup.tapi aku tak amek sup dia. dengan gelojoh aku masukkan sayuran ke dalam plastik. pastu aku ternampak terung dimasak pedas. cis cis cis! ini adalah favourite, takboleh jadi ney.. aku pon amek jugak terung tu.tapi hanya beberapa ketul je lah. kang banyak banyak, mau tersadai kat dinding lah gamaknye..


Untuk protein plak, aku amek ayam goreng seketul. aku suka drumstick. sebab boleh maen drum lepastu. (okay tak kelaka =___=" )
bila tengok ayam goreng yang gebu tu, memang lah napsu kebulor tu membuak buak.
dok telan telan air lliur je sepanjang pulang ke rumah. ( keji gila !)
tapi bila aku start mentekedarah ayam goreng idaman aku tuh, terus mati selera aku and keluar perasaan NAK MUNTAH! sebab ayam tu tak digoreng dengan betul..maksud aku, ade lagi darah darah ayam tu kat bahagian isi dalam drumstick. eauwwwwwwww ! wekkkkkkkkk!
seriously, aku memang pantang kalau orang goreng ayam or ikan ke, tapi tak masak betul.
macam ok dah aku taknak makan. geli siaa.....
even idaman, kalau macam nie, takpelah..terima kasih..terus kenyang and perut jadi sebu.
nak makan pon GELI !


Aku tak salahkan 100% orang yang menjual tu.
tapi aku just nak nasihatkan dekat semua orang and aku sendiri lah...kalau nak masak tu, biarlah betul...
lagi lagi yang nak menjual, jangan pk untung saje, tapi kualiti sangat teruk. orang kalau dah suka dengan makanan kau, dia akan datang lagi....tapi kalau orang dah benci, nak lalu depan gerai kau pon dah malas.
actually, aku dah kene banyak kali dengan penjual nie. bukan aku saje, ramai jugak yang terkena. tapi disebabkan gerai tak banyak, maka kami tutup mata je lah... tapi sekarang macam dah give up je. HEH!

Wednesday, January 5, 2011

TIPS KURUS SAYA SUATU MASA DAHULU... (PART 1)

gambar nie time aku kat matrix. with my calssmate. abaikan mata aku yang kecik sebelah.


Semua kawan kawan rapat and family sudah lali dengan aku.. .
lali macam mana? lali dengan keinginan aku yang nak kurus !
nak diet lah ape lah...
banyak kali dah aku diet....memang berjaya ! turun lah beberapa kilo..
tapi takde lah sampai sploh kilo...
paling banyak pon mungkin dalam tujuh lapan kilo rase nye....
malangnye, bila dah kurus, aku jadi lupa daratan.. lupa daratan disini bukan bermaksud aku lupa asal usul kelahiran aku, tapi lupa pada diet yang aku amalkan selama nie... Maka? aku dapatlah balik bentuk badan ala ala MARIAH CAREY...... (boleh bla !)


Aku start diet masa aku form two.
time tu aku takdelah gemuk pon, cume mengada sebab ape ntah aku berdiet...
aku diet sebulan je aku rase.. nie serious lupa berapa lama tempoh aku diet...
yang aku ingat, aku diet masa bulan puasa. dah la tinggal kat hostel, sumber makanan 70% bergantung dari dewan makan. so kalau lapar, macam susah je nak carik makanan bila time malam malam..


Ape yang aku ingat mase tu, aku tak makan sangat. makan buah sepotong dgn kuih sebiji... gile ahh ! aku taktau macam mane ntah aku boleh hidup..
setiap kali berbuka, makanan yang aku amek dekat dewan makan tu akan ku sedekahkan kat kawan sekelas ku. dorang kemaen suke lah......
bila aku balik rumah cuti nak raya, mak aku tekejut tengok aku macam skeleton bergerak. kurus bebenor.
hari pertama aku berbuka puasa di rumah, mak aku masakkan makanan pebret aku, tapi aku hanya minum air kosong and makan kuih sebiji. DAH. pastu mak aku tacing lah... penat penat die masak, aku tak sentuh pon makanan tersebut...cis jahatnye aku! tapi lepas tgk mak aku tacing, laju laju lah aku makan masakan mak aku...then mak aku pon suke and tersenyum girang... (taktaulah girang ke tak, sebab aku pon dah lupa kejadian nie...tapi yang pasti, mak aku dah okay and kembali macam biasa)


Mase aku balik kampung, nak raye punya ceritalah kan....
Bila hari raya, makcik makcik beserta bonda tercinta akan bergotong royong menyiapkan hidangan yang sangat awesome untuk hari raya. Favourite, sup tulang mesti ada dalam menu. JADI? aku pon bantai lah makan sup tulang tu.. hehe. manyak sedap wohhh. tapi makanan lain aku tak sentuh. makcik aku, siap tanye lagi, ape yang aku makan sampai boleh kurus cengginie? (cenggini = mase aku form two)
tapi aku tak ingat ape yang aku jawab... HAHAHAHA ( jangan blah lagi weyh)
Bila aku tengok balik gamba gamba aku mase raya tahun tu, sumpa buruk gileeeeeeeee!
dah macam orang asli yang kekurangan zat je. kurus and buruk. patut ah mak aku selalu pesan jangan kurus sangat....akibatnya? jadilah aku orang asli untuk tahun tersebut......
aku memang tak sesuai kalau kurus sangat diatas sebab sebab tertentu.....
nanti kalau aku jumpa balik gamba asli aku tuh, aku upload kat blog k... tapi aku tak janji lah sebab aku takde scanner nak scan gambar itu....


------------------------------------------------------------------------------------------


Yang nie aku nak citer diet yang aku buat mase kat matrix..
tahun 2008 tak silap aku...
time nie aku bersungguh sungguh nak kurus sebab ex - boipren aku dah fedup tengok aku badan macam KIMORA LEE. ( fengsan ! ) mase nie badan aku dah naik chubby balik.
aku pon bongok jugak....buta cinta ke hape time tu, ikut je cakap dia. betul lah kate orang, kalau seseorang tu suka kite secara serious, die tak pandang paras rupa and bentuk fizikal...tapi kes aku nie, ex boyf aku sangat sangat pentingkan rupa paras and body figure. padahal nie semua alasan die yang sebenarnye dah ade girlf laen. cis cis cis. tertipu aku....takpe...itu adalah pengajaran untuk aku... (melalut? melalut adalah hobi saya.. =____=" )

Okay, kat bawah nie betul betul tips;

Aku memulakan diet dengan membeli apple cider vinegar dan tali skipping.
apple cider vinegar nie aku dengar dari membe aku, yang mane makcik die penah try kot....lupa sudah asal usul aku tahu pasal apple cider tu....takpe, kite lupakan je. tak penting pon.
jom kite tengok ape yang aku buat dalam masa sebulan untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik ! wewwiittt !

1. Bangun Pagi, aku terus sit up sebanyak lima puluh kali.

2. Sebelum breakfast, aku minum apple cider vinegar one tablespoon.

3. Breakfast, aku makan mee goreng atau bihun goreng atau kuew teaw goreng atau korang nak campur semua pon boleyyyy....tak lupa jugak telur goreng...TAPI! aku makan makanan tersebut dengan kuantiti separuh pinggan lah... (Selalu makan sepinggan) dan telur goreng tu pon aku makan separuh telur goreng saje.....

4. Lunch plak, aku makan makanan yang sama macam breakfast. tapi kadang kadang aku makan satu mangkuk sup sayur....

5. Tiap tiap petang WAJIB lah aku pergi berjogging sekitar kawasan matrix kecuali hujan.. tapi sebelum jogging, aku akan buat sit up limaploh kali....

6. Lepas jogging, mesti aku akan skipping sebanyak dua ratus kali...tapi sekali skipping aku kire sampai lima ploh. then stop. then sambung balik skipping limaploh kali. then stop. buat lah macam tu berterusan sampai 200.

7. Dinner, aku makan bubur nasi. aku memang gile bubur nasi.. kire macam one of my fav food jugak lah kan....so makan hari hari pon aku tak kesa..tak penah jemu.... (meleleh saliva terkenangkan bubur nasi dekat cafe matrix T____T)

8. Sebelum tido, HARUS lah aku sit up sekali lagi sebanyak lima ploh kali. (actually, hari pertama aku sit up, aku buat doploh kali untuk satu session. tapi bila dah lame lame, aku up kan sampai lima ploh kali for one session)


Sebelum aku terlupa, aku tak minum ais tau time aku dalam proses diet....nak beli makanan and minuman pon aku akan baca label index makanan kat belakang makanan/minuman tersebut......
aku buat diet nie tak lame jugak lah... dalam tiga minggu terus nampak hasil yang sangat amazing.... woot woot! sampai kawan kawan aku puji and terus dorang nak beli apple cider vinegar tu. kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal apple cider vinegar, korang boleh la kelik kat WEBSITE NIE dan INI. tapi ape ape pon kalau korang ikut tips diet aku nie, tapi tak berkesan, aku tak bertanggungjawab ye...aku hanya kongsi pengalaman aku yang mana aku berjaya dapat bentuk badan yang aku suka....
and nanti aku sambung TIPS KURUS SAYA SUATU MASA DAHULU (PART 2) ye.....








to be continue.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails